Buku Jalanan Jitra dilancarkan! (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Semalam, 1 September adalah satu hari yang bersejarah. Aku bersama-sama rakan seperjuangan pasca era Doraemon lain telah berjaya menganjurkan aktiviti yang dinamakan "Buku Jalanan".


Aktiviti ini diadakan di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah dan akan berterusan setiap hari Sabtu selang seminggu. Gerak kerja ini adalah satu kolaborasi non-profit yang kolektif dari kalangan pembaca buku/blog seperti anda juga. Acara seperti ini telahpun dianjurkan di beberapa jajahan di sekitar Malaysia-raya ini.

Sekiranya anda terkesima merasakan diri anda terlalu mainstream, anda boleh turut serta melibatkan diri dalam merakyatkan kembali biasan ungu pembacaan buku di kalangan masyarakat kita yang makin menebal kebebalannya ini LOL.

Kami tidak menjual buku, tidak menjual bontot mahupun kondom, tetapi kami ingin berkongsi minat membaca sesama rakyat Malaysia di tempat-tempat yang amat strategik (hot-spot). Secara ringkas, kami menyediakan buku untuk dibaca. Sama seperti perpustakaan, tetapi dalam bentuk santai dan convenient.

Kami berharap dapat konsisten dengan menganjurkan acara ini 2 kali seminggu di venue yang telah ditetapkan. Mungkin di masa hadapan, kami berupaya anjurkannya setiap minggu. Akan kami cuba usahakan.

Ritual berbentuk pemujaan semangat pembacaan ini pada dasarnya membantu memupuk kesenggamaan ilmu dari medium bacaan untuk dijadikan rutin sesama kita rakyat Malaysia yang diakui entah ke berapa kelas corot mindanya. Maaf kalau terasa.

Setiap minda yang cerdas senantiasa dambakan ilmu. Ilmu yang khususnya dari pencernaan medium bacaan berbentuk buku dan tulisan. Kami ingin cuba remind (memperingati) bahawa setiap dari kita ini, mahu dan perlu membaca. Cuma kita perlukan anjakan yang spesifik untuk mula membaca.

Tidak semua orang membaca bab agama, tidak semua baca bab kamasutra, tidak semua juga minat mentelaah komik manga. Oleh itu kami cuba sediakan genre/niche bacaan yang meluas. Supaya anda tercuit oleh minda separa sedar yang mencari tajuk spesifik yang yang dirasakan perlu dibaca.

Anda boleh terus search "Buku Jalanan" di facebook mahupun twitter untuk mendapatkan coverage lokaliti mengenai acara di kawasan berdekatan anda. Andai anda malas, mahupun lembap menggunakan fungsi search, anda boleh sahaja bertanya di fb kami Buku Jalanan Jitra berkenaan apa-apa jua info terkini.

Bukan wang ringgit yang di cari, apatah lagi nama dan pangkat yang tidak kami ingini. Doakan kami diberi kekuatan mental dan fizikal mengharungi jelingan psycho dan cekak pinggang harmonis dunia dalam memartabatkan resam ilmu ini.

Sila nikmati galeri gambar di bawah untuk merasai kehangatan cinta platonik antara makhluk bernama Manusia dan Buku.


20 comments:

  1. memerlukan minda yang terbuka,bukan senang nak membudayakan pembacaan dalam masyarakat.Tapi kita manusia terlupa sedang kita membaca hari-hari.Contoh bangun pagi,berpagian lagi kita tercari makhluk yang sentiasa bersenggama dengan jari kita. tak percaya? lihat bagaimana sepasang kekasih sedang mabuk cinta,awal-awal lagi mencari telefon mudah alih(awat ayt aku skema ni?) melihat pesanan ringkas dari pasangan kita,tidak kah kita terlupa kita perlu membacanya? kenapa kita ghairah melakukan pembacaan itu di saat kita bangun tidur? ini kerna kita di rangsang untuk melihat sesuatu kita suka,kenapa kita tak aplikasi kan rangsangan itu terhadap sesuatu yang lebih manfaat lagi? " bacalah tanpa diskriminasi" mungkin kita terlupa kalam pertama dari tuhan iaitu "bacalah!" simbolik itu amat bernilai kepada ketamadunan manusia sejagat ! marilah bersama membudayakan pembacaan dalam hidup kita ! agar kita jauh mengembara meneroka yang lebih indah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat meneroka comrade
      analogi yg bertepatan dgn ransangan membaca
      harap diteruskan kerajinan jari mengomen di sini
      sambil2 menggunapakai nama yg tidak anonymous

      Delete
    2. hahahaha,perlu ka ak ltak nma??
      hhahahahaha..x guna al popo..

