Selamat Menyambut Tahun Baru Kristian 2013


Kenapa perlu malu-malu menyebut "Selamat Tahun Baru 2013"? Tak susah pun nak sebut secara sempurna "Selamat Menyambut Tahun Baru Kristian 2013".

Isu ini tak sudah-sudah diperkatakan saban tahun. Tapi sampai ke hari ini ramai yang memberikan alasan itu ini. Patutlah Kristian hari ini dikenali sebagai agama No. 1 dunia, bukannya Islam.

Ramai yang tidak jelas di minda mereka, apa benda yang sebenarnya akan mereka sambut menjelang tengah malam ini.

Cuba semua ucapan Tahun Baru di televisyen, di suratkhabar, di majalah, di jabatan kerajaan, di poster-poster jalanan seluruh negara menyatakan secara penuh "Selamat Tahun Baru Kristian 2013". Pasti lebih meriah sambutannya bukan?

Anehnya komposisi rakyat Malaysia ini majoritinya Muslim tapi mereka lebih selesa untuk menyambut sambutan Tahun Baru Kristian melebihi penganut agama Kristian itu sendiri.

Secara tak langsung, ini menunjukkan tahap kematangan penduduk Malaysia yang berbilang agama untuk sama-sama merayakan perayaan mereka. Sifat kemajmukan ini lebih terserlah apabila hampir di setiap ceruk negeri diadakan sambutan Tahun Baru Kristian.

Mungkin sebab itu jugalah rakyat Malaysia tidak langsung ambil endah bila penggunaan perkataan Allah untuk digunakan dalam Bible bahasa Melayu oleh penganut Kristian tanah air.

Terdapat segelintir Muslim cuba untuk hijack kemeriahan perayaan Kristian ini dengan mengadakan majlis yang dipengaruhi rentak agama Islam. Supaya mereka dapat memenuhi kehendak insan-insan yang prihatin untuk mengelakkan berlakunya kemaksiatan yang berleluasa.

Merayakan perayaan Kristian dengan cara Islamik? Pelik tapi benar. Tapi itulah cara kita. Mungkin tak ada lagi di mana-mana tempat lagi di dunia, only in Malaysia.

Mungkin nanti perayaan Maal Hijrah, penganut agama Kristian akan bertungkus lumus memeriahkan sambutan Tahun Baru Hijriah sama seperti kemeriahan yang Muslim merayakan sambutan Tahun Baru Kristian mereka.

Bawa bertenang, dan ingat tuhan. Takkan tuhan Yesus pulak kan?






Read more

Aku tak layak kerja kerajaan




1. Bila orang dapat tahu aku behenti kerja kerajaan, spontan mereka tercengang macam nampak hantu. Terkelip-kelip biji mata, berkerut dahi, ada yang sampai batuk tersedak. Mungkin inilah penangan rasukan tahyul dan syirik kebergantungan rezeki pada sektor awam semata-mata.

2. Ramai juga yang skeptikal, menolak rezeki tak reti bersyukur katanya. Tak hargai jasa ibubapa, mendidik mengasuh dan hantar belajar ke serata alam.Tak kurang juga ada yang nak korek lubang bisnes, kononnya aku berhenti kerja sebab bisnes berjuta.

3. Aku berhenti sebab aku rasa aku tak layak untuk kerja dengan kerajaan. Aku rasa ramai lagi yang lebih layak dan lebih memerlukan kerja tu berbanding aku. Niat sedekah, relakan pergi, janji tuhan semat dalam hati.

4. Aku rasa tak layak kerana ada orang lain yang lebih layak dan memerlukan kerja ini. Orang ini adalah insan-insan yang akan memudharatkan diri sendiri, anak bini dan keluarga sekiranya mereka tak berjaya dapatkan pekerjaan dalam sektor awam.

