Politik Kebencian merugikan PAS dan Islam secara keseluruhannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Sekali lagi, sebelum saya mula merungkai kata dengan lebih jauh, inginku mohon sejuta kemaafan andai penulisan ini bakal mengusik hati meresak jiwa kalian semua. Sila teruskan pembacaan ini di atas risiko anda sendiri.
Sejujurnya, tajuk sedemikian rupa adalah hasil cerna jari-jemari nakalku untuk menarik minat pembaca, baik dari golongan PAS mahupun UMNO (bukan mencari hits, tetapi ingin mendidik). Pada pengakhiran tajuk itu saya sertakan tanda soal, sebagai penafian simbolik penambah rencah rasa ingin tahu anda semua.

Saya pasti, para ustaz dan ustazah sekalian akan bertempiaran kehairanan mengapa ditonjolkan PAS sebagai teraju utama. Pembawaan watak PAS ini sebenarnya mewakili mana-mana parti politik tempatan yang memperjuangkan dan melaksanakan tuntutan Islam yang agung. Sekiranya saudara sekalian memerlukan penerangan khusus penonjolan PAS di sini, dengan rendah diri saya mempersilakan membaca penulisan sebelumnya.

Definisi politik kebencian secara umum pada hematku adalah berupa politik yang disirami oleh jalinan permusuhan, dendam kesumat, keji-mengeji, hina-menghina, ketidakmatangan, kebudak-budakkan, hasad dengki dan sebagaimana yang sewaktu dengannya.

Lebih menakutkan, situasi ini dilihat sebagai suatu yang normal dan menjadi rutin di hati kebanyakkan penggiat dunia politik tanah air. Saya melihat simptom ini dengan penuh gelisah, kerana diri ini merasakan betapa ruginya Islam itu sendiri, apabila landasan dakwah ini dicemari kotoran yang kian menebal.

Politik dan dakwah? Di mana celahnya? Sebenarnya politik itu sendiri merangkumi pelbagai jurusan kehidupan. Semestinya sebagai muslim, politik anda perlulah bertunas dari Islam yang syumul. Politik melibatkan pelbagai acara jalinan sosial serta perhubungan dua hala antara pelbagai pihak.

Jalinan inilah yang sepatutnya digunakan muslimin dan muslimat sekalian untuk mendidik dan berdakwah sesama mereka. Bayangkan betapa perkasanya Islam masakini sekiranya seluruh saluran dakwah ini dapat digembleng untuk memasyhurkan keagungan Islam justeru ia dapat berkembang pesat serta harum mewangi di setiap hasta bumi ini.

Malangnya, apa yang terjadi hari ini adalah sebaliknya. Medium saluran politik bertatahkan dakwah ini dicemari oleh ketidakmatangan hamburan kata. Caci cerca menjadi makanan ruji sebahagian besar penggiat tegar politik tanah air.

Dalam situasi inilah saya melihat PAS agak terkebelakang sebagai sebuah parti yang ingin menegakkan Islam. Perjuangan mereka pada pandagan saya tiada celanya, tetapi respons mereka terhadap pergeseran ideologi pengikut parti lain yang menjadi masalah.

Lentingan penyokong PAS sering disulami caci cerca yang mengguris jiwa. Saya tidak salahkan guru mereka yang ajarkan. Malahan, mungkin tiada salahnya mereka mengherdik saudara mereka yang diseberang parti sana. Tetapi amat rugi mereka tidak mempergunakan saluran ini untuk berdakwah.


Penyokong PAS tidak mengambil kira potensi pengundi parti lawan dan pengundi atas pagar. Mereka lebih selesa menyedapkan hati dengan melontar bara api ke dalam hati saudara mereka. Mereka rela mencemarkan warkah perjuangan Islam yang didukung parti dengan mempersembahkan diri mereka dengan nada yang keji lagi jijik.

