Iblis takutkan air?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Hari Raya

Aku pasti ramai yang pernah membaca satu ceritera hikayat tentang asal usul kucing, tikus dan babi. Terus terang aku tidak pasti akan kebenaran cerita itu.

Kisahnya berkisar di zaman Nabi Nuh yang menerangkan bahawa baginda membina kapal untuk menyelamatkan pengikut-pengikutnya serta haiwan daripada ditenggelami banjir.


Sila teruskan membaca tulisan penuh cerita tersebut di bawah:

Kucing dan tikus merupakan dua ekor binatang yang saling berkaitan. Dalam erti kata lain, tikus lawannya kucing. Sejarah kejadian kucing dan tikus ini merupakan kekuasaan Allah Azzawajalla yang perlu diambil iktibar.

Kita selalu memuji kucing dengan rupa bentuk yang comel serta kecantikan yang dijadikan Allah Azzawajalla terhadap kucing tanpa kita sedar bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan pengajaran yang amat besar.

KEJADIAN KUCING DAN TIKUS

Riwayat mengatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal besar bagi mengangkut pengikut-pengikutnya serta menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum azab diturunkan. Maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar dibawa setiap haiwan itu berpasang-pasangan. Iblis laknatullah turut menyertai Nabi Nuh a.s bagi menyelamatkan dirinya.

Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia. Maka sepanjang pelayaran itu, terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban.

MASALAH 1:

Nabi Nuh a.s gusar kerana najis haiwan dan manusia memenuhi kapal sehingga menyebabkan timbul rasa yang kurang senang kepada pengikut-pengikutnya. Maka Nabi Nuh a.s berdoa dan memohon kepada Allah Azzawajalla.

"Wahai Tuhanku, kapalku telah penuh dengan najis, maka berilah petunjuk agar dapat aku menyelesaikan masalah ini"

Maka Allah Azzawajalla berfirman:
"Wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluar darinya haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini"

Maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah berpusu-pusu dan segera membersihkan semua najis-najis sehingga bersih tanpa tersisa sedikitpun.

Kejadian Tikus

Si Iblis pula cemburu dengan mukjizat Nabi Nuh a.s maka dia pun turut mencuba membelai gajah. Dengan takdir Allah Azzawajallah keluar darinya tikus yang banyak lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s.


Tikus

MASALAH 2

Tikus yang banyak itu pun merosakkan kapal sehingga dikhuatiri akan tenggelam kapal Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s berdoa dan meminta kepada Allah Azzawajalla bagi menyelesaikan masalah ini:
"Wahai Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus, aku takut seandainya karam kapalku, maka berilah petunjuk kepada ku agar dapat aku selesaikan masalah ini"

Kejadian Kucing

Maka Allah Azzawajalla berfirman:
"Wahai Nuh, belailah harimau itu, maka akan keluar darinya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu"


Kucing

Maka setelah dibelai oleh Nabi Nuh a.s maka keluarlah dari harimau itu kucing-kucing dan memakan tikus-tikustersebut sehingga licin dan tidak tersisa sedikitpun.

Setelah meneliti beberapa versi cerita ini, aku dapati tertulis satu perihal tentang Iblis.

Iaitu Iblis turut sama menyelamatkan diri dengan bahtera Nabi Nuh. Maaf jika aku ini jahil bab Iblis dan Syaitan. Kerana sebelum ini belum pernah aku dengar rahsia Iblis yang satu ini.

Apakah benar Iblis akan binasa oleh air? Kerana ianya dicipta dari api?
Persoalan mutlaknya apakah Iblis tidak wujud di dalam lautan?
Bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari perihal ini?
Mohon penjelasan para ilmuan.

Cerita ini sememangnya tersebar luas di dunia maya. Anda boleh search keyword berkaitan untuk melihat ratusan capaian lain yang turut sama menyebarkan kisah ini.

44 comments:

  1. Bro,fikir secara rasional lah..Aku tak rasa Iblis ikut sekali dalam bahtera Nabi Noh semasa kejadian banjir besar..Dah menjadi Tugas dia menyesatkan Umat Manusia,setakat nak muncul atas kapal Nabi Nuh dalam sekelip mata bukanlah suatu masalah bagi iblis.