      Delete
  2. Replies
    1. tempat lain pon ada cik nur :)
      padang kota, ipoh, shah alam, seremban, kk
      try search kat facebook tgk
      jemput2 la dtg lg dua minggu :D

      Delete
  3. Bagus Entry ni,mengajar Rakyat Malaysia yang Otak dia sangat kurang diguna dilatihkan agar digunakan dengan Membaca dan memenuhkan otaknya dengan pengetahuan.

    Bro,kalau boleh..banyakkan sikit buku sejarah..Barulah eksiden kat dataran tu tak berulang lagi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro. Kami sebenarnya agak kekurangan kakitangan dan kekurangan koleksi buku.
      Kalau ada sapa2 yang terasa nak contribute, amat dialu-alukan.

      Next time kami nak buat flyers & tambah koleksi buku.

      Bab buku sejarah tu memang betul bro. Setakat mana yang ada koleksi peribadi sendiri. Insyaallah minggu2 mendatang akan ditambah lagi.

      Aktiviti ni mungkin akan diperluaskan ke seluruh tanah Kedah. Ye la aku kan lokaliti kat sini. Tu pon kalau ada sambutan dari penggiat seni bacaan utk berkomitmen dgn acara macam ni.

      Delete
  4. wow taufik ni satu idea dan aktiviti yang sangat bagus.. disamping dapat menggalakkan orang ramai membaca buku secara santai, dapat juga memancing awek2 secara santai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gadis2 suci ni kami anggap sebagai pembakar semangat kami utk terus berbakti kpd masyarakat :D
      Mohon sebarkan encik noob. Kalau ada dekat2 sini jemput2 la mai.
      Nanti aku update bila pulak nak buat Buku Jalanan ni kat sini.

      Delete
  5. uih..murninya usaha encik tfkg..

    serius bagus betul idea ni..lepak2 kat taman bace buku..
    macam ni lah gerakan anak muda bangkit yang sihat..bukan tunjuk bontot tepi jalan..
    err, dekat taman tasik permasisuri dengan titiwangsa dah ada lokalitinya ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. area sana aku tak sure la bro
      nanti aku tanya depa & aku update satu special post dikemudian hari

      Delete
    2. boleh roger aku..nak jugak try jadi pengelola buku jalanan

      Delete
  6. bagus sgt kempen ni tuk org cm kami yg mls membaca ni..sambil menghirup udara segar. jual la cokelat sket, boleh mkn smbil membaca..xla boring sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu malas membaca tu sebab tak kena pada minatnya
      kalau kita minat satu2 perkara automatik kita tak malas
      kita bertambah excited nak baca lagi ada la

      tu sebab la kami cuba nak remind kepada semua orang bahawa setiap seorang dari kita ni mempunyai passion/minat yang tersendiri
      buat apa baca benda yg kita tak minat, ada banyak lagi benda/bidang yg kita suka kita minat utk dibaca

      mai la singgah event ni next time, mana tau ada terminat kat something hehehe :P

      Delete
  7. hanya dapat melihat dari jauh saja, teringin nak pi,tp disebabkan kekangan masa dan tiada kenderaan untuk pergi ke sana ;)

    ReplyDelete
  8. Salaam.

    Mai la buat kat Pendang Lake pulak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tak pendang lake
      orang ramai tak? kami tak cukup kakitangan nak buat kt sana
      kalau ada volunteer sudi buleh la :)

      Delete
  9. Bro..

    Bro anjurkan buku jalanan ni erk? :)
    Selalu usha dekat fb..x sempat singgah lokasi berdekatan area saya..
    sokong usaha murni anda sepasukan.. :)

    bro, yang entri blog saya kritikan bukan kristian.. saya pun baca nampak macam kristian.. maaf ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sy sorang saja yg organize benda ni
      ramai lagi, kalau sorang2 memang tak terbuat la bro
      bro dok area jitra ka?

      btw pasal kristian tu memang aku silap baca
      semangat gila aku tadi haha

      Delete

Comments