Tiada langsung segan silu adat Melayu, mereka melabel saudara mereka sendiri dengan samaran yang jelik. Media berita mereka turut sama berganding bahu mengusung bau hancing ini ke merata ceruk paparan cetak mahupun elektronik.

Api hati mereka disemarakkan bahan bakar tajaan iblis untuk mereka terus menerus berbalah. Dari mulut itu jugalah dia berzikir, bertasbih dan dari situlah juga meletusnya puaka kata kepada saudara se-Islam mereka sebagai habuan penyedap emosi luka.

Pernahkah mereka terfikir apa perasaan saudara mereka yang dicela itu? Apa rasanya menelan kejian yang bertali arus ini? Saya pasti, mereka tahu, kerana mereka sendiri pernah disumpah seranah sedemikian rupa oleh penyokong parti lawan yang lain. Menjadi lumrah manusia untuk mempertahankan pegangan, walaupun bukan dengan fakta, cerca pun tidak mengapa.

Nanti dahulu, betulkah ini PAS yang saya maksudkan? Atau ini lawannya? Jika begini timbang taranya penyokong PAS dan lawannya, amat kesal saya katakan, tiada bezanya. Saling tidak tumpah persamaan perilaku tidak matang ini sama-sama merugikan parti, atau secara keseluruhannya Islam itu sendiri.

Asbab celaan ini memulas-mulas urat nadi pemilik telinga panas yang dicaci. Setiap bait bernanah ini menjauhkan lagi mereka daripada perjuangan Islam yang disanjung PAS sendiri. Jauh di dasar kalbunya, berakar tunjang dengan dendam dan kesumat. Kenapa perlu mereka mendekati kamu?

Perlukah saudara-saudara kamu ini bingkas bangun dan mengundi untuk PAS setelah dihamburkan caci maki kepadanya? Berapa ramai di antara mereka telahpun berpaling dari parti sana untuk menyertai PAS? Kamu mengatakan mereka tidak matang, namun kamu sendiri bertindak kebudak-budakkan.

Menjengah dari satu penjuru, golongan bukan Islam terkebil-kebil melihat telahan muslim yang bersaudara ini. Ada di antara mereka yang telah diberi suntikan doktrin persaudaraan sesama Islam. Namun, dengan mata kepala mereka sendiri, melihat muslim saling bercakaran. Inikah agama agung kamu? Inikah cara dakwahmu?

Golongan yang berpotensi untuk mendekati Islam akan mula dipatuk soalan sangsi. Di mana letakkannya kiasan murni agama yang dimomokkan kepada mereka dahulu? Apa yang terjadi dengan gema santun Melayu kamu?

Apakah berbaloi sekalian muslimin dan muslimat ini bertelagah? Berapa tinggikah maruah yang kamu semua beroleh dari mengherdik saudara kamu sendiri ini? Sejauh manakah kesinambungan syariat Allah dapat kamu tegakkan? Dapatkah kamu memberi jaminan bahawa Islam akan kembali menguasai dunia dengan perilaku sebegini rupa?

Namun begitu, di sebalik kelemahan rantaian etika golongan ekstrimis ini, saya yakin dan percaya mereka tetap inginkan Islam itu ditegakkan. Mereka tetap mahu sama-sama berjihad ke jalan Allah. Saya pasti, jauh di sudut hati mereka, membuak-buak keinginan untuk satu solusi mutlak bagi menangani krisis kendiri ini.

Tahukah anda apakah kesan politik sebegini rupa pada institusi Islam seluruh dunia? Mengapa berlakunya perang saudara, penghapusan etnik, rampasan kuasa dan pemberontakkan, tidak ketinggalan perbalahan turun temurun Syiah dan Sunni. Bagaimana saluran dakwah ini dapat mempengaruhi semua ini? Mungkinkah Ikhwan Muslimin menggemakan saluran dakwah ini sehinggakan mereka beroleh kemenangan?



