Neutral view, Najib vs Anwar
Sejurus selepas aku membaca post yang ditulis oleh seorang rakan bernama Prince of Noob yang bertajuk "Sila pilih antara Najib atau Anwar", otak aku mula mundar mandir memikirkan jawapannya.
Lama kelamaan aku merasakan sesaraf warna biru mula dimamah-mamah oleh sel-sel darah hijau yang makin hari makin ganas perilakunya. Oleh itu aku tekad untuk menulis satu jurus khas untuk membentangkan jawapan tersebut.
Persoalannya berbunyi begini:
Jika anda percaya semua skandal Najib dan juga salahlaku Anwar, siapakah yang anda pilih untuk menjadi pemimpin?
Jawapan api-api aku:
Sebenarnya, jika aku ingin melampiaskan segala keserakahan kedua-dua pemimpin ini, baik dari chinadoll, Saiful Bukhari, Altantuya, Scorpene sehinggakan kepada Rosmah Mansor sendiri, ia tidak akan cukup untuk dibahaskan yang mana lebih unggul untuk menerajui negara ini.
Oleh kerana faktor negativiti yang dimomokkan ini, saling tikam menikam satu sama lain, maka haruslah aku untuk mengecualikan kesemuanya sekali untuk berlaku adil kepada mereka. Orang puteh kata write-off.
Ini bukan bermakna aku tidak percaya semua kes salahlaku Najib dan Anwar. Aku cuma menolak kedua-duanya dan mengambil sikap berkecuali.
Ok. Dengan ini bahawasanya aku memilih Anwar Ibrahim lebih sesuai dijadikan pemimpin berbanding Najib Razak
Kerana aku strongly believe Malaysia ini perlukan PERUBAHAN. Ya Najib juga membawa beberapa perubahan. Namun bagi aku, ia tidak memadai untuk memenuhi nafsu rakyat Malaysia yang mahukan pemerintahan yang fresh.
That's it. Kita mahukan sesuatu yang baru. Sudah 50 tahun kerajaan parti pemerintah mentadbir negara. Kenapa perlu takutkan perubahan untuk hanya untuk 4-5 tahun akan datang? Jika kerajaan pimpinan Anwar tidak mampu merubah negara, kita semua masih ada tangan dan jari jemari untuk mengundi di PRU seterusnya.
Jika kita mampu gulingkan BN yang telah 50 tahun memerintah, mengapa kita tak mampu untuk gulingkan kembali PR yang hanya memerintah baru beberapa tahun.
Sekian Terima Kasih kerena sudi mem-baca coretan fiction ini.
ok aku dah baca dan nampaknya ko memilih untuk menjadi NEUTRAL yang TAK PERCAYA akan kedua2 kes. bagushhh... dan juga satu pendapat yang baik... cuma pendapat tu based on di atas kasut orang yang neutral dan tak percaya... kalau boleh aku nak cuba menyelami hati orang neutral dan percaya kedua2 kes dan mahukan jawapan bagi soalan "kalau ada 2 orang yang bermasalah, orang bermasalah yang manakah yg anda terpaksa pilih untuk dijadikan pemimpin dan atas dasar apa anda memilih dia".
ReplyDeleteTq Encik Noob sudi komen.
DeletePada aku segala salah laku Najib dan Anwar tu saling sama2 write off.
Contoh kalau kira semua, najib dapat 10 point, anwar point dapat 10 point.
So seri la jadinya. Tak ada yang menang tak ada yang kalah.
Jadi aku think outside the box utk tengok dari sudut yang lain daripada membandingkan dua orang pemimpin ini.
Atas dasar perubahan, Anwar yg aku pilih.
sy sokong kenyataan anda..jika benar pun anwar benar ade skandal, atlis mende tu x effect pada rakyat spt pembaziran wang dan sebagainya...compare to najib...bape banyak die dah labur kepada mende2 yg x sepatutnya...dan itu dah mmg terbukti...dan di belakang anwar pula ramai ulamak2 yang boleh bimbing die sedangkan najib2 disokong oleh org yg sama je pangai mcm die...
ReplyDeleteawak lupa belakang dia ada ulamak umno maa boleh bimbing ap En.Najib
Deletesaya sangat sokong. kalau kedua-duanya seri dari segi kelayakan peribadi, sebaiknya melihat dari sudut berbeza. ia akan memberikan satu gambaran lebih jelas dalam membuat pemilihan.
ReplyDeleteBro,kalau nak tau keburukkan sesuatu pihak itu..kita kena pergi merisik maklumat di pihak yang menjadi seterunya.
ReplyDeleteKalau nak cari keburukkan PR..kita kena pergi ke Blog BN..begitulah sebaliknya.
sepanjang aku menganalisis maklumat di kedua blog,aku lihat PR hanyalah kembar kepada BN..tiada perbezaan pun.
kalau kita nak bersandarkan masalah rasuah,kronisme,salahguna kuasa dan pelbagai lagi salah laku..apa bezanya PR dengan BN?kita boleh lihat dengan jelas apa yang terjadi di selangor dan kedah?
So apa motif paling kuat kita mahu bersandarkan PR?berdasarkan janji2 manis mereka?
ya itulah apa yg aku buat. dah naik muak dengan skandal kedua2 belah pihak
Deleteso aku mengambil sifat berkecuali, hanya utk kes ini (walaupun ada yg aku tak setuju)
aku tengok dari segi keperluan rakyat malaysia kepada perubahan
motif aku bersandarkan perubahan.
setiap pihak ada pro & cons yg tersendiri
aku menuntut politik yang matang yg mahukan perubahan
aku tak mau dimomokkan dengan perkara2 yg belum pun berlaku
seburuk2 PR, mereka belum memerintah malaysia
sebaik2 BN, dah 50 tahun mereka memerintah malaysia
jasa dan bakti tak sama dgn tanggungjawab
oleh itu aku cadangkan PR memerintah next PRU
sekiranya PR gagal ditahun2 mendatang
penggiat politik yang matang tidak akan teragak2 untuk gulingkan mereka di PRU seterusnya
Kini tiba masanya kita harus memilih Karam Singh Walia sebagai PM Malaysia
ReplyDelete