Das Ich, About Me

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Aku bernama Taufik, seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan sekitar tahun 80-an. Sehingga kini, lebih dari 80% masa celikku dihabiskan di Utara Semenanjung Tanah Melayu. Latarbelakang aku berbirat oleh kenangan perjuangan ranjau menuntut ilmu di sebuah IPTA serta pengalaman meredah rimbunan tipu daya dunia perniagaan di usia setahun jagung. Kini aku bergelumang mesra dengan kelibat industri yang tagihkan khidmatku sambil bersaing di celahan cakaran bayangan politik yang bermuka-muka.


Perilaku aku amat subjektif untuk digambarkan oleh penulisan ini. Aku perkudakan laptop kepunyaan aku untuk menulis secangkir citra bagi menggarap ilmu dunia dan akhirat disamping berusaha menyampaikan kepada manusia yang lain.

Aku bukanlah cendekiawan akademik, mahupun ulama' apatah lagi tok kadi. Tapi aku bukanlah insan biasa, kerana aku ingin belajar keluar dari kebiasaan hilai gemalai kelalaian duniawi ini atas dasar aku bukan maksum yang terpelihara dari dosa.

Aku juga tidak memiliki komitmen berblogging 25 jam sehari 8 hari seminggu seperti orang lain.  Ini juga bukanlah blog pertama dan bukan blog kedua-ku. Perbezaan pendapat adalah amat dialu-alukan selagi tidak memudharatkan mana-mana pihak. Skala kemudharatan ini seringkali terbedil oleh kerakusan tinta menconteng runcing segenap lapisan hati yang negatif. Oleh itu aku amat berpegang pada paksi kemaafan dan solusi win-win situation.

Aku juga amat terbuka kepada teguran. Namun penzahiran penerimaan teguran itu bergantung kepada tahap ego aku ketika berdepan dengan apa-apa isu. Ya, aku memang ego and I know it. I don't thinks its a sin!

Sekian dan selamat meneroka.

6 comments:

  1. Hahahahah ich liebe dich...bahasa jerman kan? Otak ko ni sempoi lah...ahahha

    Penggunaan Ayat2 tingkat tinggi sastera yang mudah difahami.

    Keep up bro..aku mungkin akan sering berkeliaran di blog kau ni.

    ReplyDelete
  2. haha memang lughah jarman itu ja yg aku mampu
    tq sekali lagi tuan, aku akab cuba yang terbaik!

    ReplyDelete
  3. Hehehehe,bro aku mungkin akan menyebabkan blog kau menjadi macam kawah gunung berapi kerana komen2 dari aku jenis provoke gila vavi tapi berfakta dan berdasar,oleh itu aku ingin memohon maaf awal2 jika berlaku ledakkan Nuklear sebagaimana yang berlaku di blog Prince Noob tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh keh keh memang nampak dah kat blog encik noob tu
      komen tajam2 tapi berfakta, hebat2 belaka
      aku ada gak komen2 kat blog bro dulu tapi dengan santun la haha

      Delete
    2. Keh keh keh,jenis aku..aku suka jenis provoke bro..Manusia ni kadang2 kena diajar secara keras..Terdapat pro dan kontra dalam setiap apa yang kita cuba buat dan sampaikan.

      Aku ikut kaedah zaman dulu2 cikgu dalam mengajar anak muridnya..sangat garang dan tegas..anak murid jadi takut..mana pernah dengar ada kes anak murid melawan cikgu dahulu?

      Tapi setiap manusia ada gaya tersendiri bro..yang paling penting mesej kita itu sampai.

      And aku tak ada blog bro,aku pun pinjam link blog orang nak komen kat mana2 blog.hehe

      Delete
  4. Ko ni agak kurang ajar. Tapi I loike

    ReplyDelete

Comments