Sesungguhnya, tinta ini tidak akan berhenti menulis, cuma mungkin akan ditangguhkan kerana dihambat komitmen dunia bagi membolehkan kudrat ini terus lantang bercerita, dengan izinNya. Akan saya terjemahkan solusi krisis ini di pertemuan kita yang seterusnya, InsyaAllah.

Sengaja saya benihkan pelbagai pertanyaan di dalam penulisan ini, dengan harapan dapat mencambahkan kejatian minda muslim kudus. Semoga ianya membuahkan hamparan idea untuk sama-sama kita manfaatkan bagi meredah rasukan dunia. Wallahualam.

Jazakallah.

Read more

Mengapa kritik PAS?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Sebelum aku meneruskan penulisan ke tahap yang lebih mendalam, suka aku perjelaskan kenapa aku kelihatan menghambat bara api, mengkritik lantang terhadap penyokong PAS.

Antara sebab paling utama adalah, aku merasakan kelompok penyokong PAS ini masih tinggi nisbah tahap kewarasannya. Golongan professional dan berpendidikan tinggi ramai melibatkan diri dengan PAS. Namun, bukanlah aku menidakkan kewarasan penyokong parti lain.

Situasi ini membolehkan tiap kata yang aku unjurkan dapat dicerna sebaik-baiknya oleh mereka ini. Golongan tersebut pada harapan aku, berpaksikan Islam dan mereka mahukan Islam itu ditegakkan. Oleh itu kewarasan mereka dapat menyumbang kepada penerimaan kritikan yang membina.

Mereka ini mempunyai kemampuan bertolenrasi dengan emosi sendiri. Dengan mempersempadankan ketidakmatangan dalam berbicara lantas mereka menyerap ekstrak kata yang tersirat disebalik juntaian aksara.

Mungkin aku tergambar sebagai talibarut UMNO oleh segelintir golongan fanatik, namun itulah harga yang perlu aku bayar demi untuk memperkasakan perjuangan Islam yang memberi inspirasi kepada perjuangan PAS masakini.



Tujuan lain penulisan aku adalah untuk menyedarkan akan perkembangan PAS yang sudah mula menginjak ke arah penyakit UMNO. Atau dengan kata lain yang lebih ringkas, untuk memastikan PAS tidak gagal seperti UMNO sekarang ini. PAS lebih berbaloi untuk dikritik berbanding parti pemerintah yang telah lama dikritik pembangkang namun kurang responsnya.

Hal ini kerana aku berpegang pada premis mencegah lebih baik dari mengubati. Aku memberikan senarai simptom-simptom yang berkaitan dengan UMNO dan diselitkan dengan amalan pencegahan yang sewajarnya.

IsyaAllah, di masa hadapan aku tekankan "dakwah respons" sebagai antara cabang utama untuk menambahbaik gerakkan perjuangan Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Terma "dakwah respons" itu sendiri masih belum matang dan ianya hanya simpulan ringkas yang dapat aku bina untuk melambangkan simbolik gerak kerja dakwah itu.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf andai pembaca merasakan terentak hati tergusar jiwa oleh penulisan aku yang runcing. Begitu juga sekiranya secara tidak sengaja terbitnya cerca maki kepada aku, telahpun aku maafkan kalian semua.

Saya amat hormati pendirian anda sebagaimana anda menghormati pendirian saya.

Jazakallah.



Read more

Ulasan respons/penerimaan "5 sebab PAS akan Gagal"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Tergerak hatiku ingin memberi sedikit ulasan tentang penerimaan/respons artikel "5 sebab PAS akan Gagal" oleh kerana ianya sedikit tervariasi dari apa yang aku jangkakan.

PAS dan UMNO makin sama?

Usul utama artikel itu ditulis adalah untuk meng-highlight ruang-ruang ketersamaan PAS dan UMNO yang akan menjurus kepada kegagalan. Umum mengetahui status UMNO yang dalam keadaan bahaya. Keadaan bahaya ini jugalah sebenarnya berakar daripada 5 asbab yang telah aku bincangkan.

