KUIN vs INSANIAH Holding SDN BHD (UPDATED)


Sempena hiruk pikuk isu permasalahan Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), saya sebagai salah seorang kakitangan INSANIAH Holding SDN BHD (IHSB), ingin memberikan keterangan sebagai pencerahan kepada beberapa pihak.

Kenyataan ini dibuat di atas pemerhatian, pengalaman dan perbincangan bersama rakan-rakan lain selama mana saya masih ditakrifkan sebagai salah seorang staff IHSB.

Saya akan hanya menyentuh isu staf dan pengurusan. Buat masa ini saya tidak akan menyentuh pelajar, tidak bermakna isu pelajar tidak berhak mendapat keutamaan, walaupun isteri saya sendiri adalah salah seorang graduan KUIN yang agak kurang bernasib baik. Ini kerana masalah pembayaran gaji ini secara tidak langsung akan turut menyumbang kepada kerumitan masalah pelajar yang lebih teruk sekirannya tidak dibendung.

Selain dari masalah tidak dibayar gaji, kakitangan juga menghadapi masalah status gantung tidak bertali. Kami berdepan dengan situasi yang mudah digambarkan sebagai “Constructive Dismissal”. Di mana majikan gagal membayar gaji dan gagal memberi penjelasan tentang status penjawatan kami. Keadaan ini membawa tekanan kepada kakitangan dan membuatkan ramai yang ingin meletakkan jawatan.

Kegagalan IHSB untuk membayar gaji adalah bertunjangkan kepada aliran tunai yang disekat oleh KUIN. Sebagai anak syarikat kepada KUIN, IHSB menyediakan tenaga pengajar, kemudahan pembelajaran dan pelbagai perkara berkaitan yang sememangnya memerlukan kos dan perbelanjaan.

Atas beberapa sebab yang tidak diperjelaskan, KUIN memutuskan untuk tidak membayar invois kontrak yang telah disempurnakan oleh IHSB, dan perkara ini menyebabkan ramai yang teraniaya dengan masalah gaji tertunggak.

Matlamat asal penubuhan IHSB dan anak syarikat lain adalah supaya memboleh KUIN berdiri dengan kaki sendiri tanpa perlu mengharap bantuan dari Kerajaan Negeri. Berlandaskan halatuju ini, IHSB perlu mencari pendapatan untuk membolehkannya beroperasi dan seterusnya menyokong perbelanjaan kewangan KUIN sendiri.

Anak-anak syarikat KUIN ini turut diberikan suntikan modal oleh untuk membolehkan mereka mula beroperasi. Selain dari menguruskan projek-projek luar, mereka memulakan perniagaan dengan menyempurnakan kontrak menyediakan sumber manusia, sistem teknologi maklumat, reka bentuk dan penyelenggaran untuk KUIN.

Saya tidak menafikan wujudnya hubungan korporat yang amat rapuh di antara KUIN dan anak syarikatnya berdasarkan permasalahan gaji, peruntukan kewangan, urusan tuntutan dan sebagainya yang saya sendiri pernah hadapi.

Saya juga akui, berdasarkan pemerhatian saya yang hina, berlaku permasalahan di dalam pengurusan IHSB dan begitu juga KUIN sendiri. Namun begitu, sebagai sebuah organisasi yang dicipta manusia, adalah mustahil sekiranya sesuatu organisasi itu kebal dari sebarang masalah.

Masalah kelewatan gaji adakalanya berlaku sebelum berlangsungnya PRU 2013 lagi. Tetapi selepas berlangsungnya PRU 2013, ramai kakitangan tidak dibayar gaji untuk bulan Mei 2013. Walaupun sebelumnya sudah terdapat sebahagian kakitangan tidak dibayar gaji pada bulan April 2013.

Sehingga 4 Ogos, kami masih belum mendapat hak kami. Walaupun begitu kami bersyukur kerana YAB Menteri Besar memberi respons yang positif berkenaan isu ini. Untuk pengetahuan semua, selama mana kakitangan tidak dibayar gaji, telah beberapa kali dijalankan usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Kakitangan yang terlibat telah membuat beberapa aduan kepada Pejabat Buruh dan ada dari kalangan kami yang cuba membawa isu ini kepada pengetahuan YAB Menteri Besar, dengan harapan ia akan mendapat perhatian sepatutnya.

