Sunday, May 12, 2013

Undi PAS pun boleh masuk Neraka



1. Sebelum PRU13 tempoh hari, sering kedengaran para ilmuan berbincang tentang keperluan memilih kerajaan Islam berbanding kerajaan yang tidak Islamik

2. Ada kala ketikanya, menjadi satu kewajipan untuk mengeluarkan undi untuk menegakkan Islam (baca Parti Islam)

3. Sehingga satu tahap, membuang undi untuk menidakkan hak kerajaan Islam (baca Parti Islam) untuk ditegakkan adalah umpama memerangi agama suci ini

4. Sehingga satu lagi tahap, mengundi untuk parti lawan (baca rejim BN) adalah umpama menaja kemungkaran dan membantu meneruskan kezaliman rejim itu

5. Ini membawa kepada satu konklusi bahawa mengundi kepada rejim itu saling tidak tumpah dari menunaikan janji syaitan untuk bersama mereka di dalam neraka (Nauzubillah)

6. Sememangnya undi yang dilemparkan untuk Parti Islam itu tidak akan menjamin syurga anda di sana

7. Begitu juga, ia tak akan mampu menjamin anda daripada tidak terjerumus ke dalam neraka

8. Oleh itu apa bezanya mengundi Parti Islam vs Rejim Zalim di negara tercinta ini?

9. Bezanya ada pada setiap mereka yang menyokong parti-parti itu, sama ada akhlak mereka persis ahli neraka atau pun tidak

10. Sama ada kerajinan mereka menabur duri kepada penyokong lain, mahupun usaha memecahbelahkan jemaah Islamiah mereka sesama sendiri yang bermodalkan air liur (Fitnah)

11. Begitu juga dengan racist. Racist bukan hanya sekadar antar Melayu dan Cina mahupun India.

12. Tetapi racist sesama Melayu, racist dengan warna parti!

13. Persoalan yang timbul, “Kalau mana-mana parti pun masuk neraka, mana satu aku nak pilih?”

14. Jawapannya, ini bukan soal parti. Sekalipun parti Islam yang disokong, tetapi kalau kerjanya lebih buruk dari orang kafir, maka nerakalah hentian kamu (at least sebelum masuk syurga juga)

15. Untuk orang yang sememangnya berniat untuk tidak masuk neraka (atau memang nak masuk syurga), sudah pasti mereka sudah mengetahui situasi ini.

16. Maka mereka-mereka ini segera runtuhkan ego kepartian mereka untuk menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran berlandaskan kepentingan agama mereka

17. Putrajaya bukan satu alasan untuk mempamerkan akhlak syaitan kepada non-believers

18. Adapun tulisan ini benar dan mungkin tidak benar, beruntunglah kepada mereka yang baca sehingga baris terakhir ini


BN menang bergaya
Jangan risau
Esok belum Kiamat
Insyaallah

27 comments:

  1. Welcome Back Bro!

    Dah Lama tak menikmati hasil pena dari dirimu..Al-maklumlah sedang darah manis hihihihi.

    Anyway Terima kasih menunaikan janji,ingat sedang mabuk nikmat kemanisan berumah tangga hehehehe.

    Tertarik dengan Statement "Racist dengan warna Parti" tu..wekekekek pedih sesape selama ni suka berperang sebab warna tu hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh keh keh
      still alive and kicking!

      janji2 yang hampir dicapati
      tak sangka susah sungguh untuk aku update blog lepas kawen wahahaha

      tq again encik zack
      moga PRU tempoh hari membawa erti kemanisan hidup buatmu hehe

      Delete
    2. kelihatannya bro taufik masih separa "mabuk" lagi tu zack, sebab kelihatannya ada typo dalam entry yang terkini ni... ekekekekek

      *gurau je tofik* :p

      Delete
    3. aik tang mananya typo tu?

      Delete
    4. no.11 - antar :p

      aih x pasal2 aku pi jadi typo nazi pulak, ang punya pasal la...

      p/s: owh btw today's my birthday, 13th may... arrrgh selamat hari tua buat aku huahuahua~

      Delete
    5. wahh selamat sambut besday cik plain
      umur hanya angka, hanya amal yg dikira XD
      nah hadiah *invisible poetic bunny*

      Delete
  2. Bhai Taufik...

    Whoa... gua nak duduk kat level mana nih... ayoyo.... aderkah gua tergolong dalam statement lu nih.... aiyark...

    Anyway... selamat beronline balik... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tuan, selamat2
      haha statement picisan ja ni
      tuan punya level lagi advance
      sy ni macai ja haha

      Delete
    2. Bhai Taufik...

      Ini bukan picisan... ini masterpiece... hahaha

      Delete
  3. ingatkan dah retire dari blogging hang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan ni tak reti2 nak pakai id blogger ka?

      Delete
  4. woi bini tak marah ka main blog sampai lewat2 ni woi keh3

    ReplyDelete
  5. akhirnya setelah sekian lama tak update.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha aku dah tunaikan janji kot
      takkan berenti update walaupun slepas kawen

      Delete
  6. Salam taufik, sehat? heheh

    Yang pasal undi pah masuk syurga, ni aku nak kongsi sesuatu. Ada geng mat-mat gedebe kat sempadan Kelantan-Siam, diorg ni memang brutal la. nak suruh pukul orang, cari betina, seludup barang diorg boleh buat. Diorg ni memang jenih jahat dan kejam, puasa tak...solat apatah lagi. Kalau korang pergi tempat diorg, pandang 'slack' sikit dia tembak!

    Tapi setiap kali Pilihanraya, mereka ni pasti akan pangkah PAS. Bukan sebab diorg ni Islamik atau mahu pemerintahan Islam ala hudud...tidak. Tapi sebab diorg respek dengan Nik Aziz sebagai pemimpin. Pasal politik, Islam, Hudud dll....diorg tak kesah sedikit pon.

    P.S. Selama ni kerajaan kelate bawah MB Nik Aziz tak pernah kacau perniagaan diorg, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik MB baru ni apa cerita?
      tak try report?

      Delete
  7. lama tak menaip. sejak mendapat isteri baru. kekeke... ke ko dah bakal bertiga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. isteri baru?? hahaha
      ayat hang bikin panas bro

      Delete
  8. kah ! kah ! kah ! baru la nak muncul !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata kat aku.. hang tu apa cer?
      suroh menikah ketegaq

      Delete
  9. sesungguhnya perkahwinan itu adalah ibadah, maka janganlah menjadikannya sebagai alasan atau sebuah escapism pada hujah yang melepaskan tanggungjawab sosial yang lain. ingat, perkahwinan bukan suatu beban.

    nampak? haha :p

    teruskan menulis, kawan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanggungjawab sosial vs tanggungjawab batin :P
      bukan escapism tapi terlalu asyik beribadah sampai lupa isu nasional kah kah kah

      Delete
  10. semnagat balik dari honeymun terus update haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadaknya honeymun.. bini tengah exam ni haha

      Delete
  11. undi BN bermakna anda bersetuju dengan segala kemungkaran yang BN buat, segal ketidak adilan dan penindasan, mahukah anda bersetongkol menganiaya orang? orang yg dapat 11 A tidak dapat masuk IPT kerana kuota kaum diberi kpd bodo 3A? adakah ini tidak zalim? ^^

    KLIK betul ke, Memupuk perpaduan nasional melalui pendidikan

    ReplyDelete