Iblis takutkan air?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Hari Raya
Aku pasti ramai yang pernah membaca satu ceritera hikayat tentang asal usul kucing, tikus dan babi. Terus terang aku tidak pasti akan kebenaran cerita itu.
Kisahnya berkisar di zaman Nabi Nuh yang menerangkan bahawa baginda membina kapal untuk menyelamatkan pengikut-pengikutnya serta haiwan daripada ditenggelami banjir.
Sila teruskan membaca tulisan penuh cerita tersebut di bawah:
Setelah meneliti beberapa versi cerita ini, aku dapati tertulis satu perihal tentang Iblis.
Iaitu Iblis turut sama menyelamatkan diri dengan bahtera Nabi Nuh. Maaf jika aku ini jahil bab Iblis dan Syaitan. Kerana sebelum ini belum pernah aku dengar rahsia Iblis yang satu ini.
Apakah benar Iblis akan binasa oleh air? Kerana ianya dicipta dari api?
Persoalan mutlaknya apakah Iblis tidak wujud di dalam lautan?
Bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari perihal ini?
Mohon penjelasan para ilmuan.
Cerita ini sememangnya tersebar luas di dunia maya. Anda boleh search keyword berkaitan untuk melihat ratusan capaian lain yang turut sama menyebarkan kisah ini.
Aku pasti ramai yang pernah membaca satu ceritera hikayat tentang asal usul kucing, tikus dan babi. Terus terang aku tidak pasti akan kebenaran cerita itu.
Kisahnya berkisar di zaman Nabi Nuh yang menerangkan bahawa baginda membina kapal untuk menyelamatkan pengikut-pengikutnya serta haiwan daripada ditenggelami banjir.
Sila teruskan membaca tulisan penuh cerita tersebut di bawah:
Kucing dan tikus merupakan dua ekor binatang yang saling berkaitan. Dalam erti kata lain, tikus lawannya kucing. Sejarah kejadian kucing dan tikus ini merupakan kekuasaan Allah Azzawajalla yang perlu diambil iktibar.
Kita selalu memuji kucing dengan rupa bentuk yang comel serta kecantikan yang dijadikan Allah Azzawajalla terhadap kucing tanpa kita sedar bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan pengajaran yang amat besar.
KEJADIAN KUCING DAN TIKUS
Riwayat mengatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal besar bagi mengangkut pengikut-pengikutnya serta menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum azab diturunkan. Maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar dibawa setiap haiwan itu berpasang-pasangan. Iblis laknatullah turut menyertai Nabi Nuh a.s bagi menyelamatkan dirinya.
Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia. Maka sepanjang pelayaran itu, terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban.
MASALAH 1:
Nabi Nuh a.s gusar kerana najis haiwan dan manusia memenuhi kapal sehingga menyebabkan timbul rasa yang kurang senang kepada pengikut-pengikutnya. Maka Nabi Nuh a.s berdoa dan memohon kepada Allah Azzawajalla.
"Wahai Tuhanku, kapalku telah penuh dengan najis, maka berilah petunjuk agar dapat aku menyelesaikan masalah ini"
Maka Allah Azzawajalla berfirman:
"Wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluar darinya haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini"
Maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah berpusu-pusu dan segera membersihkan semua najis-najis sehingga bersih tanpa tersisa sedikitpun.
Kejadian Tikus
Si Iblis pula cemburu dengan mukjizat Nabi Nuh a.s maka dia pun turut mencuba membelai gajah. Dengan takdir Allah Azzawajallah keluar darinya tikus yang banyak lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s.
Tikus
MASALAH 2
Tikus yang banyak itu pun merosakkan kapal sehingga dikhuatiri akan tenggelam kapal Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s berdoa dan meminta kepada Allah Azzawajalla bagi menyelesaikan masalah ini:
"Wahai Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus, aku takut seandainya karam kapalku, maka berilah petunjuk kepada ku agar dapat aku selesaikan masalah ini"
Kejadian Kucing
Maka Allah Azzawajalla berfirman:
"Wahai Nuh, belailah harimau itu, maka akan keluar darinya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu"
Kucing
Maka setelah dibelai oleh Nabi Nuh a.s maka keluarlah dari harimau itu kucing-kucing dan memakan tikus-tikustersebut sehingga licin dan tidak tersisa sedikitpun.
Setelah meneliti beberapa versi cerita ini, aku dapati tertulis satu perihal tentang Iblis.
Iaitu Iblis turut sama menyelamatkan diri dengan bahtera Nabi Nuh. Maaf jika aku ini jahil bab Iblis dan Syaitan. Kerana sebelum ini belum pernah aku dengar rahsia Iblis yang satu ini.