Kami sebagai kakitangan syarikat cuba bersikap seberapa neutral mungkin dalam mengharungi masalah ini. Walaupun begitu, saya turut kesal apabila melihat kewujudan pengaruh politik tidak sihat sehingga menyebabkan berlakunya penindasan dan penganiayaan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah organisasi Islam seperti ini.

Ingin saya tegaskan, IHSB sememangnya ditubuhkan dari zaman pemerintahan kerajaan terdahulu, tetapi tidak semestinya kami semua tidak sehaluan dengan kerajaan yang memerintah hari ini. Kami bekerja untuk majikan tanpa perlu mengira apapun pengaruh kepartian yang dibawa oleh majikan terdahulu atau hari ini.

Kami merasa cukup terkilan kerana masalah ini sepatutnya dapat ditangani 2 atau 3 bulan yang lalu. Sekiranya diberikan perhatian yang sebaiknya , hari ini KUIN akan dapat beroperasi dengan lancar pada tahap yang optimum.

Ingin saya jelaskan di sini, sebahagian besar daripada kakitangan yang teraniaya ini bukanlah mereka-mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan penting yang bakal menentukan halatuju syarikat. Sebaliknya, majoriti dari kami adalah diamanahkan dengan tugas-tugas harian separa professional dan sokongan.

Majoriti dari kami ditawarkan kadar emolumen yang rendah berbanding mereka yang berjawatan tinggi. Berdasarkan bidang tugas urus tadbir pejabat, penyelenggaraan, system maklumat dan pendidikan, gaji kami sememangnya tidak tinggi dan kini kami dihimpit masalah kewangan yang memeritkan.

Saya menulis bukan untuk mencari salah sesiapa dan menunding jari kepada mana-mana pihak. Saya menulis bukan untuk mencari simpati segenap mereka yang membaca. Tetapi saya hanya ingin menuntut hak saya. Selama 3 bulan, pelbagai cara sudah kami cuba dan kini Syawal bakal bersidang kurang dari seminggu.

Saya amat berharap YAB Menteri Besar sudi memberikan kerjasama untuk menangani masalah ini. Saya mewakili kakitangan yang lain, ingin menuntut gaji kami tidak dibayar selama 3 bulan dan memberikan penjelasan sewajarnya tentang status perjawatan kami.

Kami akan patuh sekiranya servis kami tidak lagi diperlukan, tetapi kami mohon segala urusan dilakukan menerusi prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Ulasan saya terhadap kenyataan YAB Menteri Besar yang menyatakan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan IHSB adalah, dengan rendah diri saya sarankan YAB Menteri Besar datang sendiri bertemu dengan kami dan dapatkan penjelasan dari kedua-dua belah pihak.

Saya juga berharap, kenyataan YAB Menteri Besar tentang warisan masalah atau hutang kerajaan terdahulu agar dikaji semula. Kerana tidak ada istilah cuci tangan untuk mana-mana kerajaan yang siuman di dalam dunia ini. Kerajaan terhasil daripada pemilihan rakyat, dan hak rakyatlah yang perlu dibela oleh kerajaan tanpa perlu mengira apa jenis warisan yang diperturunkan kepada mereka.

Diharap YAB Menteri Besar boleh cuba mendapatkan maklumat dari mereka yang terlibat kerana maklumat dari sumber sekunder mungkin indah khabar dari rupa. Kami tiada apa-apa tujuan untuk menjunjung “political millage” mana-mana parti. Kami hanya mahu hak kami disempurnakan untuk kami menyempurnakan tugas kami di INSANIAH.

Kami tidak hanya menunggu kedatangan YAB Menteri Besar, kami telah beberapa kali cuba menghubungi YAB, namun nasib mungkin tidak menyebelahi kami sebagai rakyat Kedah dan warganegara Malaysia.

Kenyataan ini mungkin atau mungkin tidak mewakili kesemua kakitangan IHSB yang teraniaya. Pelbagai pendapat yang diutarakan di atas dibuat berdasarkan kapasiti persendirian saya. Saya mungkin tersalah maklumat atau tersalah tafsir maklumat. Namun saya terbuka kepada sebarang komen dan pembetulan fakta oleh rakan-rakan yang lain.

