Cina masuk Islam atau Cina masuk Melayu?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

 Post ini berkisah tentang video Xifu Naser di yang disertakan. Video berdurasi 40 minit yang mementaskan perbincangan antara tokoh dakwah bersama Alex, Janice ❤ dan J. Sze ❤. Perbincangan ini berkisar tentang penerimaan kaum Cina terhadap Islam. Diselitkan juga bacaan lancar Surah Al Fatihah oleh saudari J. Sze ❤ yang comel.




Rumusan/Point penting:
  • Islamophobia, Pandangan Kaum Cina dan Peranan Melayu 
  • Dakwah kepada masyarakat kaum Cina di Malaysia amat lemah berbanding kaum Bumiputera di Sabah Sarawak
  • Persepsi orang Cina terhadap orang Islam tak banyak beza merangkumi responded dari pelbagai background (education, career)
  • Kita sibuk Lina Joy keluar Islam, tapi di Pulau Ketam pada tahun 80an ada 300 keluarga Cina Muslim, tapi hari ni tinggal tiga sahaja keluarga cina muslim, yang lain dah murtad/convert
  • Mengapa bersifat perkauman dalam dakwah dengan Cina muslim
  • Orang Cina India bagaikan mendapat motivasi untuk mintak tukar agama di mahkamah
  • Masyarakat Cina memang takutkan Islam, mereka bias terhadap Islam
  • Kalau masuk Islam bagaikan murtad/menderhaka kepada keluarga dan bangsa Cina, mereka dianggap masuk agama Melayu?
  • Mereka boleh masuk Kristian dan Bhudist walaupun agama itu bukan berasal dari China
  • Kedua2 kaum Melayu dan Cina yang menyebabkan Islamophobia dikalangan Cina Malaysia
  • Cina masuk Islam = Cina masuk Melayu
  • Tapi masuk Kristian masih cina, masuk Bhudist masih Cina
  • Nasyid Pakai baju melayu
  • Raya dengan ketupat, baju Melayu makanan Melayu
  • Kenapa tidak buah limau? kuih muih Cina?
  • Masyarakat Cina takut mereka di-Melayu-kan
  • Muslim sukar melayan pertanyaan non Muslim terhadap Islam
  • Muslim merasakan mereka tidak layak bertanyakan tentang Islam
  • Tak seperti Kristian, mereka melayan setiap pertanyaan dengan hati terbuka
  • Tips berdakwah dengan masyarakat cina, jangan sebut pasal mati (membawa malang), banyakkan berbuat baik, jangan persoal agama mereka, lakukan amalan Islam didepan mereka, tonjolkan peribadi Nabi muhammad
  • Banyak tokoh agama lain mengakui umat manusia (Malaysia khususnya) menghadapi masalah akhlak dan moral, dan majoriti mereka ingin menyelamatkan akhlak manusia
  • Namun akhlak Muslim itu sendiri tidak mencerminkan kesempurnaan dan kesejahteraan yg menjadi tulang belakang Islam
  • Sedangkan akhlak adalah salah satu cabang dakwah paling berkesan
  • Cina takut dengan Melayu sebab mereka rasa Melayu ni extreme
Sejujurnya aku amat berminat untuk berdakwah. Tapi diri ini masih dimanja-manja agenda kapitalis menyuruh aku mencari duit untuk harta dunia. Habis waktu jaga aku berkeliaran mewarnai industri.

 Aku juga memasang angan-angan untuk menikahi gadis bukan Melayu. Cina especially (jujurnya). Tetapi background aku bergaul dengan masyarakat Cina amat terhad. Aku bersekolah di sekolah agama dan masuk unversiti Melayu. Pekerjaan sekarang jarang terlibat dengan mereka. Alangkah ruginya aku.

24 comments:

  1. Bhai Taufik...

    Hahaha... nak jawab segan... tak jawab pon segan... hahaha.... susah bhai bab nih.. nanti tak pasai-pasai jer bergaduh ngan orang kat Pejabat Agama... hehehe... Dulu masa gua bawak kawan gua Ah Chong tue nak masuk Islam... diorang banyak songel... siap mintak kawan gua tue sunat dulu lar... siap suruh baca Al Fatihah... tak betul nahu sumer tabley nak masuk Islam.... last-last kena maki kaw-kaw ngan gua pegawai tue...

    Last citer... gua yang ajar dier kalimah syahadah... dan gua Islamkan dier... gua cakap kat dier... kalu ikut syariatnyer.. dier tak perlu pon daftar mender pon kalu nak masuk Islam... Kat Malaysia jer diorang buat kerja bodoh menyusahkan orang nak masuk Islam dan nak kekal dalam Islam....