Umpanku tepat mengena apabila laman yang berperoksikan UMNO menyiarkan dan menyebarkan isu yang aku lampirkan di dalam artikel itu. Harapan halusku adalah untuk melihat dan mengukur sejauh mana mereka mengiyakan asbab-asbab kegagalan PAS yang 5 ini. Kerana ianya adalah seamless dengan asbab kegagalan yang sedang dihadapi oleh parti yang mereka sokong ini.

Di sebalik beberapa komen ignorant yang diperlihat di laman fanpage dan blog peroksi UMNO, aku percaya terdapat juga warga UMNO yang dapat menilai dengan sewaras-warasnya. Harapan aku kepada mereka ini tak pernah musnah. Kerana mereka ini juga saudara aku, saudara se-Islamku. Atas rasional itulah aku cuba cungkil dasar hati mereka untuk menimbang tara asbab kegagalan sesebuah parti dari satu perspektif alternatif.

Alternatif ini membawa maksud, selain dari amalan ruji penyokong politik Malaysia ini; caci cerca makian, kita tampilkan kelainan persembahan isu dan fakta. Dengan harapan umpan-umpan ini tepat mengenai sagi-sagi hati mereka yang paling dalam.

Namun bukanlah niat aku untuk "kalih" mereka overnight kepada PAS, tetapi untuk meningkatkan kematangan berpolitik sesama kita. Jangan sesekali tersilap, bukanlah aku ingin label mereka ini tidak matang dan aku lebih matang, tetapi aku ingin berkongsi perspektif yang berbeza dari yang sediakala.

Penafsiran istilah matang itu sendiri bersimpul-simpul dengan makna yang amat subjektif untuk dikaitkan dengan situasi politik Malaysia. Premis kematangan yang cuba aku persembahkan adalah "dakwah dalam respons". Satu pendekatan yang amat berbeza yang telah dihadapkan selama ini iaitu dengan memenangi hati musuh daripada hati sendiri. Penafsiran "dakwah dalam respons" ini akan disempurnakan dalam satu penulisan khas di lain hari.



Adapun terdapat jua lentingan respons daripada penyokong Pan-Malaysian Islamic Party itu sendiri. Timbul satu golongan tipikal yang terus menerus mencerca, menafi, menyerang kembali dan bertali arus membuktikan PAS lebih baik dari UMNO. Tidak kurang juga segelintir yang mendakwa penulis sebagai talibarut UMNO, justeru mengiyakan asbab kegagalan yang aku kupas di dalam artikel tersebut. Namun aku tidak salahkan mereka menzahirkan respons mereka sebegini rupa, kerana aku sendiri menggunakan tajuk yang agak offensive pada hemat mereka.

Maaf aku pohon kerana terpaksa menggunakan tajuk yang agak misleading untuk menarik hati membara untuk membaca. Golongan tipikal ini merasakan mereka terancam dengan tujahan kata aku yang agak sinis. Dan sesetengah mereka merasakan mereka perlu pertahankan parti PAS mereka ini dengan menyerang kembali. Serangan itu samada dalam bentuk paluan soalan PAS vs UMNO, menunding jari kepada UMNO, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai agen parasit, serta menyerang peribadi penulis/penyebar artikel. Ataupun inikah sebabnya artikel ini sukar tersebar dalam media alternatif PAS? Ataupun penyokong PAS sendiri hanya sekadar membaca tajuk dan bukan isinya?

Syahadan aku menarik nafas lega, kerana di dalam rimbunan golongan tipikal itu timbul juga susuk gagah hati pembaca yang mengerti sedalam-dalamnya sarkasm yang aku cuba sampaikan. Walaupun mereka tidak mengiyakannya secara keseluruhan, tergambar jelas kesedaran mereka akan ketersamaan yang makin rapat antara PAS dan UMNO. Lantas golongan kedua ini mula menongkah kata bertanyakan solusinya. Bagaimana mahu selamatkan PAS? Lebih baik mencegah dari mengubatinya?