Saya tiada identiti untuk disembunyi. Saya berhak dipertanggungjawab di atas kenyataan saya. Saya amat berharap sesiapa jua yang perlukan penjelasan atau perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini dapat menghubungi saya. Saya boleh dihubungi melalui laman ini, ataupun melalui nombor telefon saya 012 424 6269.

Saya tegaskan, saya terbuka untuk dihubungi hanya untuk penjelasan dan penyelesaian isu sahaja. Saya tidak tertakluk untuk menjaga kepentingan mana-mana parti. Saya tidak berminat untuk berkerjasama bagi terus menghasut kebencian.

Selamat “menyempurnakan” Ramadhan, Wassalam.

UPDATE


Terdapat sedikit kemusykilan dari rakan-rakan tentang tuntutan bayaran tunggakan gaji daripada kerajaan negeri. Oleh itu saya akan cuba terangkan perkara ini dengan seberapa ringkas yang mungkin. 

Seperti yang saya jelaskan di awal keterangan di atas, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar. 

Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu. Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini. 

Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat. Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran. 

Penerangan ringkas:

1. IHSB sediakan servis dan kemudahan kepada pelajar KUIN
2. Pelajar bayar yuran kepada KUIN
3. KUIN akan membayar invois yang tertakluk kepada servis dan kemudian yang disediakan IHSB

Oleh sebab itulah kami sebulat suara, cuba membawa isu ini kepada perhatian YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Kerana kami percaya YAB Menteri Besar akan menjaga kebajikan pelajar dan kakitangan yang berkhidmat untuk INSANIAH.

Baca selanjutnya Kenapa IHSB buat tuntutan kepada Kerajaan Negeri



48 comments:

  1. Bhai Taufik...

    Sori... baru tau yang lu terlibat dalam kes ini... Pergh... sengsara betul lar 3 bulan tak dapat gaji.... Sabor jer la...

    Aper-aper bantuan kalu perlu... lu kontek gua aaa.... jangan malu atau segan... InsyaAllah yang mana gua boleh bantu gua akan bantu...

    Selamat Eid'ul Fitr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Tuan.. terkejut den dapat mystery call malam2 ni haha
      Selamat hari raya jugak

      Delete
  2. Salam bro Tofik,
    ooh begitu ceritanya... penulisan yg baik, semoga kesabaran semua staff IHSB diberi ganjaran yg tinggi secepat mungkin, Allah s.w.t sentiasa bersama golongan yg teraniaya... bertabah bro!! :)

    ReplyDelete
  3. Mak ooiii, 3 bulan dah ni? Kebajikan student pun macam mana, kemasukan dibekukan jugak?

    Yang saya rasa pelik, pasal 'syarikat hantu' bawah Insaniah Holdings tu. Yg saya dengar, dari segi keuntungan syarikat2 itu rugi...tapi mereka mendapat suntikan dana yang tetap. Siapa yang uruskan?

    Mintak2 perkara ni selesai...kesian student di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah senarionya, ramai dikalangan yang teraniaya ni bukan mereka yang ada kuasa buat keputusan halatuju syarikat.. memang diakui ada masalah dalam bab tu..

      Delete
  4. Matlamat asal penubuhan IHSB dan anak syarikat
    lain adalah supaya memboleh KUIN berdiri dengan
    kaki sendiri tanpa perlu mengharap bantuan dari
    Kerajaan Negeri. Berlandaskan halatuju ini, IHSB
    perlu mencari pendapatan untuk membolehkannya beroperasi dan seterusnya menyokong perbelanjaan kewangan KUIN sendiri.

    Tapi kenapa sejak dr awal penubuhan, IHSB claim semuanya dr kjaan negeri walaupun disuntik modal ? Berapa juta sumbangan IHSB kepada KUIN? Atau Berjuta juta KUIN terpaksa menyumbang kepada IHSB??

    IHSB sebuah syarikat sdn bhd, bknya milik penuh kjaan negeri, pengambilan staf dibuat oleh syarikat kan?? Sepatutnya IHSB yg byr bkn kjaan negeri..