    Aper-aper pon ... biler bercerita pasai lu nak cari awek..... baik lu ngorat awek Jepun ker Korea ker... cari yang ala-ala Maria Ozawa ker.... hahahaha

    Amacam ... okeh dak cadangan gua tue??? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku takmau awek bro, nak cari bini la hehe tapi stok jepun korea tu mana nak cari kat malaysia ni

      Tapi memang betol la bab birokrasi ni lebih menyusahkan
      Depa bukan nak motivate org masuk Islam, kesian la kat orang yg hatinya dah diberi hidayah

      Nak masuk Islam satu hal, nak kekal dalam Islam pon satu hal
      Kita yang dah Islam ni pon banyak cabarannya

      Delete
  2. Hahaha kompleks persoalan ni coz ia menyangkut banyak perkara..

    Mungkin ungkapan masuk islam makna bagi mereka adalah masuk melayu sekali,Al-maklumlah Bangsa cina adalah bangsa yang ethno-centric..mereka tak suka jati diri mereka sebagai CINA musnah.

    Sebenarnya dasar 1 sekolah perlu dilaksanakan semasa Awal kemerdekaan dahulu lagi,disebabkan dasar ini tidak dibuat..jurang perkauman ni memang payah nak dikecilkan kerana sikap etnik-sentrik dikalangan Bangsa2 berbilang kaum di Malaysia ni sangat menebal..so kalau dari awal dah macamni..macamanalah kita nak berdakwah?

    ditambah macam karenah birokrasi macam bro cipan cakap tu..ish banyak betul punca dia ni nak tulis coz persoalan ni terlampau subjektif.

    Bro taufik,Banyak orang cina Mualaf..kenapa tak risik kat pejabat Agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bule p risik terus kat pej Agama ka?
      Aku taktau pon pasal ni haha macam pelik ja p merisik kat pej Agama

      btw, Cina memang keras sikit pasal bangsa/tradisi depa
      tapi depa still boleh masuk Kristian dan Bhudist yang terang terangan bukan berasal dari tradisi depa

      mungkin sebabnya penerimaan komuniti Kristian dan Bhudist yang lebih terbuka berbanding komuniti Muslim yang mereka lihat lebih extreme

      tak boleh nak salahkan Cina sebab depa bias, kita pon sama-sama terlibat

      Delete
  3. As Salam:)

    Persepsi orang cina : masuk Islam = Masuk Melayu
    Persepsi orang melayu : masuk islam = kena pakai kopiah, naju melayu kain pelekat bagai..masuk Islam sebenarnya kena amalkan gaya hidup islam, bukan budaya melayu..

    Orang yang baru masuk Islam masih rapuh iman/kepercayaannya (aku lahir2 islam pun rapuh juga:-(), jadi patutnya peg.agama patutnya membantu kukuhkan iman mereka sebab dulu Nabi dakwah pun dengan cara menanmkan kekukuhan iman dulu..Bila iman dah kuat, jangan risau dia bukan je berani berhadapan dengan keluarganya, tapi dengan sendirinya akan tutup aurat, bersunat dan lain-lain..

    Aku selalu buka utube untuk dengar cerita pengislaman dan dakwah dari mualaf malaysia, namanya Bro Shah Kirit dengan Bro Lim Jooi Soon..terkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro tlg suggest pasal Shah Kirit tu, best gak dgr dia cerita macam2

      Memang realiti org Cina tengok culture Islam ni adalah culture Melayu
      Takleh nak salahkan depa bias, sebab Melayu sendiri tak menonjolkan teladan yang baik

      Sampai ada barrier untuk kaum Cina bertanya tentang Islam

      Delete
    2. Bhai NaZha Anua dan Taufik...

      Lu kalu jumpa Kirit Kumar Shah (Shah Kirit)... kirim salam gua dengan dier... hehehe... kawan lama gua tue... gua kenal dier masa dier belum masuk Islam lagie... walaupun gua bukanlah yang mentarbiah dier untuk memeluk Islam... tapi ader sikit cerita-cerita tentang Islam yang pernah gua sampaikan kat dier masa dulu... masa dier belum Islam...

      Delete
    3. den jumpa Shah Kirit ni kat youtube ja bro
      best dgr cerita2 dia
      untung la bro ada kawan macam dia

      Delete
    4. aku dulu masa kat uni memang selalu pergi dengar ceramah dia..dah dengar ceramah dia, aku rasa macam keciiiiiiiiik je islam aku ni..