Alhamdulillah, walaupun bilangan mereka amat minoriti, aku amat berbesar hati mempunyai saudara seperti mereka. Ini kerana mereka berjaya bertolenrasi dengan emosi. Mereka pendamkan hati panas mereka untuk mencari solusi akan parti perjuangan Islam ini. Mereka menggunakan akal sebaiknya dan tidak melemparkan kata cerca pada yang bertegur sapa. Mereka jugalah yang akan bersama merentangi aruhan politik sempit yang amat tinggi jumlah tompok-tompoknya di Malaysia.


Akhir kata, selamat maju jaya rakan dakwahku, semoga beroleh keberkatan dan dipermudahkan urusan kamu berdakwah kepada saudara kita yang lain. Diri ini insan biasa, bukan bermakna maksum 100% dari terbitan kata cerca yang sengaja mahupun tidak sengaja. Namun ini bukanlah budaya kita bercaci maki sesama saudara, hatta ini bukanlah ajaran Allah dan Rasulnya. Islam itu syumul, jangan jumudkannya ia dengan tingkah laku kita sebagai penganutnya. Wallahualam.

Jazakallah.
Read more

Terima kasih daun keladi! Respons benchmark

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Alhamdulillah, susulan daripada terbitan artikel "5 sebab PAS akan GAGAL!" tempoh hari, sukacita aku mengkhabarkan bahawa banyak laman-laman penyiaran berita politik memberi muka kepadaku dengan sama-sama bekerjasama menyiarkan artikel tersebut dengan jayanya.

Meskipun aku tidak dapat track kesemua laman yang telah menyiarkan artikel tersebut (mungkin ini disebabkan kedangkalan aku menggunapakai Google). Sekali lagi dengan sukacitanya inginku senaraikan laman-laman tersebut kesemuanya sekadar yang dapat aku rekod.

Kedahlanie.info
Kritis-online.com
Unitmediasiber.blogspot.com
Politikmasa.blogspot.com
Panggungopera.blogspot.com
FB Fanpage Pemuda Umno Malaysia
FB Fanpage Barisan Nasional



Jutaan terima kasih aku hamparkan kepada semua pihak yang telah berkerjasama dalam usaha mematangkan fenomena politik di Malaysia ini. Termasuk juga kepada pihak-pihak lain yang mengerahkan kudrat mereka yang tidak dapat aku senaraikan di dalam list di atas. Terima Kasih semua. `

Artikel ini agak istimewa buat aku, kerana aku menganggap ianya sebagai satu benchmark untuk artikel-artikel lain yang aku tulis di masa hadapan. Penerimaan laman lain terhadap isu yang dipersembahkan juga amat memberangsangkan sehinggakan terdapat laman fanpage yang menyiarkan pautan artikel tersebut di wall mereka. Walaupun, link tersebut bukanlah dari blog yang asal ini, tetapi isi dan isu artikel itu tetap dapat disebarkan untuk kebaikkan perkembangan politik Malaysia secara khususnya.

Secara keseluruhan, termasuk hits langsung yang aku terima dari busuk.org, walaupun kelihatan tidak banyak, tetapi aku ingin meluahkan rasa berbesar hatiku untuk terus menerus menerbitkan prosa kata hati aku di blog ini.


Jazakallah.
Read more

RM34.3 billion, Jumlah Hutang Syed Mokhtar yang Membimbangkan

Lantaran hutang negara yang kian meningkat, timbul pula situasi kitaran ekonomi yang meresahkan golongan intelek Malaysia. Sehubungan itu, pembangkang telah menyuarakan kebimbangan yang memuncak mengenai kemungkinan berlakunya bailout besar-besaran kepada konglomerat Bumiputera terbesar di Malaysia.

