Syarat Minima Sebelum Anda Boleh Mengkritik PAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Layakkah anda kritik PAS?



Kebanyakkan pengkritik tegar PAS masakini, berdiri segak dengan memakai tanda nama "Pencacai UMNO" dari kaca mata seorang fanatik. Hal ini disebabkan kebanyakkan pengikut PAS menganggap parti mereka ini adalah sempurna dan tiada timbang taranya.

Berikut adalah syarat kelayakan minima untuk menjadi pengkritik PAS yang ulung:
1. Mendapat tauliah sebagai Ahli UMNO Sepanjang Zaman
2. Graduan kelas pertama Ijazah Politik Putar-belit Guna-gunaan UiTM
3. Memiliki sijil rasmi "Sijil Penghargaan Pengkhianat PAS"
4. Mempunyai cop pengesahan "DARAH BIRU" di Mykad
5. Mendapat suntikan pelalian vaksin PBP (Pancaran Bulan Purnama) di hospital kerajaan
6. Mempunyai keahlian tetap Kelab Senaman Punggung

Mengapa perlu wujudnya persepsi begini? Mengapa perlu menjadi penyokong UMNO baru boleh mendapat kebenaran mengkritik PAS? Belumpun habis cerita dibaca, sudah ditampal lekat sticker label "Pencacai UMNO" di dahi mereka.

Aku pasti, tiada pemimpin atasan PAS akan membaca tulisan api-api ini. Kerana jika benar mereka membaca, pasti saat ini mereka sedang bertungkus lumus berusaha memperbetulkan haluan serong "jentera dakwahnya".

Seandainya kerugian PAS ini dapat diukur dengan wang ringgit, aku menjangkakan unjuran kerugian kasar PAS untuk dekad ini melebihi RM 100 bilion. Jumlah kerugian tinggi yang ditanggung oleh parti ini mungkin disebabkan teguran dan kritikan yang sengaja dibutakan oleh sebahagian besar pemimpin dan pengikutnya. Wallahualam, hanya Allah jua yang tahu nilainya yang sebenar.

Situasi berbeza pasti akan berlaku sekiranya mereka tidak bermuka-muka dengan simpulan isi kritikan ini. PAS akan menjadi lebih dominan andainya mereka dapat menggarap buah fikiran para pengkritik. Parti ini akan bingkas mencapai tahap kepesatan yang tinggi dengan bantuan audit (kritikan) luaran. Tanpa perlu bersusah payah menjual nama, perjuangan mereka akan mendapat sanjungan rakyat di serata negeri.

Namun aku tidak salahkan pemimpin mereka yang seringkali khusyuk bertasbih, bertahmid serta berzikir di pentas-pentas ceramah mingguan mereka. Begitu juga dengan pengikutnya yang mungkin terlalu sibuk berdakwah ke jalan Allah.

Barangkali mereka tidak mempunyai kesenggangan masa untuk meneliti bait-bait kritikan yang dilontarkan kepada mereka. Mungkin juga dalam diam, mereka telahpun mengembleng satu pasukan khas untuk menjalankan tugas ini. (jika ada, aku sedia berikan kerjasama) Maka dengan itu tahniah aku ucapkan!



20 comments:

  1. quite agree with this entry... tapi cuma nak tahu adakah tuan taufiking ni memihak kepada mana2 parti politik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuma tidak memihak kepada umno
      encik noob pulak memihak kepada parti mana?

      Delete
    2. oh ABU la ni? :)
      saya tak memihak pada mana2 parti politik dan itu memberi ruang untuk saya mengkritik apa2 yg saya lihat tak kena di kedua2 pihak

      Delete
    3. ABU? ABU tu overrated
      aku tak memihak umno tak bermakna aku menentang umno
      niche aku kritik penyokong PAS, niche kritik/kutuk umno dah byk :)

      Delete
  2. Alangkah baiknya kalau segala kritikan dilihat dari sudut postif. Mungkin ada benarnya kritikan dari ahli sendiri. Kalau dari pihak luar ia lebih kepada kritikan utk menjatuhkan, bukan untuk menambahbaik. Seandainya bijak dalam mengurus kritikan, yang kritik untuk menjatuhkan pun akan jadi kebaikkan untuk sesuatu organisasi. Teruskan mengkritik untuk kebaikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu sudi beri komen
      Insyaallah, selagi ada ruang dan peluang saya akan teruskan perjuangan ini.