5. Golongan ini mungkin berdepan risiko kebuluran atau dihambat keluar dari rumah sewa mereka kerana tak punyai punca pendapatan. Mereka juga berdepan dengan ancaman keruntuhan institusi rumahtangga di sebalik kecaman masyarakat kolot, maaf cakap Melayu khususnya.

6. Terdapat juga satu golongan yang lebih layak mendapat kerja ini, kerana apabila ketidakmampuan mereka untuk buat LOAN membuatkan mereka dipandang hina ahli keluarga yang lain serta masyarakat.

7. Situasi diskriminasi kewangan ini akan menjurus kepada “severe depression” yang sekiranya berlarutan akan menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Maka aku rela tempat aku diambil alih oleh mereka ini.

8. Ada pula satu golongan, andai mereka tak dapat kerja kerajaan, mereka akan cenderung mencelakakan takdir tuhan. Mereka tanpa segan silu mengungkit-ungkit ujian tuhan. Aku rasa mereka lebih berhak untuk dapatkan kerja ini.

9. Aku tak mampu mengikhlaskan diri untuk menyumbang harta dari punca pendapatan penjawat awam ke jalan yang diredhai tuhan.

10. Aku juga tak mampu bertekad memerangi kepentingan peribadi aku dalam bekerja demi menjaga kepentingan awam. Sepertimana orang lain yang lebih layak, mereka bekerja 10 kali lebih tekun dari aku.

11. Siang mereka dipenuhi dedikasi kerja tanpa henti. Malam pula mereka mengalirkan air mata memohon ampun kepada Allah agar diberkati gaji mereka.

12. Mereka gelisah dikatil camping memikirkan andai tersalah laku mereka menzalimi amanah yang diberikan rakyat. Maka aku relakan jawatan aku diganti oleh mereka.

13. Aku langsung tak layak untuk kerja ini jika dibandingkan dengan saudara kita yang setiap kali bonus tahunannya digunakan untuk menjamu anak yatim dan faqir miskin.

14. Mereka ini sentiasa berusaha mengelak dari membelanjakan pendapatan ke jalan yang sia-sia. Berlawan dengan aku yang ini yang nak sedekah seringgit dua pun rasa macam tapak tangan tertusuk duri.

15. Aku buat kesimpulan, aku rela berhenti untuk mendahulukan mereka-mereka yang lebih memerlukan ini.

16. Kini, walaupun bisnes aku dah hancur tunggang terbalik, kerja tak tentu arah siang malam. Tanpa jalan yang berliku dulu, aku tak akan berada di sini hari ini.

17. Aku doakan semua orang, tak kira kerja kerajaan ataupun kerja sendiri atau private company, semoga anda jumpa apa yang sebenarnya anda cari, selain dari duit. Siapalah aku.

Read more

Keyboard boleh lemahkan keupayaan otak






Read more

Hari Kiamat Versi Politik


Muhyiddin : Hanya BN sahaja yang boleh menyelamatkan rakyat Malaysia daripada malapetaka ini

Anwar : Kalau dunia kiamat, harga minyak akan turun, harga beras akan turun, harga gula akan turun. Kalau saya jadi PM, harga minyak pelincir pun akan turun

Nik Aziz : Siapa yang mengundi PAS pasti ke syurga lepas dunia kiamat

Najib : Hari ini 1Malaysia, esok 0Malaysia

Lim Guan Eng : Kita punya roket mampu memuatkan 100 orang penumpang ke planet baru. Sebagai parti pelbagai kaum, tempat duduk penumpang akan dibahagikan sama rata mengikut kaum. 98 tempat duduk untuk orang Cina, 1 untuk Melayu dan 1 India. 2 tempat duduk extra untuk wakil dari Borneo terletak di ruangan kargo.

PAS : Kita haramkan saje malapetaka ni.

Lembu dalam kondo : mooooooooooooooo

Anti-Lynas group : Kehancuran dunia ini berpunca daripada radiasi LYNAS!

Perkasa : Walaupun dunia kiamat, takkan Melayu hilang dari dunia. Ini semua muslihat Yahudi laknat.