    Kenapa Jamil selaku CEO IHSB cabut lari ?? Salah satunya masalah kewangan IHSB lah, aku cadangkan supaya semua staff IHSB pergi jumpa Jamil.. Sbb jamil yg btanggungjwb.. Jamil yg wujudkan IHSB untuk kayakan kroni2nya bergaji berpuluh puluh ribu memegang jwtn ceo dlm kelima2 anak syarikat IHSB..

    Kenapa IHSB wujudkan jawatan CEO pada setiap anak syarikat ISHB? Sedangkan jwtan itu tak diperlukan.. 1 syarikat berstatus enterprise ada ceo bergaji hampir 50k sebulan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh kerna sudi komen, ramai yang musykil kenapa tuntutan dibuat kepada kerajaan negeri. saya akan update di atas sebentar lagi.

      Delete
    2. boleh admin jawab persoalan diatas?

      Delete
    3. maaf sebab lambat update. tuan buleh rujuk post yang telah saya edit di atas

      Delete
    4. pekerja x salah..yg salah orang atasan gagal kembangkan perniagaan syarikat.. disuntik modal 1 juta.tapi bisnes tak kemana..pi mai pi mai tang tu.. boleh detailkan lagi jenis servis dan perkhidmatan tu? hairan.penubuhan IHSB seperti menswastakan segalanya urusan pentadbiran KUIN... IHSB jd org tengah yg ambil untung atas angin..

      Delete
    5. Berkenaan modal 1 juta itu ada penjelasan yang memerlukan YAB Menteri Besar dan wakil dari kami duduk semeja. Servis dan perkhidmatan tu termasuk tenaga pengajar, pengurusan, bekalan, penyelenggaraan dan lain lain.

      Delete
    6. soalnya 5 tahun berniaga masih tak ada keuntungan? 5 tahun berniaga hanya terima wang dari kuin?

      Delete
    7. tuan medan tempur, saya cadangkan kita berjumpa dan adakan perbincangan sebagai menghormati keprihatinan tuan untuk menyelesaikan masalah ini.

      selama 5 tahun, tidak semua bayaran dibuat dan IHSB sendiri ditubuhkan pada 2010.

      Delete
  5. Dari sudut teknikal dan perundangan,memang sah sbb IHSB di tubuhkan zaman Pas mentadbir..tapi dr segi pentadbiran ISHB pula, mmg dah lari jauh dr matlamat asal..

    Dulu sebelum Pas pegang kuasa di Kedah, kjaan BN sblm ni hnya peruntukkan sekitar 7juta setahun untuk KUIN.. Tu pun dah cukup mewah dah.. Tapi zaman Pas, kjaan kena peruntuk sehingga 17juta.itu pun tak cukup smpai Jamil terpaksa pinjam duit dari GLC.. Tengok bajet kedah sblum2 ni, peruntukan kjaan utk KUIN.. Paling tinggi zaman Pas mentadbir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak akan menafikan masalah pentadbiran itu.

      Delete
  6. buat odit report sprm

    ReplyDelete
  7. Tula,masa hr tu xberingat...bila dh jdi cmni bru dok canang sana sini..dok buat ayat simpati buat apa,time ni la bru kluar ayt 'statement ini tidak menyebelahi mna2 pihak'...buat audit repots sprm sj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti komen ini ditujukan kepada siapa kerana sebelum ini belum pernah saya keluarkan statement yang menyebelahi mana-mana pihak.

      Delete
  8. sebelum anda merujuk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri, adakah anda telah merujuk kepada ahli-ahli lembaga pengarah IHSB? Setahu saya mereka ini semua masih hidup dan sebagai seorang insan Islam mereka harus bertanggungjawab. Mereka ini terdiri daripada:

    1) Tan Sri Dato Seri Diraja Ustaz Azizan B. Razak (Cuti Sakit)
    2) Dato Dr. Jamil Osman - 0162382340, 0105661950
    3) Prof. Emiritus Dato Dr Amir @ Khamis Awang - 0124060721
    4) Abd. Latif B. Din - 0134375500

    * Sila hubungi mereka untuk bertanya tentang status anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni senarai terkini ke?

      Delete
    2. Terima kaseh kerana sudi beri cadangan. Kami ada berhubung dengan beberapa nama di atas. Mereka juga ada berusaha menyelesaikan masalah ini.