Tunggakan kredit yang menggunung tinggi oleh syarikat-syarikat di bawah naungan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary umpama memberi gambaran awal berulangnya situasi kejatuhan ekonomi 1998 yang tersirat oleh kegagalan Renong Berhad.


Hutang tanggungan konglomerat Syed Mokhtar berjumlah RM34.3 bilion, satu jumlah yang amat mengerikan di dalam integer negatif. Tercatat sebagai penyumbang terbesar, MMC Corporation dengan RM24.2 billion dan diikuti oleh DRB-Hicom sebanyak 3 billion ringgit.

Perihal keruncingan hutang ini ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Najib Razak merelakan penswastaan Penang Port di bawah kawal-selia konglomerat Bumiputera ini. Selain dari itu, tercatat jua keinginan Syed Mokhtar untuk memiliki Port Klang dan Keretapi Tanah Melayu yang seharusnya akan merimbunkan lagi timbunan hutang.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap aliran wang pembayar cukai yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk diguna pakai sebagai bailout sekiranya syarikat-syarikat naungan Bumiputera terkaya ini muflis dan gagal melunaskan pinjamannya. Ini sekaligus menerbitkan kesembapan ekonomi ekoran dari kerugian ratusan juta ringgit oleh sebahagian besar pemegang saham sebagaimana yang telah dihadapi Renong Berhad 14 tahun dahulu.

Gambaran ini disimpulkan oleh Tony Phua sebagai kejatuhan berantai konglomerat Syed Mokhtar akan mengikat sama Malaysia ke lembah hutang yang amat menggerunkan. Ini adalah kerana sandaran yang terlalu tinggi digandingkan kepada kumpulan syarikat ini, menyebabkan negara ini tidak mampu melihat Syed Mokhtar gagal dan muflis, justeru terpaksa menagih saluran dana pembayar cukai sebagai bailout mereka.

Pemusatan kredit sebegini sejujurnya adalah amat bahaya kepada ekonomi negara sebagaimana refleksi kejatuhan berantai yang disimpulkan Tony Phua. Kerajaan sepatutnya menyulamkan segregasi penganugerahan projek mega berkaitan kerajaan sejak dari teladan kejatuhan empayar Renong belasan tahun dahulu. Sekiranya tidak diambil pengajaran dahulu, dibimbangi implikasi lebih dahsyat akan menimpa negara, atau lebih tepat lagi rakyat negara ini.
Read more

Kritis-Online diserang agensi kerajaan?

Yes I finally have to agree with Bloghouse4Najib that closing the index reading to KritisOnline when we got thrashed by the Government agency's about a month ago was the best thing any of the editors could have done. KritisOnline was being attacked daily by these Agency's hell bent on closing us down, even though our server was previously located ON A RIVER. Haha. Yes. Thats right. It was ON A RIVER. If the index file had stayed open... that would have spelt the end of KritisOnline.

Now that we have managed to move safely to South Africa and Mirror it to Canada I think its time we 'publish' back the index file so that Google and other search / analytics system can correctly check to see if KritisOnline is actually as FAMOUS as it makes itself out to be. As one of the editors in KritisOnline I must say WELLDONE Bloghouse4Najib. As soon as you switched the plug back on, we have dropped from over 6000 in the country to now below 3000 in just over a week. KritisOnline will go back to its steady flow of about number 900++ Alexa ranking soon enough. Hey ! We didn't want to shut the index file but these government agencies were all over us. If they couldnt OWN us, they wanted to KILL us ! Terrible.

KritisOnline is doing great with a large pool of editors writers guests all bringing the latest in POLITICS and NEWS which is important to us all. In a time when we NEED more information then the ones put to us on a silver platter. We are going to give you a rolller coaster ride. Don't let the DOGS OUT.
We Will Rock You.

Kritis-Online.com

Susulan serangan bertali arus sebuah agensi kerajaan yang tidak dinamakan terhadap laman portal berita Kritis-Online.com, menyebabkan ganguan server dan kemerosotan pagerank yang mendadak.