Anwar : Aku nak pegi ke Uranus lepas dunia Kiamat.

Ambiga : SPR telah berkomplot dengan BN untuk menghancurkan dunia bagi mengelakkan orang ramai undi pembangkang.

Hassan Ali : Ini semua angkara orang Kristian dengan Yahudi.

Kosmo : Orang bunian bermata tiga di sebalik misteri dunia kiamat

The Malaysian Insider : Kerajaan BN menafikan dunia akan hancur esok.

Utusan : Kerajaan harus selamatkan orang Melayu dahulu

Anwar (again) : where is the lube ?

Cuepacs : Kami tuntut dua bulan gaji bonus and elaun planet asing untuk semua kakitangan kerajaan sebelum dunia berakhir.

PKR : UMNO sedang menghancurkan dunia sebagai salah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Samy Vellu : Ini semua kerja tuhan

DongZong : Who cares if the world is destroyed. Just give us our Chinese schools.

Najib : Sikit saja ni. Aku penah kena lagi teruk dari ini.

Planet of the Monyets
Read more

Fenomena Ustaz/Ustazah Google



“Kenapa perlu aku berguru dengan alim ulama kalau ada Pakcik Google di sisi?”

Suatu masa dulu, mempelajari ilmu agama hampir dianggap sebagai satu “struggle”. Ianya menuntut perjuangan dan pengorbanan seseorang itu untuk mencari guru dan berusaha mempelajari ilmu darinya. Tapi kini tidak lagi dengan adanya Pakcik Google di sisi.

Adakah salah menjadi seorang Ustaz/Ustazah Google?

Apakah itu Ustaz/Ustazah Google? Ustaz = Professor. Tapi secara lokal, Malaysia khususnya, Ustaz merujuk kepada “seorang yang ahli dalam bidang agama”. Google pula sejenis search engine yang digunakan oleh jiwa-jiwa manusia untuk mencari sesuatu perkara di internet.

Segelintir dari kita kini tidak lagi meraikan pandangan ulama dengan cara merujuk kepada mereka secara bersua muka. Lebih mudah mereka cari hukumnya di Google tanpa mereka perlu tahu sebab dan musababnya. Lebih mudah dan lebih cepat, tanpa pedulikan kesahihannya.

Implikasi dan Kesan

Aku kadang loya dengan kesekian kali terbitan hukum sana sini yang diadu domba sesetengah golongan. Mari kita bincang implikasi. Implikasi di sebalik fenomena Ustaz/Ustazah Google, atau orang arab panggil Sheikh Googla.

Wujudnya penyebaran pelbagai macam cerita dan hukum, Dari tok guru masjid hinggakan ke Syeikh Nuruddin. Dari tok mudim kampung hinggakan Ustaz Haron Din, selamba sahaja nama-nama alim ulama ini dipetik habuan penyedap cerita.

Golongan ini sering membawa arus kecelaruan terhadap minda-minda yang kurang tegukkan ilmu agamanya. Kerana mereka mengambil jalan mudah untuk bersandar kepada usaha orang lain untuk mencari hukum tanpa mereka berusaha sendiri mencarinya.

Fenomena ini sekiranya ianya dapat diperhalusi oleh golongan Bukan Islam, maka akan tumbuh dalam hati mereka mengatakan bahawa betapa jahilnya umat Islam ini, sesama sendiri keliru tentang agama sendiri.

Implikasi terburuk fenomena ini adalah jika berlakunya keterpesongan aqidah. Di mana sebaran-sebaran cerita palsu dan hukum hakam yang tahyul di ambil bulat-bulat tanpa merujuk kepada mana-mana ulama. Dan lebih teruk lagi apabila wujudnya aktiviti mentakfir (mengkafirkan) orang lain.

Lidah, adalah antara organ paling bahaya. Amat mudah untuk terperosok ke dalam neraka jika kita tidak berhati-hati menggunakannya.