      Delete
  4. Cina masuk Islam la..apa kes lak nak kata kan cina masuk melayu??? Itu pendapat org tua dulu-dulu bro...!!! Melayu,cina, india = BANGSA. Islam itu nama agama. Org Arab yang terima Islam lebih dulu pun tak berani nak kata masuk Islam= masuk Arab. Ada pernah dengar ke kata-kata macam tu? Orang Melayu jer perasan lebih.... Kalau boleh satu galaksi bima sakti ni nak di 'melayu' kan... hahahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kita yang kata, tapi Cina kebanyakkan masih akan kata masuk Islam macam masuk Melayu
      Mesti ada sebab kan? sebabnya adalah Melayu yang tak reti educate/tunjuk teladan kepada non Muslim, kaum Cina especially

      Delete
    2. bro lim jooin soon cita kat aku, lepas dia masuk islam, orang islam melayu suruh pakai kopiah, kain pelekat, raya eidfitri tak boleh sambut dengan famili..padahal islam tak ada pun wajibkan macam2 tu..kalau macam tu teladan yang kita tunjukkan, memang sampai bila2 pun depa kata masuk islam=melayu..

      Delete
  5. Bukan persoalan kita mahu 'MEMELAYUKAN" orang2 bukan Melayu,tapi ini adalah berkaitan PERSEPSI.

    Orang2 bukan Melayu bila masuk islam sangat cenderung berkahwin dengan orang Melayu dan mengamalkan nilai2 budaya Melayu selepas berkahwin dengan mereka.

    Ini yang Orang Cina selalu "misunderstanding",coz bila tengok bangsa dorang masuk islam..terus bertukar jadi Melayu..Orang2 Melayu pula tak berusaha nak memperjelas pula benda ni.

    Ko ni sebenarnya tak paham persoalan..Point artikel ni nak buat orang bukan Melayu Faham bahawa masuk islam tak semestinya mereka harus mengamalkan budaya Melayu..Mereka masih bebas mengamalkan budaya mereka selagi tidak bercanggah dengan syarak.

    ReplyDelete
  6. benda ni simple jer. as a islamic fellower menjadi seorang ketua. apa tanggungjwb adalah menyatukan semua kaum kepada islam. tapi tidak berlaku pada hari ini. Semua sibuk nk mempertahankan bangsa. Sedangkan bangsa itu sendiri menghancurkan generasi akan datang. Sejarah telah terbukti. tetapi manusia tetap mengikut sejarah kejatuhan. Sukarnya untuk menjatuhkan kekuasaan pemerintahan islam, sehingga terpaksa berperang beribu tahun. Sehinggalah satu idealisme baru dikeluarkan untuk menghancurkan akidah umat islam tanpa perlu berperang.

    Pemimpin pada hari ini, berjuang demi agama ataupun demi mendapat kekayaan duit print daripada US??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Faiz Fakhirin...

      Betul tue bhai... banyak yang pentingkan perut dan bawah perut dari benda-benda dakwah nih... hampeh tul lar...

      Berdakwah tak semestinyer dengan cara bagi kuliah ker aper ker... yang penting kiter damping diorang tue.. dan tunjukkan sisi-sisi baik dan bagoosh seorang Muslim...

      Delete
    2. Kalau pemimpin Malaysia ikut sebijik2 apa dalam Quran
      Takkan jadi macam hari ni, ntah2 Malaysia dah jadi antara kuasa besar dunia

      Delete
    3. setakat dunia pada hari ini? Negara mana yang ikut syariat islam Bro? TAK ADA langsung!

      Kadang2 kita jangan terkeliru perjuangan Bangsa(yang dianggap assobiyah) dan perjuangan islam.

      Perjuangan Bangsa dan islam harus seiring..kerana Bangsa adalah penentu hidup jatuh hidup Agama islam di sebuah Negara yang berbilang kaum di Malaysia ini..dan seperti kita tahu..Apabila sebut Melayu,sudah identik dengan islam..Kamu semua mahu ke Bangsa Melayu identik dengan pelbagai Agama disebabkan mahu Tumpu kepada perjuangan islam semata2? sebab itu penting kita memperjuangkan Bangsa kita yang majoriti agama islam agar terus stay dengan status tersebut.(aku pernah berdebat soal panjang benda ni,banyak ayat aku ringkaskan sebab malas menaip)

      Kalian orang2 PR sering terkeliru dengan "assobiyah" ini..Bangsa Arab sendiri terkenal dengan assobiyah mereka,tapi beginilah aku beri perumpamaan.. Agama itu ibarat tiang manakala Bangsa ibarat Tanah..Tanah itu yang menyokong tiang..kalau tanah itu berlubang sana sini,dikorek,diambil tanahnya..agak2 korang tiang yg berdiri teguh tu akan kekal tak?

