Pemerkosaan terhadap sebuah McD (Galeri Gambar)


24 November. Hujan renyai mesra menanti segolongan Hamba Allah menapak ke muka-muka McD di tengah bandaraya.

Alhamdulillah, walaupun pada mulanya hanya sekerat dua. Tapi makin lama, makin terasa jumlah crowd makin menghangatkan suasana. Tersengih juga seorang dua.

Macam biasa, golongan ini kerjanya edar flyers dulu. Tarik lajak katanya, warm up sebelum klimaks acara. Ada juga bendera Israel diletakkan di kawasan pejalan kaki untuk memudahkan orang ramai memijaknya.

Crowd makin menggila, tambah sekali dengan organizer yang macam haram pun ada haha. Dalam riuh rendah itu, "di umpan" naik seorang muslimah, Gadis Pelangi katanya.

Dia mula mengulit kata ber-monodrama. Bergenang air mata Makcik Guard melihatnya. Seterusnya, seorang jejaka soldadu. Sama juga, entah siapa punya karya dia belasah sahaja. Turun dia, naik pula seorang lagi penyumbang kata. Dan seterusnya seorang lagi wakil kaum Adam bermain puisi teromba.

Sejurus selepas itu, diadakan satu short-play. Zionist vs Palestin. Rugi tak rekod video. Yang sempat hanya dua tiga keping gambar. Memang mendalam maksudnya, mereka beri hint bagaimana satu hari nanti Palestin akan bangkit.

Diikuti dengan sepatah kata dari Dr Hafidzi Mohd Noor (Aqsa Syarif) yang kebetulan sempat meluangkan sepetang bersama. Acara ini disimpulkan dengan menyerahkan wang yang dikumpulkan untuk Gaza kepada wakil Aqsa Syarif yang berjumlah RM XXX,XXX.XX tunai.

Moralnya di sini, usaha penentangan terhadap Zionis bukan hanya terpampang di dada flyers, di bendera Israel, di mafla Hamas, di tabung derma Gaza mahupun di sebalik senarai-pendek boikot Israel.

Usaha ini termasuk juga dalam menyedarkan masyarakat tentang kekejaman yang berlaku di sana. Begitu juga tentang betapa perlunya umat Islam bersatu padu dari segi mental, spiritual, fizikal dan ekonomi untuk mengalahkan Zionis.

Satu asbab penting kenapa Zionis sememangnya kuat. Kerana mereka bersatu padu fokus terhadap perjuangan. Mereka boleh, kenapa tidak kita?







18 comments:

  1. ko ni tajuk tak penah tak gempak

    ReplyDelete
  2. LoL tajuk tak menahan btol..

    wah meriahnya, kalo aku bukak gerai takoyaki kat situ time tu, msti laku kan...hahah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasa la cik plain, sensasi tak kena tempat, baru meriah namanya

      Delete
  3. ada join mana-mana ngo ke bro?

    saksess!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada kena mengena dengan mana2 ngo bro. ni semua NGI (non-gov individual) haha

      Delete
  4. still aku masih tak puas hati, ko yg mana satu taufik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak kata pon aku ada dalam gambaq ni, aku tak kata pon aku join event ni
      misteri nusantara hehe

      Delete
    2. mamat ni bajet anon. tak payah tanye dah takkan dijawab

      Delete
    3. mengada pulak tak ngaku hang pi event ni

      Delete
  5. indahnya hidup sebagai seorang pejuang islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berjuang tu pula biarlah bertempat dan kena gayanya, bukan dengan cara terpekik terlolong campur lelaki perempaun mirip gaya berdemo tunjuk perasaan...

      Delete
    2. at least dorang bukan jenis reti komen jer. turun gak tunjuk support

      Delete
    3. bhai anon nov 30,11.24am...

      sudah menderma ke aman palestin blom?nak support tak semestinya kena TUNJUK dgn cara terpekik terlolong berguling ats lantai semua bhai...

      Delete

Comments