Sebagaimana mudahnya lidah dihinggapi penyakit caci maki, mengejek, mengumpat, memfitnah, sumpah palsu, dusta, pecah rahsia/amanah dan sebagainya.Begitu jugalah peranannya keyboard komputer dan telefon bimbit mengadun resipi untuk ke neraka.

Lidah, pena dan jari yang tidak beradab akan cenderung membuahkan kebencian bila berlaku perselisihan pendapat. Kerana mungkin mereka tak praktikkan keberadaban seseorang ilmuan. Hasilnya wujudlah komuniti Muslim yang bertaring, fanatik dan rigid.

Sila klik untuk paparan lebih jelas


Apa yang Pakcik Google cicirkan?

Selain ilmu yang diajar, pergaulan dengan orang berilmu menambah berkat dengan ilmu yang ingin dipelajari. Pelajar boleh mengamati akhlak dan adap guru untuk dijadikan teladan dan mungkin sempadan.

Lihat bagaimana guru itu perjelaskan sesuatu permasalahan, bagaimana dia melayan karenah anak didiknya, bagaimana dia bergaul dengan masyarakat, bagaimana dia berdakwah dan berhikmah kepada yang bukan muslim, bagaimana dia disanjungi dan dimuliakan oleh pelajar dan guru agama yang lain.

Pakcik Google juga tak dapat menyemai nilai keakraban sesama guru dan murid serta kemurnian yang terbit dari celahan senyuman guru menegur pelajarnya. Bukan sahaja dari segi keilmuan, bahkan dari segi sikap dan akhlak anak muridnya sesama mereka dan sebagai seorang muslim secara keseluruhannya.

Namun begitu, masih ramai anak murid ulama yang hanya mampu mewarisi ilmu yang dipelajari namun tidak mampu mewarisi akhlak dan adap guru mereka. Kalau belajar dengan guru pun tak mampu nak beradap, apatah lagi kalau belajar dengan Pakcik Google.

Jelas sekali ini bukanlah salah Pakcik Google. Beliau bukanlah seekor kambing hitam untuk menerajang tingkah laku si penyubur benci ahli agama kita sering lihat memporak-perandakan perbincangan agama di dada-dada Chrome, Mozilla, Opera dan yang sewaktu dengannya.

Maaf cakap, golongan inilah yang kelihatan lebih suka menabur hukum tanpa memikirkan implikasi dan hikmah disebalik apa yang berlaku. Mereka lebih selesa mencari salah dari membantu memberi jawapan dan mencadangkan solusi.


Adakah ini rupanya Ustaz Google?



Tangani masalah ini

Think Twice. Mohon diamalkan amalan “berfikir dua kali” sebelum sebarkan apa-apa jenis sebaran. Peransang utama untuk berfikir kali kedua adalah dengan melalukan penyelidikan dan pengesahan terlebih dahulu sebelum anda meneruskan langkah menyebarkan dakyah/dakwah tersebut.

Sekiranya anda punyai rakan kawan dari kalangan agamawan, ustaz dan orang lama, mohon utamakan persoalan-persoalan yang bersangkut paut dengan bahan sebaran untuk dapatkan pendapat merkea. Gunalah apa cara jua sekalipun menggunakan facebook dan email.

Andai kata segenap pelusuk dunia online dan offline anda tidak mampu memberikan kesahihan yang konkrit. Maka ambillah wudhu dan tunaikanlah solat Istikharah jika anda merasakan ke-tidak-sebaran anda itu membawa mudharat kepada seluruh umat Islam di dunia.

Orang yang tak tahu, berhak bertanya. Yang tahu, bertanggungjawab untuk berikan jawapan. Tapi yang tak tahu, mohon jangan berhujah, kerana kalau dia berhujah risau ramai akan terpalit kesesatan.

Akhirkata, sama ada Pakcik Google, Mak Ndak Twitter mahupun Tok Batin Facebook, siapalah jua namanya, mereka ini terhasil daripada jaringan internet.