Apakah benar Iblis akan binasa oleh air? Kerana ianya dicipta dari api?
Persoalan mutlaknya apakah Iblis tidak wujud di dalam lautan?
Bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari perihal ini?
Mohon penjelasan para ilmuan.
Cerita ini sememangnya tersebar luas di dunia maya. Anda boleh search keyword berkaitan untuk melihat ratusan capaian lain yang turut sama menyebarkan kisah ini.
Bro,fikir secara rasional lah..Aku tak rasa Iblis ikut sekali dalam bahtera Nabi Noh semasa kejadian banjir besar..Dah menjadi Tugas dia menyesatkan Umat Manusia,setakat nak muncul atas kapal Nabi Nuh dalam sekelip mata bukanlah suatu masalah bagi iblis.
ReplyDeleteDan menurut Muhammad isa dawud..Iblis dan syaitan banyak membina kerajaan di bawah laut dan atas laut..so aku rasa kenyataan ni dah cukup untuk mengesahkan iblis tak takut air.
Api adalah asal usul iblis,tapi bukan jasad dia..pertanyaan kau taufik tentang adakah iblis akan musnah jika terkena air sama seperti persoalan adakah iblis akan merasa kesakitan di neraka?kan neraka tu api..hahahha
Macamnilah taufik..manusia berasal dari tanah kan..cuba lihat tubuh manusia,ada ke tanah dalam badan kita?heheh..lagi satu agak2 tanah boleh membinasakan manusia tak? hehehe
aku berpandukan cerita tu la
Deleteiblis turut sekali join asbabnya nak selamatkan diri huhu
maksudnya cerita ni yg dipersoalkan kerasionalannya
kalau ikut rasional kepala otak aku, iblis dah berjaya merekacipta helicopter zaman nabi nuh tu
tak payah susah2 tumpang bahtera tu
bab kerajaan bawah laut tu maybe iblis dah berjaya cipta submarine :P
Haha!! Submarine diesel ke yang guna nuklear punya tu?
DeleteHahaha,bro..nak bercakap soal Iblis jangan pakai logik akal manusia dan samakan kemampuan iblis sama macam kemampuan seorang manusia biasa.
DeleteIblis tu leader segala setan dan jin..pernah jadi ketua malaikat dan pernah menjadi mahkluk paling disayangi Tuhan..lagipun semasa Tuhan melaknat iblis..Tuhan tak tarik sebarang kelebihan kuasa pada iblis..Hanya menarik Darjat beliau,buang kerja dan melaknat iblis sampai bila2..itu sahaja..so rasionalnya iblis terpaksa mengikut rombongan Nabi Nuh untuk menyelamatkan diri tak masuk akal kerana Kuasa dan kelebihan yang ada Iblis memungkinkan iblis berbuat apa semahunya dalam menjalankan tugasnya menjahanamkan manusia.
ntah2 penyebaran cerita ini jugak dibawah pengaruh iblis
Deletecubaan iblis nak divert isu supaya kita sibuk pertikai iblis takut air atau tak daripada berjihad untuk PAS
hahaha,itulah bro,cerita2 dalam internet ni jgn percaya sangat.banyak HOAX..tengok isu neil armstrong masuk islam tu..tak ke malu last2 neil tak pernah mengaku pun masuk islam..
DeleteAku bila baca sesuatu info,mesti aku akan fikir dan buat penilaian dahulu coz tak nak kena tipu..berhati2 dalam mencerna maklumat..tak semua maklumat tu maklumat.
setuju.
Deletetak semua maklumat itu maklumat hehe
Deletemaklumat itu maklumat.tapi tak semua maklumat itu benar.hehe
DeleteMaklumat itu maklumat,tapi tak semua maklumat tu maklumat..maklumat terbahagi kepada 2,maklumat betul dan maklumat palsu..tapi adakah maklumat palsu boleh dibilang maklumat?ikut penbendaharaan kata..Maklumat palsu boleh dikategorikan sebagai maklumat juga..cuma ia palsu..maka carilah maklumat yang bermaklumat.. hehehe
DeleteMr zack ,cuba suruh orang baling kan tanah yg keras pd kau...boleh memusnahkan kau ker tidak....renung2kan.
DeleteLagi sayu..firman allah iblis niasal dr api..dan iblis ni kesudahannya dalam neraka jahannam,iblis dr api dan dibakar dgn api..x sakitkah dia...ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Mr zack ,cuba suruh orang baling kan tanah yg keras pd kau...boleh memusnahkan kau ker tidak....renung2kan.