Tindakan tidak matang ini secara tidak langsung mencerminkan ketidak-utuhan agensi kerajaan Malaysia yang terumbang ambing oleh kekangan parti pemerintahh. Laungan demokrasi diludah, ditinja sehabis-habisnya.

Laman berita ini dikatakan hampir menemui ajalnya sebagai salah satu pemangkin arus reformasi atas talian di Malaysia. Namun pihak pengurusan laman berjaya menangani serangan itu dengan melakukan penghijrahan besar-besaran server berserta penambahbaikkan untuk mengelakkan kejadian seumpama ini tidak berulang.
Read more

Cikgu Normala (PAS) masuk UMNO?


Apa dah jadi dengan kepimpinan Pas Johor, sehinggakan Cikgu Normala yang pernah menjadi calon Pas di Piliharaya Kecil, Tenang, Johor menyerahkan keahliannya untuk memasuki UMNO
Laporan sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada sedikit perselisihan antara bekas cikgu tersebut dan Pas Negeri dalam menawarkan dana bantuan kewangan yang dijanjikan sebelum ini selepas beliau tewas bertanding di Tenang. -SUMBER-


Untuk pengetahuan korang penulisan neh diperolehi dari blogger umno. Aku dah nyatakan sumbernya di atas. Dan untuk pengetahuan korang juga penulisan di atas adalah fitnah semata2. Cikgu normala tak masuk umno dan masih bersama pas dan tidak mempunyai apa2 perselisihan faham.
Cikgu normala akan buat sidang media untuk memperjelaskan hal tersebut. Ini lah sebabnya kenapa aku cakap dengan blogger umno neh tak yah susah2 lah nak baca penulisan dorang. Bukan sekali dua terkena oke dengan penipuan dorang.
Dah banyak kali dah. Menulis macam takan mati. Tak fikir langsung segala fitnah2 yang disebarkan bakal dipersoalkan kelak. Tapi takpe lah kan, itu dorang nya beban bukan aku nya beban. So ada aku kesah?

amenoworld

Langsung tak dapat aku fahami intipati niat blogger UMNO ini menyebarkan berita-berita palsu. Secara tidak langsung merugikan kredibiliti mereka, apatah lagi mensia-siakan pengaruh undian daripada pihak atas pagar. -taufiking

Read more

Tips Jimatkan Bateri Laptop Sehingga 89.87%!!




Tips khas untuk pengguna komputer yang mempunyai webcam dan pencahayaan persekitaran yang baik.

Download & Install BMW ECO PRO Screensaver -> BMW EfficientDynamics

Screensaver ini fungsinya sama tak tumpah dengan function start/stop BMW EfficientDynamics untuk menjimatkan minyak kereta BMW.

Software ini detect muka kita menggunakan webcam, apabila kita tak berada di hadapan skrin, webcam tak dapat detect muka dan screen akan off selepas 10 seconds. Apabila kita nak guna balik, sebaik sahaja webcam detect muka kita, screen akan on semula.


Menurut BMW, sekiranya semua komputer di dunia pakai software ini, kita boleh menjimatkan 50 million USD setahun and reduce CO2 emission sebanyak 50,000kg per year.

Lets go green!

p/s: Kalau jenis yg tak berganjak dari screen a.k.a tenungskrin tu memang tak dapat nak tolong la
Read more

(Video) Sultan Johor Murka terhadap pemimpin PAS


Nizar sepatutnya selidik dulu sumbangan baginda sebelum menebarkan twit di akaun twitternya. Bukan bermakna Sultan tak boleh dikritik, tetapi perlulah berlaku adil, beradap dan salurkan ke tempat yang betul.

Sebenarnya 500k yang baginda bayar utk no plate itu sebenarnya adalah hasil kerajaan ataupun dikenali sebagai harta rakyat juga
Read more

Comments