      Delete
  9. aku rasa aku nampak jamil mai jumpa geng-geng holding. dia mai bayaq gaji ka mai dok hasut hampa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato Jamil ada jumpa kami. Memang dia tak bayar gaji kami, tapi dia ada cuba bagi cadangan bagaimana nak mencari kesepakatan menyelesaikan masalah ni.

      Tuan ni kerja KUIN ka? buleh saya tau sapa ni? buleh kita bincang untuk selesaikan masalah ni

      Delete
  10. posting ni kata anda neurtal tetapi dalam blog ni semua post politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posting saya neutral tanpa pengaruh kepartian. Politik bukan semata-mata parti.

      Delete
  11. Mukhriz pon satu pasal. yang kena aniaya tu bukan ahli PAS semuanya. kalau orang UMNO kena macam ni cepat saja setel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya....kalau di negeri Penang atau Selangor, geng DAP cepat je settle. Dia ikut budi bicara pemerintah negeri

      Delete
  12. bkn masalah Pas atau umno..masalahnya IHSB syarikat yg tak ada kaitan dgn kjaan negeri.. kjaan negeri dah bagi 1 juta kpd IHSB untuk buat bisnes dan jana pendapatan..tapi knpa IHSB masih harap gaji bulanan dr kjaan negeri..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh kerana prihatin. saya update post di atas dengan penerangan tentang tuntutan ini.

      Delete
  13. 3 bulan tak bayar gaji memang perit. tak kena kat diri sendiri memang tak terasa. doa orang teraniaya ni tak ada hijabnya.

    sedih bila tengok ramai yang lebih berminat untuk mengalihkan isu dan menunding jari mencari salah daripada membela nasib rakan-rakan yang sedang derita menjelang hari raya

    ReplyDelete
  14. aku rasa mukhriz akan bayar tunggakan gaji tu. sebab dia bukan macam pemimpin umno yg lain. walaupun aku tak sokong dia sgt, tapi aku percaya dia tak sama dengan org lain

    ReplyDelete
  15. sy sbgai rkyt kedah, amat brsimpati kepada mrk yang traniaya. sy hrapkn mrk mndapat penyelesaian

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. salam raya encik naza lama tak jumpa

      Delete
  17. panassss isu ni

    ReplyDelete
  18. mohon saudara-saudara sesama islam ada sikit simpati kepada staff sokongan ihsb yang teraniaya (kalau pun takda simpati pada bos2 besar tu).

    tak kena atas batang hidung sendiri boleh la cakap pandai itu ini. kalau anda salah seorang yang teraniaya ada anak kecil yang masih menyusu, ada mak ayah yang sakit, ada tanggungan sana sini yang sememangnya bergantung dengan gaji sejak mei dulu. apa perasaan anda?

    waktu nak sekat aliran tunai ihsb (baca gaji staff), takda fikir pasal semua tu. nama saja melayu. harap agama saja islam tapi menaniaya orang islam.

    nak jawab apa depan Allah Robbul Jalil di padang masyar esok?
    waktu sakit mabuk nak mati nanti (sakaratul maut), Allah akan tunjuk setiap satu yang kita buat. aniaya orang ka, tindas orang ka semua akan nampak depan mata sebelum nyawa keluar.

    aku mohon sekali lagi.
    sebelum ada yang teraniaya pergi dulu mengadap ilahi dan anda yang dok menganiaya tak sempat nak minta ampun atas dosa kalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara kerana prihatin. kami tiada kepentingan untuk mencari salah orang lain. kami hanya cuba menegakkan hak kami untuk dibayar.

      Delete
  19. Gaji bos adik anak kroni puluh ribu adik tapi Syarikat rugi memanjang. Adik beradik umno bela lembu juga la nampaknya. Patutnya kursus baru di bawah fakulti kuim bukan nya di bawah ceo. Cara penubuhannya dah nampak nak songlap duit, tak kan azizan tak nampak. Patut lah rakyat kedah pelingkup pas.

    ReplyDelete
  20. Saudara taufik, saya memang follow kes ni..selalu lalu depan shahab tu.. Simpati dan doa saya sentiasa bersama saudara dgn rakan2.

