Sunday, March 17, 2013

Nikah Connecting People



Nikah dan duit bersendi rima
Bukan seringgit dua
Tapi ada yang sampai bergadai harta
Bukan kerana air naik kepala
Tapi tuntutan fitrah sesama manusia
Bukan mencari isteri semata
Tapi mencari yang layak untuk anak-anak kita juga

Nikah dan mas kahwin terbalut satu warna
Bukan matawang menjadi skala
Tapi seikhlas budi menabur cinta
Kadang tuan badan langsung tak berkira
Tapi saudara mara pula yang terlebih mengada
Benda baik kenapa nak disusah usaha
Bukan berdosa
Bahkan dapat pahala

Nikah dan kenduri bagai masyhur sastera
Umpama pelengkap bunga dan kumbangnya
Seumur hidup sekali sahaja
Tapi bukan alasan untuk membazir wang dan masa
Kalau kamu rajin berusaha 
Mungkin menikah buat kali kedua tiga dan empatnya
Tapi kini makin terpesong kenduri kendara
Menjadi medan riak dan bermuka-muka
Moga kita dijauhkan dan dipelihara
Dari turut sama dibelit dengan adat ular sawa!

Nikah sebenarnya berlagu dengan agama
Adat dan budaya itu nombor dua
Biarkan mulut mereka menabur kata
Jawab pada mereka "Ma Rabbuka?"
Bukan sekadar berkahwin tapi berkeluarga

Menjaga anak isteri bukan sekadar makan dan pakai sahaja
Jangan sampai menjadi bara neraka
Merah menyala sesal kelalaian dunia

p/s: Pesanan buat diri sendiri dan rakan-rakan
pp/s: Sorry lama tak update, sibuk sikit
ppp/s: Jemput mai kenduri hahaha





26 comments:

  1. perghhh tahniah tofik! selamat bakal pengantin baru! uih patut la lama x kelih kat blog...bz no, tahniah2 XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq plain hahaha bukan saja2 menghilangkan diri.. panjang ceritanya timbul2 terus nak kenduri hehehe
      jemput la mai no

      Delete
    2. Selamat Pengantin Baru~ XD

      Delete
  2. tahniah broo...semoga bahagia ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Tahniah bro taufik. :) busy nak jadi pengantin baru noo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran cik lin, kamu bila lagi :D

      Delete
    2. nak buat surprise macam ni lah.tup2 updated entry mau kahwin..

      macam ada ceghita je..kongsikanlah sikit..

      Delete
    3. panjang ceghitanya cik lin
      kurang dari sebulan terus kawen hahaha
      nanti lepas nikah sy dapat feel menulis sy kongsikan hehe
      habuan semangat kawan2 lain utk menikah cepat :D

      Delete
  4. What????my frenz dah nak kawin!!!!waw bro! Hahahaha TAHNIAH wei!wakakaka,tak caya wei hahaha

    Semoga segala baiknya hendaknya..jangan malas update pas menikah bro..wakaka

    From Zack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih kih panjang ceritanya zack
      tak sampai sebulan terus kawen hahaha
      insyaAllah lepas selesai urusan kawen aku akan update macam dulu hahaha

      Delete
  5. Alhamdulillah Taufik kawin...tahniah sdr

    ReplyDelete
  6. tahniah tahniah tahniah tahniah tahniah:)

    update2 je terus pasai kahwin na..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq encik nazha
      dah rezeki dapat kawin laju2 hehehe
      syukur

      Delete
  7. tahniah bro! benda yang baik memang elok disegerakan. tahniah sekali lagi.. ;D

    ReplyDelete
  8. Hari isnin...
    susah sikit bro...
    tahniah bro...
    harap2 masa tu bukan hari mengundi...
    ahaks ahaks...
    gurau ja...
    gua teringin juga maw jumpa ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi tak undi
      aku tetap kawen jugak ahahaha

      Delete
  9. lepas nikah ni tobat payah update dah hang ni

    ReplyDelete
  10. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair

    ReplyDelete
  11. Nsk kahwin yek.....
    Tahniah yek...ingat t/jawab sebagaiduami..

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Tahniah! Selamat pengantin baru. Semoga bertambah berkat hidup.

    ReplyDelete
  13. Lama dah tak update blog. Masih bizi lagikah? hehehe

    ReplyDelete