Internet umpama pisau, pisau yang berbilang gunanya, kalau bernasib baik dapat makan daging rusa, tapi silap hari bulan terburai perut sendiri pula. Bergantung kepada kita yang baik yang mana buruknya.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga hukum diberi,
Mana nak sama si Ustaz Google-ku seorang.
Read more

Jangan malu Meng-GAZA-kan diri (Galeri Gambar)

Satu lagi event kelolaan anak muda tempatan untuk menzahirkan penentangan terhadap kekejaman Zionis bertempat di Tasik Darul Aman Jitra.

Acara ini berkolaborasi dengan Buku Jalanan Jitra dan PuisiSatuPetang untuk mengadakan kutipan dana bantuan gaza, bacaan puisi, edaran risalah, lagu, syarahan dan acara klimaksnya adalah flashmob yang bertemakan kesedaran pergolakkan yang berlaku di bumi Palestin.

Kehadiran IR Haji Zamri Yusuf selaku bekas Senator dan wakil dari Aqsa Syarif Encik Abdul Wahab Yahya amat dihargai selain dari ucapan dan bantuan mereka memeriahkan aktiviti kemanusiaan ini.

Sepanjang berlansungnya aktiviti ini, dana sehampir RM800 berjaya dikumpulkan daripada tabung-tabung yang diedarkan, penjualan buku, penjualan mafla dan sebagainya telah diserahkan kepada Encik Abdul Wahab selaku wakil Aqsa Syarif untuk disumbangkan kepada rakyat Gaza.

“Berapa ramai lagi nyawa yang perlu direntap Zionis untuk menyedarkan kita dari mimpi halwa dunia? Jihad ini tidak akan sekali-kali terhenti sehingga sampai harinya Palestin merdeka dari kezaliman Zionis".

"Jangan malu untuk boikot dan zahirkan penentangan, tapi malulah kerana menjilat punggung Zionis” kata salah seorang wakil penganjur a.k.a aku sendiri.

Video flash mob masih dalam proses pembikinan.
Untuk maklumat lanjut dan hebahan event seterusnya, sila like FB fanpage Buku Jalanan Jitra dan PuisiSatuPetang.

Sila nikmati galeri gambar ini selagi mampu.













Read more

Himpunan Kebangkitan Rakyat = Himpunan Rosak Akhlak


Prologue

"Dengan rasa takjub dan bangga diri aku ingin menyeru, kepada segenap susuk dan se-angkasa jiwa penyokong-penyokong UMNO, baik yang tegar mahupun longgar, WAJIB-kan diri anda menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat yang amat keji ini.

Datanglah wahai pemuda pemudi, putera puteri, makcik pakcik yang mendokong Parti UMNO ini ke majlis yang bakal menghidangkan anda dengan keserakahan nafsu manusia yang bernanah hatinya.

Lihatlah, dengan mata kepala anda, kemaksiatan yang dilaungkan bahkan penzinaan nilai kemanusiaan yang bakal dilakukan oleh pencacai parti PAS, PKR dan DAP. Saksikanlah sendiri gadis-gadis seksi yang bakal menyerikan majlis berhawa syaitan ini.

Ketahuilah wahai jiwa-jiwa yang tenang, betapa bobroknya Pakatan Rakyat menternak haiwan yang kerjanya hanya menganjing-anjing isu, menggonggong cebisan-cebisan kepala lembu ke sana ke mari.

Lihatlah, bagaimana pemuda pemudi menyembah pemimpin-pemimpin dewata mereka yang berbinikan ratu cincin, handbag, rantai yang berjuta ringgit tanda harganya.

Saksikanlah, muslimah-muslimah yang berjoget kaget bertepuk tampar menghilai tawa di simpang dan kaki lima jalanan bersama yang bukan mahramnya."

Keterbukaan

Intro yang pedas lagi kejang sebagai pemula bicara. Terasa lama sudah aku tinggalkan penulisan politik.