      Aku faham Umno menggunakan Nama Melayu sebagai perjuangan politik mereka,tapi jgn disebabkan bencinya korang dgn Umno buat korang jadi Malu bila dan jijik bila berbincang soal Bangsa..Bangsa itu ciptaan Tuhan,mempertikai kejadian Bangsa itu samalah sepertinya kalian mempertikaikan ciptaannya..kerana harus TABOO bila bercakap soal bangsa? takut dituduh rasis dan assobiyah?sebelum itu fahami dahulu konsep dan makna perkataan itu..ikut situasi jugak..hahahha aku dah melalut panjang dah.

      Delete
    4. Betul tu encik zack
      Bangsa itu tiada salahnya. Allah jadikan kita berpuak2 untuk kita saling mengenali satu sama lain.
      Bukan untuk kita berpecah belah

      p/s: alang2 buat blog bro, takpon buat entry khas kat sini kekeke

      Delete
    5. Hahaha,Tuhan jadikan pelbagai Bangsa itu ada hikmahnya..cuba lihat balik..pusing ke 600 tahun dahulu..Bagaimana Bangsa kita yang pekat menganut ajaran hindu dan buddha(dahulu Nusantara ini adalah pusat pembelajaran agama hindu dan buddha,sesape nak sampai taraf cendiakawan dan nak jadi sami kena datang Kat tempat kita dahulu,baru boleh diiktiraf secara sah menjadi sami dan cendiakawan) boleh menganut agama islam tanpa sebarang tentangan berbanding bangsa arab yg terang2 menentang Nabi dahulu sebelum menganut agama islam? lihat betapa sayangnya Tuhan kerana beri Nikmat,Rahmat dan berkat Agama islam kepada Bangsa kita dengan sangat mudah sekali..sebab tu aku cakap,jgn Malu bila bercakap soal perjuangan bangsa..perjuangan bangsa harus diteruskan agar Bangsa kita Melayu terus bersama islam..Anugerah yang Tuhan beri kepada Bangsa kita dengan cara yang cukup mudah!

      Hahaha,Nanti aku cuba taip satu artikel..entahlah Bro..Aku kena rasa diprovok dan dicabar baru otak ni jalan..kalau tak tepu.hehehe

      Delete
    6. wah..berisi betul encek Z..tulih artikel la Bhai (pengaruh C++)

      Delete
  7. Islam sekarang sekadar cara hidup bukan jiwa islam...
    Jiwa Islam pula hati yg teguh pada nya melalui syariatnya...
    fikir2kan...melayu sekarang nie sekadar ISLAMkan diri mereka dengan cara hidup islam tetapi tidak pada jiwa,mulut lafaz sahaja aku solat kerana ALLAH tapi dalam kepala pikir nak pahala...

    PAHALA?dapat ke jika hati dah terpesong nak dapat nikmat pahala ALLAH dan bukan kerana ALLAH...

    orang kata islam addin,addin 2 hanya 0.0000000000000000001% dari islam...
    99.99999999999999999999% adalah penhayatan hati pada ALLAH yg maha esa...
    tanpa hati teguh pada ALLAH solat sejuta rakaat sehari pun ALLAH tak terima....yg penting hati,bukan cara hidup,tak perlu solat pakai jubah kalau tak selesa,kalau selesa dapat pahala sunat...melayu sekarang pun pening benda sunat dan wajib

    cakap macam 2 kat sahabat bukan islam yg tertarik pada islam,kalau tak suka cara hidup islam xpe,sebab tak wajib yg penting benda wajib seperti hati yg iklas pada ALLAH,solat dan lain2....

    p/s-aku bukan pertikaikan cara hidup islam,benda tak wajib wat pe kita nak paksa org buat,lebih2 lagi org baru masuk islam....bagi masa mereka terima islam dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu sendiri confuse dengan penghayatan Islam. Melayu mudah lupa ataupun langsung tak penah ingat?

      Samalah aku pon, ini habuan peringatan untuk aku. Amat rugi kalau dibiar hari ke hari berlalu tanpa perubahan. Biar kita berubah utk Allah sedikit demi sedikit, hari demi hari. Kerana amat mustahil utk kita berubah overnight.

      Delete
  8. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

Comments