DeleteLagi sayu..firman allah iblis niasal dr api..dan iblis ni kesudahannya dalam neraka jahannam,iblis dr api dan dibakar dgn api..x sakitkah dia...ALLAH MAHA MENGETAHUI.
He he iya
DeleteIblis sifat . Pada manusia pon ada . Mungkin yg dikatakan iblis tu adalah diantara anak2 kapal nabi nuh a.s yang terkena hasutan iblis . Takkan iblis takut air . Singgahsana dia pon ada dalam lautan . Neraka tu tempat penyiksaa n tak kira la iblis dibuat dari api pon . Tapi mesti terseksa jugak dalam neraka ke 5 tu sebelum neraka jahannam untuk munafik . Wajib terseksa . Jangan fikir pakai otak . Al quran ada
Deletekalau iblis bole mati sbb air,kenape iblis wujud lagi skrang?berapa byk iblis kat dunia ni?pelik.
ReplyDeleteiblis takkan mati sebab air cik nur
Deletetuhan janjikan hayatnya sampai hari kiamat utk sesatkan umat manusia kan?
"Apakah benar Iblis akan binasa oleh air?",jadi soalan ini sudah terjawab kan?
Deletebinasa mungkin tidak
Deletemungkin dia rasa pedih2 bila kena air
kena buat sesi bercakap dengan iblis la
nak tanya dia
xpayah buat sesi bercakap,yang ni ape?kahkahkah
Deletegurau je k...
Deletesy memang tgh bergurau pun cik nur haha
Deletepost kali ni mmg lawak.haha.
Deleteagak2 masa pedih tu iblis ada sebut ouch! tak?
mungkin dia sebut ouch dalam bahasa arab kot
Deleteal-ouch! betul x?
Deleteal-hampeh haha
Deleteletak al belakang dah kira arab
hampeh kabiru jiddan maa tamsil bijami'e malizi hehe
tapi secara konsep,iblis itu unsurnya api,jadi air mmg mampu tundukkan api...cube try,time marah2,pegi mandi...mmg berkesan...lepas tu mesti marah da kurang,tak banyak pun sikit...
DeleteBhai Taufik...
ReplyDeleteIblis memang takut ngan air... pasai tue la Iblis takmo suruh pengikut dier iaitu syaitan join BERSIH 3.0 ... takut kena sembur ngan air water cannon... hahahaha.....
Err... camana plak gua boleh termengarut nih... hahaha.... errr... ahhh... gua tau... pasai Tun Azazil dah mengaku dah baru-baru nih.... hahahaha
bro maksudkan MAHAdet ka? hehe
DeleteBhai Taufik...
DeleteTaklah... gua bukan citer pasai MAHAdet... tapi gua citer pasai Tun Azazil... hahaha
MAHAdet tue saper aaa??? Magistret, Loyar, Pemuzik Kabaret??? Hahahaha
bak kata zunar
DeleteSyai-Tun..
:D nice entry .. suke baca part haiwan haiwan tu . ^^
ReplyDeletetq cik dilla yg tak chubby ^^
Deleteoiseh sbb die kate kite x chubby nk share entry kite share lah haha xpyh mntak izin pun broo
Deletebaru terbaca pulak cerita ni..hehe..
ReplyDeletecerita macam ni kadang2 dilebih2kan biar nampak macam real..
iblis, kat mana2 pun boleh wujud..manusia macam iblis banyak jugak..hehe
memang pon
Deletebanyak cerita dikarang bagi bunyinya saja sedap
logiknya tak ada haha
first time dgr cite psl haiwan2 ni..sblm ni x penah dgr pn.
ReplyDeleteke sy sorang je yg xtau pasal cite ni, org lain dh tau?
golongan yg belom penah dgr cerita ni mungkin golongan yg terpelihara!
Deleteterpelihara ke, terbawah tempurung?
Deleteterpelihara oleh tempurung? kekeke
Deletehaha dh sama dh tu
Deletebaru pertama kali dengar cerita nie.. tak pasti betul ker iblis takutkan air..kena rujuk balk dengan alim ulama ni.
ReplyDeleteKalau kita ambil air sembahyang memang Iblis tu takut, tapi kalau dalam cerita kapal ni wAllahualam ;P
ReplyDeleteKlo iblis tkut air......mngape ada antu air...?????
ReplyDeleterasanya air xde la sampai mencederakan iblis kot... tapi salah satu cara nak hindarkan diri drp gangguan iblis adalah dgn sentiasa berwuduk. air yg mutlak bersifat suci lagi menyucikan, iblis pulak sangat x suka apa2 yg suci. so kalau ikut kefahaman aku la, iblis mungkin bukan takut pd air, cuma dia x suka air. tu just teori aku je, kne rujuk kpd yg pakar
ReplyDelete