Food for thought, berdosakah hadir ke ceramah dan aktiviti parti lawan?

Apa yang kita jangkakan dari layanan dan akhlak penyokong parti, jika mereka dapat tahu kita (dari parti lawan) datang ke majlis-majlis mereka?

Inilah yang cuba dianjurkan. Penyokong atau pemimpin UMNO hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat tanpa sebarang anonymity (bukan sebagai anon) dan membawa imej/label UMNO.

Ketidakmampuan mana-mana penyokong/pemimpin menghadirkan diri ke majlis parti lawan akan menyumbang kepada ketidak-ketahuan yang mendalam terhadap parti ingin ditentang.

Macam mana nak lawan PAS? Kalau tak kenal PAS dari dalam? Tak kenal PAS/PKR/DAP dari dalam majlis mereka sendiri. Bagaimana akhlak mereka, akhlak pemimpin mereka, apa yang pemuda pemudi mereka mahukan, apa yang membuatkan majlis mereka "kerusi lagi ramai dari orang".

Membawa masuk label UMNO ke dalam ceramah/majlis PAS secara tidak langsung turut mengiklankan parti sendiri. Sebagai penyokong UMNO yang matang dan berkarisma, pasti ramai muslimah tudung labuh PAS akan terpikat oleh keterampilan anda.

Begitu juga PAS, ketawadhukan dan kesolehan yang dipancarkan oleh pemuda PAS secara tidak langsung mencairkan hati gadis-gadis puteri UMNO yang dilayan dengan penuh hemah dan kehormatan.

Kejadian ganas serangan semalam itu mohon jangan dijadikan teladan. Itu bukan salah UMNO gagal memberi makanan yang punyai vitamin otak kepada haiwan ternakan, tetapi salah penyokong pembangkang yang terlalu rendah diri dan bertoleransi hingga berlaku pertumpahan darah.

Ceramah Syaitan

Pemimpin politik sekarang amat rakus berbicara di pentas ceramah. Syaitan sana, syaitan sini, murtad sana murtad sini. Rakus kerana hadirin mereka sekadar satu warna sahaja.

Cuba bayangkan, barisan kerusi yang paling depan menghadap pentas ceramah PAS itu dihuni oleh majoriti penyokong UMNO. Takkan mungkin terkeluar syaitan sana sini itu.

Bahkan ayat berbunga, berbau teh herba diungkap menghujani kehormatan hadirin yang datang dari berlainan parti. Jaga hati, takkan nak tunjuk kelaku buruk depan mata mereka?

Barisan parti lawan ini sebagai duta. Mereka akan bawa balik segala macam rencah yang berlaku di majlis/aktiviti parti untuk dijadikan habuan putar belit media.

Jangan pandang UMNO sahaja, PAS pun serupa. Mudahnya berpolitik dengan akhlak. Bukan setakat politik, itu dakwah namanya. Serampang dua mata.

Memberi penerangan tentang perjuangan parti sambil menghormati/menghargai kehadiran penyokong parti lawan. Hati mana yang tak tertawan? Jiwa mana yang tak terasa?

Kalau mereka tak convert masuk PAS sekalipun, paling kurang mereka akan hormati dan hargai penghormatan yang diberi. Hormatilah orang lain jika mahukan diri sendiri dihormati.

Kontradiksi Politik

Berlawanan dengan teori tahyul politik Malaysia, seseorang penyokong/pemimpin parti akan mendapat dosa besar jika menghadirkan diri ke majlis parti lawan. Dosa yang tertulis di dalam buku log kepartian.

Ringkasnya mudah sahaja, hadirkanlah diri ke majlis dan aktiviti parti lawan. Bawa bersama brand dan label kepartian. Turut serta menjunjung adap dan ketertiban sebagai seorang penggiat politik yang matang. Tak akan rugi walau se-saat.