    Pada saya, kesilapan utama dlm hal ni adalah ketidakmampuan IHSB utk create/gain profit dan semata2 bergantung harap kepada internal business sahaja (yg mana cash flow hanya within KUIN/IHSB), memang kes ni memberi kesan kepada KUIN, apatah lagi dengan keperluan utk pembayaran hutang bagi Kampus Kuala Ketil yg besar itu. ketidakmampuan IHSB ni memang dah lari jauh dr dasar asas penubuhannya utk membolehkan KUIN survive tanpa bantuan kerajaan negeri.

    Secara taktikal, on paper, saya merasakan bahawa penubuhan IHSB ni adalah bertujuan utk berkemampuan stand alone, kemudian deliver profit kepada KUIN..so, KUIN akan mempunyai 2 dana kewangan iaitu dr kerajaan negeri dan juga sayap perniagaannya (IHSB). Bila IHSB tak perform, keseluruhan taktikal ni pincang dan memberi kesan kepada KUIN dan juga kemampuan KUIN utk pembayaran hutang bg pembinaan kampus Kuala Ketil.

    pada saya juga, adalah sangat pelik apabila IHSB yg running kulliyah sedangkan operasi pendidikan adalah core task bagi KUIN, seingat saya, belum pernah lagi UiTM (sebagai contoh) minta anak syarikat yg running certain program..begitu juga dengan kemudahan2 pelajar yg mana semua ini sepatutnya adalah core task bagi KUIN sendiri, tidak perlu disubskan kepada anak syarikat, tambahan lagi jumlah bangunan dan pelajar KUIN bukanlah terlalu ramai/banyak sehingga pengurusan KUIN boleh hilang kawalan.

    Just nak tanya, berapa jumlah invoice yg belum dilangsaikan oleh KUIN kepada IHSB? Rasanya, itulah sahaja yg boleh di'fight'kan dgn KUIN, seterusnya IHSB ada sedikit kemampuan kewangan utk membuat bayaran gaji yg tertunggak.

    Dr segi lain, memang saya bersimpati sangat dgn TT, ye la, bila kes dibuka di mahkamah, rasanya semuanya akan berkisar kpd struktur korporat, i.e IHSB memang syarikat Sdn Bhd ('Sdn Bhd' tu pun dah cukup besar faktor yg utk mentakrifkan tuntutan yg dibuat).

    Rasanya dalam hal ni, saya pun berharap agar kerajaan negeri yg ada ni boleh mencari jalan, although ianya bukan dlm tanggungjawab kerajaan negeri (sad to say, tapi ianya adalah facts), lakukanlah atas dasar ihsan..kalau perlu jual kampus kuala ketil utk reduce level of debt, jual la dulu..dgn kekuatan kewangan yg ada, push KUIN management utk structure n rombak IHSB, push them to gain profit..bila dah mampu standalone dan mampu deliver profit pada KUIN, barulah bina kampus baru..

    In fact, rasanya pada saya, KUIN secara kewangan dan pengurusannya belum tiba masa utk memiliki Kampus Kuala Ketil (yg datang dgn hutang yg besar), bukan tak boleh, just its not the right time since IHSB belum perform well..kalau IHSB dah perform well (dan mampu deliver profit), yess..time tu la baru buat kampus baru sebab KUIN dah punya kewangan yg kukuh.

    Untuk TT, tidak banyak yg saya terdaya lakukan, bertabahlah (dan saya tahu, nilai 'tabah' yg telah TT berikan selama ini), insyaAllah, Allah swt akan mempermudahkan urusan TT..

    Maaf TT sebab banyak sangat mengarut dlm blog TT ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berikan komen. Berkenaan business dengan KUIN itu saya dapat makluman bahawa sememangnya terdapat juga projek luar yang IHSB buat. cuma saya tak diberikan maklumat terperinci tentang hal itu.

      Sebenarnya terdapat sedikit kecelaruan tentang modal berbayar IHSB yg disuntik oleh KUIN. Perkara itu sedang diusahakan diperincian dan dokumen berkenaan boleh dirujuk dengan pengurusan syarikat.

      Saya akan cuba menjawab beberapa kemusykilan Tuan dalam post seterusnya bagi membolehkan lebih ramai audience membacanya.

      Delete
  21. Hmmm..kalau utk sebuah syarikat Sdn Bhd, rasanya pengurusan syarikat tu yg perlu dikejar, sebab pengurusan syarikat tu yg bertangungjawab kepada kakitangannya.