      Delete
  3. Penyokong PR ke penyokong BN pantang kena kritik lepas tu cepatlah bertukar jadi HULK.

    Dasar IGNORANT penyokong parti yang TAKSUB!

    ReplyDelete
  4. haha bagus posting ni. Saya setuju. Walaupun saya ni orang neutral yang ramai member PAS dan UMNO, tapi bila komen sikit je pun mereka dah kata saya ni 'pencacai' dan 'Cybertrooper' (ni biasa pro-DAP dan PKR panggil saya).

    Kalau mereka sebagai orang biasa boleh mengkritik kerajaan, mengapa saya tidak boleh mengkritik mereka...adakah mereka maksum dan tidak pernah membuat kesilapan? Adakah benar kata mereka yang pengkritik dasar mereka (Cybertrooper) dibayar oleh kerajaan seringgit bagi setiap post Faecesbook? Mestilah saya akan menjadi kaya jika ia benar.

    Namun saya tak nafikan bahawa perangai sama juga dipertunjukkan oleh mat-mat MYKMU.net, memang tak boleh bawa berbincang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah mereka yg sokong Pas/umno itu maka segala tindakan mereka disabitkan direct kepada parti masing2?

      Adakah menjawab kembali kritikan itu menunjukkan bahawa Pas/umno itu tidak boleh menerima kritikan?

      Ya, saya bersetuju kalau dijawab kritikan dgn maki hamun adalah perbuatan yg tidak tepat.

      ya saya bersetuju kalau fitnah itu dijawab dgn maki hamun walau dari mana ia datang, samada Pas atau umno.. sebab maki hamun boleh melegakan stress... haha..

      Delete
    2. @sicher RM1 = 1 post? haha tak payah susah2 keja 8-5 lagi dah, fulltime ber-fb

      @zaminc tq tuan telah menyedarkan saya. betul jugak kena bezakan pendirian peribadi dan parti. tapi caci maki boleh saja.. byk kelebihannya haha

      Delete
  5. sori laa.. yg td kt atas tu aku nak reply ke artikel tuan punya blog, bukan kepada Sicher, sori ekkk...

    ReplyDelete
  6. Bhai Taufiq...

    Taksub lah yang menyebabkan mata mereka buta dalam menilai kritikan.... tak kisah la sebelah mana pon... sama jer... semua taksub melampau... susah... Allah Taala beri akal tapi diorang takmo nak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betoi tu tuan. taksub ni mana2 pon ada
      taksub ni penyakit bahaya, kalau tak cegah akan datang mudharat
      nanti rugi saja rakyat pangkah pas
      sebab sama2 berpenyakit macam umno

      Delete
  7. x payah nak bising2 je bro
    x puas ati pangkah parti pembangkang
    parti pembangkang rosak , undi parti lain lak

    you have a choice infront of you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah pangkah kedua-duanya..kita mansuhkan terus semuanya..Buat sistem khalifah semua tak leh nak cakap apa dah..hukum hudud terus boleh jalan.

      Kalau Melayu bersatu..islam sangat kuat..tak macam sekarang..Pas terpaksa jadi pondan sebab DAP..Umno jadi barua sebab nak pertahankan sistem sekular materialis mereka tu..PKR? parti yang ditubuhkan semata2 nak jadikan Anwar sebagai PM? What the crap!

      So kita mansuhkan kesemuanya!

      Delete
    2. buat parti sendiri la pasni..parti cap ayam, bak kata ustaz azhar idrus. tuan zack jd calon =)

      Delete
    3. ni yang aku lemah ni..bila kita kritik, mesti ada suara2 sinis memerli kita soh jadi calon..adoiiii

      Delete
  8. berlapang dadalah menerima kritikan kerana itu lebih dihormati. Menjadi kesilapan jika kita mengkritik terus dilabel pencacai atau kangkung. PAS perlu sedar, orang mengkritik sebab mereka sayangkan PAS dan mahu PAS terus kukuh dan menjadi dominan...Insyaallah

    ReplyDelete

Comments