Tak kira siapa kamu, penyokong tegar, penyokong liplap, ketua cawangan, ketua bahagian, bendahari peringkat negeri, setiausaha kehormat, pengerusi atau apa sekalipun, berlumba-lumbalah hadirkan diri ke majlis dan keramaian parti lawan.

Tak akan sia-sia kehadiran-mu itu walaupun ianya menggenapkan jumlah kehadiran yang ke-sejuta orang. Lagi ramai lagi bagus. Lagi nampak betapa terbukanya parti itu.

Kepada tuan punya majlis, anggaplah kehadiran segerombolan mahupun sehelai jiwa dari parti lawan itu sebagai satu bonus. Bonus untuk mempamerkan keberadaban parti dan ketamadunan penyokong anda. Sekaligus meruntun jiwanya untuk cenderung ke parti anda.

Politik Malaysia perlukan perubahan, bukan sekadar perubahan kerajaan semata-mata. Sekian mohon mencadang.

Read more

Cara-cara Orang Cina nak masuk Islam (Part 1)

Gambar Hiasan
Prosedur untuk masuk Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Secara ringkas, berikut adalah prosedur mudah untuk memeluk Islam secara rasmi:

  • Hadir ke Masjid, Pejabat Agama atau mana-mana badan/organisasi punyai kapasiti untuk mendaftar Saudara baru.
  • Bawa bersama salinan Mykad dan gambar passport.
  • Penerimaan kad Akuan Masuk Islam
  • Sesetengah organisasi mungkin menggalakkan/menyediakan kursus bimbingan untuk Saudara Baru.
Ini adalah antara prosedur memeluk Islam secara rasmi. Sebenarnya untuk memeluk Islam, memadai dengan mengucap dua kalimah syahadah serta memahaminya. Dan diikuti dengan amalan sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada rukun Iman dan rukun Islam.

Kenapa Cina?

Sejak penulisan entry tentang Cina masuk melayu dulu, aku dapati banyak keyword yang menarik singgah masuk ke blog ini. Antaranya Cina masuk Islam, Cina pakai kain pelikat, Cina kahwin melayu dan yang paling sentap adalah keyword “Cara Cina Masuk Islam”.

Lebih kesal, apabila search keyword itu, tiada satu pun page yang dapat memberikan maklumat tepat seperti yang dihajati. Cuba bayangkan betapa sayunya hati seorang insan yang ingin mencari maklumat itu (mungkin dia dari kalangan Bangsa Cina).

Oleh itu aku mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu entry, yang aku harap akan mendapat hits di kalangan Bangsa Cina yang ingin mempelajari tentang Islam di Malaysia khususnya. Bukan hanya entry bahkan aku akan cuba hidupkan satu niche di internet tentang Islam dan Cina di Malaysia agar lebih banyak lagi dapat beroleh manfaat.

Mungkin ramai akan beranggapan sedikit rasist apabila mengketengahkan bangsa Cina di sini. Sebenarnya memang sengaja dihighlight bangsa Cina. Bukan bermakna ingin meng-anak-tiri-kan bangsa lain seperti India, Siam, Singh, Yahudi dan lain lain. Tetapi penulisan ini memang dikhaskan untuk bangsa Cina. Bangsa lain InsyaAllah akan menyusul di kemudian hari.

Jangan risau, Islam itu universal, cuma ingin dispesifikkan penerangan kepada Bangsa Cina yang merupakan bangsa kedua paling ramai di Malaysia.

Kenapa perlunya memeluk Islam secara Rasmi? 

Memeluk Islam secara rasmi memudahkan urusan yang berkaitan agama di masa hadapan. Contoh paling dekat adalah zakat kepada golongan yang baru memeluk Islam. Ini kerana institusi zakat memerlukan seseorang itu menyediakan dokumen perakuan Muslim untuk menerima zakat. 

Begitu juga dengan urusan nikah, cerai, rujuk, kematian, anak-anak dan lain-lain lagi. Sekiranya seseorang itu tidak dapat diperakukan sebagai Muslim secara rasmi, ini akan merumitkan urusan-urusan yang berkaitan.