    Kalau ikut kata TT, dah jumpakan pengurusan IHSB ni? apa kata mereka? pelik sikit sebab sepatutnya, utk CEO yg bergaji lebih RM10k ni, kadar unjuran keuntungan (expectation) mestilah besar..dan utk rate of pay grade sebesar tu, orang tu mesti mampu utk create business opputinity yg bagus. KUIN ni hire people ke hire talent? patutnya gajikan seseorang tu berdasarkan kepada talent (kemampuannya). gaji sebesar RM10k or more ni diberi kerana ada justifikasinya iaitu utk create profit kepada penyumbang dana..

    IHSB wujud pada tahun 2010, dah 3 tahun, dlm tempoh 3 tahun ni, takkan semua business dr KUIN sahaja?

    Hmm...bila berlaku mcm ni, staff yg menjalankan tugas harian yg memang tak tahu menahu/tak campur dgn hala tuju syarikat (termasuk mencari peluang perniagaan kepada syarikat) yg jadi mangsa..sedih la mcm ni..

    Bayangkan kalau ada orng lain yg resign company lama semata2 nak joint IHSB, tup2 dah masuk IHSB..lagi teruk jadinya..mesti menyesal orang tu..

    Pada pengurusan IHSB, amanah anda besar, do something pls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengurusan dan pemilikan IHSB ini tertakluk kepada beberapa perjanjian bersama KUIN sendiri.

      Ada diantara kami yang berhubung dengan pengurusan dan bekas pengurusan IHSB tentang masalah ini. Apa yang dapat kami simpulkan di sini adalah terdapat sebilangan daripada mereka ini yang turut sama memperjuangkan tuntutan pembayaran daripada KUIN.

      Delete
  22. Boleh minta tolong Mat Sabu dan Mahfuz Omar.Mereka pandai kritik sudah tentu mereka pandai selesai masalah.

    ReplyDelete
  23. Hari yang baik anda semua saya Puan Dora, yang sah bereputasi & syarikat bertauliah
     pinjaman Lender . Kami pinjaman wang kepada individu pada kadar 3%, yang memerlukan bantuan kewangan. Adakah anda mempunyai kredit yang tidak baik atau anda memerlukan wang untuk membayar bil? Kami mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa saya memberikan bantuan penerima Dipercayai sebagai
     kami akan senang untuk menawarkan pinjaman. Tiada pemeriksaan kredit , 100% Jaminan. Mel Syarikat kami
     adalah westcostloan01@gmail.com pemohon willstart pembayaran balik pinjaman masa mana-mana syarikat dan dia / dia bersetuju , selepas pinjaman telah dipindahkan kepada dia / dia . Kegagalan untuk membayar balik pinjaman pada ini tarikh / tempoh yang dijangkakan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemohon itu melalui peguam kami dengan segera. Pemohon yang tidak dapat bertemu dengan
    bayaran balik yang akan diberikan 1 tahun lebih sebagai tempoh sebelum tindakan undang-undang akan diambil.
    Butir-butir : Peminjam perlu menyediakan salah satu daripada yang berikut: -A Lesen Pemandu , Satu pasport Antarabangsa , Atau Kad Pengenalan yang sah yang mempunyai nama / beliau . Anda dikehendaki untuk mengisi borang di bawah sebelum kita boleh meneruskan pinjaman anda.

     BORANG PERMOHONAN PINJAMAN :

    Nama Pemohon : ...............
    Alamat: ................
    Bandar: .......................
    Negeri : ........................
    Negara: ....................
    Jantina : ......................
    Status Perkahwinan: ................
    Umur: ..........................
    Pekerjaan: ...................
    Kadar pendapatan: ...................
    Beritahu : ...........................
    Nombor Pejabat: ................
    Bimbit: .......................
    Jumlah Diminta : ...............
    Pinjaman Duration: ..................
    Pinjaman Tujuan .....................


    selepas
     mengemukakan Borang Permohonan Pinjaman, anda boleh mengharapkan
     jawapan awal kurang daripada 24 jam dan pembiayaan
     dalam 42-84 jam selepas menerima maklumat yang kita
     perlukan dari anda menghubungi email syarikat kami di westccostloan01@gmail.com


    Salam

    ReplyDelete

Comments