Jangan malu Meng-GAZA-kan diri (Galeri Gambar)

Satu lagi event kelolaan anak muda tempatan untuk menzahirkan penentangan terhadap kekejaman Zionis bertempat di Tasik Darul Aman Jitra.

Acara ini berkolaborasi dengan Buku Jalanan Jitra dan PuisiSatuPetang untuk mengadakan kutipan dana bantuan gaza, bacaan puisi, edaran risalah, lagu, syarahan dan acara klimaksnya adalah flashmob yang bertemakan kesedaran pergolakkan yang berlaku di bumi Palestin.

Kehadiran IR Haji Zamri Yusuf selaku bekas Senator dan wakil dari Aqsa Syarif Encik Abdul Wahab Yahya amat dihargai selain dari ucapan dan bantuan mereka memeriahkan aktiviti kemanusiaan ini.

Sepanjang berlansungnya aktiviti ini, dana sehampir RM800 berjaya dikumpulkan daripada tabung-tabung yang diedarkan, penjualan buku, penjualan mafla dan sebagainya telah diserahkan kepada Encik Abdul Wahab selaku wakil Aqsa Syarif untuk disumbangkan kepada rakyat Gaza.

“Berapa ramai lagi nyawa yang perlu direntap Zionis untuk menyedarkan kita dari mimpi halwa dunia? Jihad ini tidak akan sekali-kali terhenti sehingga sampai harinya Palestin merdeka dari kezaliman Zionis".

"Jangan malu untuk boikot dan zahirkan penentangan, tapi malulah kerana menjilat punggung Zionis” kata salah seorang wakil penganjur a.k.a aku sendiri.

Video flash mob masih dalam proses pembikinan.
Untuk maklumat lanjut dan hebahan event seterusnya, sila like FB fanpage Buku Jalanan Jitra dan PuisiSatuPetang.

Sila nikmati galeri gambar ini selagi mampu.













18 comments:

  1. kempen free gaza adalah jihad yang beterusan..bukan bila kena bom je..

    sebelum tu, kool betullah bukujalananjitra dengan piusisatupetang ni:)
    moga dipermudahkan dalam buat event2 macam ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq abam nazha hehe. insyaAllah event2 mendatang akan diusahakan lagi :D

      Delete
  2. Tudiak, Jitra ada occasion serupa ni baru2 ni? Happening...ang yg tutup mulut dgn bandana gaza flag tu kan? aku teka ja...XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tidak sama sekali. sebab akulah cameraman yg dikorbankan identiti diri haha

      Delete
  3. Sempoi event ni. Seronok tengok diorang ada flshmob bagai.

    ReplyDelete
  4. Bhai Taufik...

    Hebat Jitra... tak macam masa gua lepak kat area sana dulu.... sekitar awal 90'an....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 taun 90'an pekan jitra berhabuk lagi
      la ni dah comey dah skit
      bangla pon makin ramai haha

      Delete
  5. siarkan pemberitahuan tentang event2 mendatang
    aku pon dok kat kedah. kalau tau mesti aku p

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kami akan update kat fanpage. jgn lupa like fanpage utk dapatkan latest update :)

      Delete
  6. wah bestnya program mcm ni... meriah je tgk

    ReplyDelete
  7. pergi la belajar rerajin kuasai sain dan ekonomi, yahidu tak takut la dgn perarakan bodo begini, selagi umat Islam miskin dan bodoh mereka akan terus berkuasa

    PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM DIJANGKA KURANG TAHUN DEPAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. "selagi umat Islam miskin dan bodoh mereka akan terus berkuasa"
      ayat last tu menerangkan sendiri kelemahan si pengomen
      mana mungkin Zionis mampu terus berkuasa tanpa jasa baik Muslim yg berpikiran spt anda

      perarakan ni pun bukan nak menakutkan Zionis
      cuma untuk menyedarkan golongan macam anda ni jugak
      at least dapat kumpul dana + solidariti kesedaran keperluan jihad terhadap Zionis

      Delete

Comments