Apa perlu masyarakat Cina buat sebelum masuk Islam?

Persediaan mental dan fizikal untuk komited terhadap agama Islam. Terdapat keperluan untuk memberitahu ahli keluarga terutamanya ibubapa tentang pengislaman. Seeloknya terangkan sebab musabab mengikut logik akal dan bukan berat sebelah pada Islam.

Ini kerana mereka (bukan Islam) mungkin masih terkeliru dengan agama ini. Andai kata pengislaman ini mendapat tentangan, diharap dapat bertenang dengan ahli keluarga. Buktikan bahawa tidak menjadi masalah untuk berkeluarga dengan mereka yang bukan Muslim.

Lama-kelamaan mereka akan menerimanya, InsyaAllah.

Khatan dan Saudara Baru

Ramai yang sedia maklum perkahwinan menjadi salah satu punca utama Bangsa Cina memeluk agama Islam di Malaysia. Berkhatan kedengaran seperti satu jenis phobia yang menghantui golongan yang berpotensi memeluk agama ini.

Namun hari ini ramai yang sudah mengetahui kelebihan berkhatan. Dan mereka mula melakukannya tanpa mengira bangsa dan agama. Kerana sudah timbul pendedahan dan pemahaman yang tepat tentang berkhatan.

Khatan sememangnya mustahil untuk dijadikan sebagai salah satu alasan. Ini kerana hukum khatan di dalam Islam, mengikut beberapa pandangan Ulama adalah tidak wajib, ianya sunnah yang amat digalakkan.

Maka tidak menjadi satu halangan bagi bangsa Cina untuk memeluk Islam. Mereka boleh berkhatan apabila mereka sudah sedia.

Apa yang ditakutkan masyarakat Cina

Jelas di sini ajaran Islam sebenarnya tidak menjadi halangan besar untuk bangsa Cina memeluk Islam. Yang menjadi halangan utama adalah “Kemelayuan”.

Masyarakat Cina amat menitik-beratkan kebudayaan dan adat mereka. Jelas sekali mereka terkeliru kerana bangsa Melayu telah menerapkan ke-Melayu-an mereka ke dalam agama. Sehinggakan masyarakat Cina merasakan ke-Cina-an mereka terancam.

Ada yang merasakan mereka akan dipulaukan sekiranya memeluk Islam kerana masih ramai sanak saudara dan rakan-rakan mereka terkeliru antara Islam dan Melayu.

Masyarakat Melayu secara separa sedar telah menimbulkan “the sense of belonging” terhadap Islam sebagai hak Melayu. Islam Melayu inilah yang menyukarkan penembusan potensi memeluk Islam kepada masyarakat Cina.

Tindakkan mereka mengadun budaya dan adat ke dalam ajaran Islam adalah tidak salah, bahkan Melayu itu sendiri banyak terpengaruh dengan masyarakat Arab, adakalanya terlebih-lebih dari Pak Arab sendiri!

Contoh yang sememangnya popular adalah baju melayu untuk ke masjid, ketupat dan rendang di hari raya dan lain lain lagi.

Post ini akan sentiasa diupdate dengan link-link siri penulisan Cara-cara Orang Cina nak masuk Islam di masa hadapan. Sememangnya memeluk Islam langkah awal untuk mencapai kesejahteraan hidup. InsyaAllah banyak lagi isu dan penerangan serta Q&A akan diterbitkan di masa akan datang.

Sebenarnya aku masih terkilan, kerana aku tak mampu menulis dalam bahasa yang memudahkan masyarakat Cina faham inti pati yang ingin aku jelaskan.

Sekiranya anda seorang yang berbangsa Cina dan ingin penerangan yang lebih mudah dan mesra tentang Islam, mungkin bersama seorang yang sama bangsa dengan anda, sila hubungi saya. Atau anda boleh berinteraksi dalam group facebook Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).
Read more

Comments