    Dan menurut Muhammad isa dawud..Iblis dan syaitan banyak membina kerajaan di bawah laut dan atas laut..so aku rasa kenyataan ni dah cukup untuk mengesahkan iblis tak takut air.

    Api adalah asal usul iblis,tapi bukan jasad dia..pertanyaan kau taufik tentang adakah iblis akan musnah jika terkena air sama seperti persoalan adakah iblis akan merasa kesakitan di neraka?kan neraka tu api..hahahha

    Macamnilah taufik..manusia berasal dari tanah kan..cuba lihat tubuh manusia,ada ke tanah dalam badan kita?heheh..lagi satu agak2 tanah boleh membinasakan manusia tak? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku berpandukan cerita tu la
      iblis turut sekali join asbabnya nak selamatkan diri huhu
      maksudnya cerita ni yg dipersoalkan kerasionalannya
      kalau ikut rasional kepala otak aku, iblis dah berjaya merekacipta helicopter zaman nabi nuh tu
      tak payah susah2 tumpang bahtera tu

      bab kerajaan bawah laut tu maybe iblis dah berjaya cipta submarine :P

      Delete
    2. Haha!! Submarine diesel ke yang guna nuklear punya tu?

      Delete
    3. Hahaha,bro..nak bercakap soal Iblis jangan pakai logik akal manusia dan samakan kemampuan iblis sama macam kemampuan seorang manusia biasa.

      Iblis tu leader segala setan dan jin..pernah jadi ketua malaikat dan pernah menjadi mahkluk paling disayangi Tuhan..lagipun semasa Tuhan melaknat iblis..Tuhan tak tarik sebarang kelebihan kuasa pada iblis..Hanya menarik Darjat beliau,buang kerja dan melaknat iblis sampai bila2..itu sahaja..so rasionalnya iblis terpaksa mengikut rombongan Nabi Nuh untuk menyelamatkan diri tak masuk akal kerana Kuasa dan kelebihan yang ada Iblis memungkinkan iblis berbuat apa semahunya dalam menjalankan tugasnya menjahanamkan manusia.

      Delete
    4. ntah2 penyebaran cerita ini jugak dibawah pengaruh iblis
      cubaan iblis nak divert isu supaya kita sibuk pertikai iblis takut air atau tak daripada berjihad untuk PAS

      Delete
    5. hahaha,itulah bro,cerita2 dalam internet ni jgn percaya sangat.banyak HOAX..tengok isu neil armstrong masuk islam tu..tak ke malu last2 neil tak pernah mengaku pun masuk islam..

      Aku bila baca sesuatu info,mesti aku akan fikir dan buat penilaian dahulu coz tak nak kena tipu..berhati2 dalam mencerna maklumat..tak semua maklumat tu maklumat.

      Delete
    6. tak semua maklumat itu maklumat hehe

      Delete
    7. maklumat itu maklumat.tapi tak semua maklumat itu benar.hehe

      Delete
    8. Maklumat itu maklumat,tapi tak semua maklumat tu maklumat..maklumat terbahagi kepada 2,maklumat betul dan maklumat palsu..tapi adakah maklumat palsu boleh dibilang maklumat?ikut penbendaharaan kata..Maklumat palsu boleh dikategorikan sebagai maklumat juga..cuma ia palsu..maka carilah maklumat yang bermaklumat.. hehehe

      Delete
    9. Mr zack ,cuba suruh orang baling kan tanah yg keras pd kau...boleh memusnahkan kau ker tidak....renung2kan.
      Lagi sayu..firman allah iblis niasal dr api..dan iblis ni kesudahannya dalam neraka jahannam,iblis dr api dan dibakar dgn api..x sakitkah dia...ALLAH MAHA MENGETAHUI.

      Delete
    10. Mr zack ,cuba suruh orang baling kan tanah yg keras pd kau...boleh memusnahkan kau ker tidak....renung2kan.
      Lagi sayu..firman allah iblis niasal dr api..dan iblis ni kesudahannya dalam neraka jahannam,iblis dr api dan dibakar dgn api..x sakitkah dia...ALLAH MAHA MENGETAHUI.

