Terima kasih daun keladi! Respons benchmark

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Alhamdulillah, susulan daripada terbitan artikel "5 sebab PAS akan GAGAL!" tempoh hari, sukacita aku mengkhabarkan bahawa banyak laman-laman penyiaran berita politik memberi muka kepadaku dengan sama-sama bekerjasama menyiarkan artikel tersebut dengan jayanya.

Meskipun aku tidak dapat track kesemua laman yang telah menyiarkan artikel tersebut (mungkin ini disebabkan kedangkalan aku menggunapakai Google). Sekali lagi dengan sukacitanya inginku senaraikan laman-laman tersebut kesemuanya sekadar yang dapat aku rekod.

Kedahlanie.info
Kritis-online.com
Unitmediasiber.blogspot.com
Politikmasa.blogspot.com
Panggungopera.blogspot.com
FB Fanpage Pemuda Umno Malaysia
FB Fanpage Barisan Nasional



Jutaan terima kasih aku hamparkan kepada semua pihak yang telah berkerjasama dalam usaha mematangkan fenomena politik di Malaysia ini. Termasuk juga kepada pihak-pihak lain yang mengerahkan kudrat mereka yang tidak dapat aku senaraikan di dalam list di atas. Terima Kasih semua. `

Artikel ini agak istimewa buat aku, kerana aku menganggap ianya sebagai satu benchmark untuk artikel-artikel lain yang aku tulis di masa hadapan. Penerimaan laman lain terhadap isu yang dipersembahkan juga amat memberangsangkan sehinggakan terdapat laman fanpage yang menyiarkan pautan artikel tersebut di wall mereka. Walaupun, link tersebut bukanlah dari blog yang asal ini, tetapi isi dan isu artikel itu tetap dapat disebarkan untuk kebaikkan perkembangan politik Malaysia secara khususnya.

Secara keseluruhan, termasuk hits langsung yang aku terima dari busuk.org, walaupun kelihatan tidak banyak, tetapi aku ingin meluahkan rasa berbesar hatiku untuk terus menerus menerbitkan prosa kata hati aku di blog ini.


Jazakallah.

2 comments:

  1. http://browsershots.org/http://www.taufiking.com/

    ReplyDelete
  2. Kau kritik je semua,kasi TAPAU habis!!! baru Dunia politik Malaysia ni FRESH sikit.

    Aku suka blog ko..tak bias..teruskan lah bro..Bila kita rasional dan Neutral..Banyak benda kita boleh nampak dengan terang.

    ReplyDelete

Comments