      Delete
    11. Iblis sifat . Pada manusia pon ada . Mungkin yg dikatakan iblis tu adalah diantara anak2 kapal nabi nuh a.s yang terkena hasutan iblis . Takkan iblis takut air . Singgahsana dia pon ada dalam lautan . Neraka tu tempat penyiksaa n tak kira la iblis dibuat dari api pon . Tapi mesti terseksa jugak dalam neraka ke 5 tu sebelum neraka jahannam untuk munafik . Wajib terseksa . Jangan fikir pakai otak . Al quran ada

      Delete
  2. kalau iblis bole mati sbb air,kenape iblis wujud lagi skrang?berapa byk iblis kat dunia ni?pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iblis takkan mati sebab air cik nur
      tuhan janjikan hayatnya sampai hari kiamat utk sesatkan umat manusia kan?

      Delete
    2. "Apakah benar Iblis akan binasa oleh air?",jadi soalan ini sudah terjawab kan?

      Delete
    3. binasa mungkin tidak
      mungkin dia rasa pedih2 bila kena air
      kena buat sesi bercakap dengan iblis la
      nak tanya dia

      Delete
    4. xpayah buat sesi bercakap,yang ni ape?kahkahkah

      Delete
    5. sy memang tgh bergurau pun cik nur haha

      Delete
    6. post kali ni mmg lawak.haha.

      agak2 masa pedih tu iblis ada sebut ouch! tak?

      Delete
    7. mungkin dia sebut ouch dalam bahasa arab kot

      Delete
    8. al-hampeh haha
      letak al belakang dah kira arab
      hampeh kabiru jiddan maa tamsil bijami'e malizi hehe

      Delete
    9. tapi secara konsep,iblis itu unsurnya api,jadi air mmg mampu tundukkan api...cube try,time marah2,pegi mandi...mmg berkesan...lepas tu mesti marah da kurang,tak banyak pun sikit...

      Delete
  3. Bhai Taufik...

    Iblis memang takut ngan air... pasai tue la Iblis takmo suruh pengikut dier iaitu syaitan join BERSIH 3.0 ... takut kena sembur ngan air water cannon... hahahaha.....

    Err... camana plak gua boleh termengarut nih... hahaha.... errr... ahhh... gua tau... pasai Tun Azazil dah mengaku dah baru-baru nih.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro maksudkan MAHAdet ka? hehe

      Delete
    2. Bhai Taufik...

      Taklah... gua bukan citer pasai MAHAdet... tapi gua citer pasai Tun Azazil... hahaha

      MAHAdet tue saper aaa??? Magistret, Loyar, Pemuzik Kabaret??? Hahahaha

      Delete
  4. :D nice entry .. suke baca part haiwan haiwan tu . ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik dilla yg tak chubby ^^

      Delete
    2. oiseh sbb die kate kite x chubby nk share entry kite share lah haha xpyh mntak izin pun broo

      Delete
  5. baru terbaca pulak cerita ni..hehe..

    cerita macam ni kadang2 dilebih2kan biar nampak macam real..
    iblis, kat mana2 pun boleh wujud..manusia macam iblis banyak jugak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon
      banyak cerita dikarang bagi bunyinya saja sedap
      logiknya tak ada haha

      Delete
  6. first time dgr cite psl haiwan2 ni..sblm ni x penah dgr pn.
    ke sy sorang je yg xtau pasal cite ni, org lain dh tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. golongan yg belom penah dgr cerita ni mungkin golongan yg terpelihara!

      Delete
    2. terpelihara ke, terbawah tempurung?

      Delete
    3. terpelihara oleh tempurung? kekeke

      Delete
  7. baru pertama kali dengar cerita nie.. tak pasti betul ker iblis takutkan air..kena rujuk balk dengan alim ulama ni.

    ReplyDelete
  8. Kalau kita ambil air sembahyang memang Iblis tu takut, tapi kalau dalam cerita kapal ni wAllahualam ;P

    ReplyDelete
  9. Klo iblis tkut air......mngape ada antu air...?????

    ReplyDelete
  10. rasanya air xde la sampai mencederakan iblis kot... tapi salah satu cara nak hindarkan diri drp gangguan iblis adalah dgn sentiasa berwuduk. air yg mutlak bersifat suci lagi menyucikan, iblis pulak sangat x suka apa2 yg suci. so kalau ikut kefahaman aku la, iblis mungkin bukan takut pd air, cuma dia x suka air. tu just teori aku je, kne rujuk kpd yg pakar

    ReplyDelete

Comments