Wednesday, July 31, 2013

Bukan Anjing yang hina Islam

Di sebalik rimbunan kes jenayah-bunuh-tembak yang makin berleluasa kini, negara kita sempat juga bergolak dengan isu penghinaan terhadap agama Islam, terutama di bulan puasa dan sambutan Hari Raya.



Ramai yang terasa seperti terancam sifat-sifat ke-Islam-an dan ke-Melayu-an mereka apabila berdepan dengan isu seorang jurulatih Maznah Mohd Yusof berinteraksi dengan riang bersama-sama sejenis haiwan bernama anjing.


Video yang menayangkan seorang perempuan mengucapkan selamat hari raya sambil bermain riang dengan anjing menyebabkan segelintir Muslim tanah air tidak dapat menahan nafsu amarah mereka apabila bertindak mengecam individu dikatakan menghina agama suci mereka itu.

Berikut adalah komen Maznah dari SinarHarian:


“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Maznah menambah, jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walaupun mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?"

Sememangnya terdapat pelbagai perbezaan pendapat tentang hukum bergaul dengan anjing. Namun, perbezaan pendapat itu bukanlah pucuk kupasan.

Isu utamanya adalah penghinaan agama. Penghinaan bermaksud satu perbuatan atau satu perihal yang akan membawa kepada kejatuhan atau kecelaan darjat sesuatu perkara. Menyebabkan perkara itu dilihat lemah dan kotor setelah diperlakukan dengan sebegitu rupa.

Dalam isu ini, perkara yang diperkatakan adalah agama Islam. Segelintir Muslim Malaysia melihat ini sebagai satu penghinaan terhadap agama dan tidak menghairankan melihat ramai yang cuba mengambil tindakan.

Pujian harus diberikan kepada sesiapa jua yang tinggi tahap kesensitivitian mereka terhadap isu ini. Tetapi bagaimana penghinaan-penghinaan lain terhadap agama tidak diambil endah.

Contoh penghinaan paling sinonim untuk dikaitkan di sini adalah ucapan dan sambutan para artis (yang kurang kain) untuk Hari Raya. Usahkan para artis, sebenarnya ia tertakhluk kepada mana-mana laki-laki dan perempuan yang bersaksikan Allah sebagai tuhan mereka.

Ke mana perginya sensitiviti mereka dan kita. Seluruh kejadian “Mengancam Penghina Hari Raya” ini kelihatan bagai satu ketukan di atas kepala mereka dan kita sendiri.

“Pegang anjing kau sibuk cakap hina Islam, yang bertelanjang di jalanan itu bukan penghinaan?”

Bagaimana kita boleh merelakan agama suci kita dihina oleh mereka-mereka ini? Kenapa kita sanggup pejam mata dan membiarkan mereka terus menerus menghina agama. Anehnya tiada aduan ataupun tindakan.

Dalam kes Maznah ini videonya diupload di Youtube dan tidak (belum lagi) disiarkan di siaran televisyen nasional. Mari kita timbang berapa banyak video di Youtube, baik artis atau yang bajet artis, yang amat kurang sukatan kain yang melitupi aurat mereka, mengucapkan selamat Hari Raya.

Itu baru soal aurat, belum masuk bab maksiat. Usahkan di Youtube mahupun Facebook. Di kaca televisyen rumah kita pun sudah paras bahaya sukatannya.

Muslim pegang anjing = hina agama
Muslim buat maksiat = ?
Muslim dedah aurat = ?
Muslim perlekeh hukum agama = ?

Moralnya, sensitiviti dan inisiatif tindakan Muslim di Malaysia penuh dengan kecelaruan. Tidak keterlaluan untuk disebut sebagai “Alim tak kena tempat”. Bukan berniat untuk menidakkan tindakkan prihatin orang lain, tetapi sekadar ingin menggambarkan situasi yang agak kelakar tetapi sedikit kurang ajar.

Syria dan Gaza sememangnya isu universal umat Islam sejagat. Tidak lupa juga di Mesir, di mana Muslim di rentap rakus hak mereka hanya kerana mereka menganuti agama suci ini.

Masih ramai yang tidak mampu menyumbang dan berjuang menentang kezaliman di Gaza, Syria, Mesir mahupun di mana-mana. Mereka ini adalah insan yang terpilih, tuhan letakkan mereka di negara masing untuk memperkasakan agama ini dengan cara tersendiri.

Saya tidak mencadangkan anda untuk turut sama membuat aduan penghinaan agama oleh segelintir Muslim seperti yang diperkatakan di atas. Bukan kerja anda untuk mencipta kontroversi dan publisiti membuat aduan kepada golongan ini.

Tetapi saya mohon mencadang, mulakan tindakan anda. Didiklah masyarakat dan semua orang yang ada disekeliling kita. Sama ada kepada Muslim lain ataupun yang berpotensi menjadi Muslim.

“To read, to like, to share and to be proud of what you did is not enough to make a change. Do more and the rest will follow you.”

Selamat "menyempurnakan" ibadah puasa untuk semua. 


16 comments:

  1. Bhai Taufik...

    1. Lama betul lu tak update blog... semenjak berbini nih... hahaha... takkan la sampai tak kering kain kot... hahaha

    2. Macam pernah gua citer dulu... Anjing dan Khinzir sentiasa berzikir kepada Allah Taala.... sebab itu fitrah binatang.... kiter nih manusia... paling hebat pon berzikir masa lepas solat jer... hahaha... itu lagi mau pandang rendah sama lain makhluk...

    3. Binatang dah tentu tempatnyer di syurga nanti... kiter nih... camana.... gempak kat dunia boleh aaa... ntah-ntah lepak kat neraka kot... nauzubillah....

    4. Betul... anjing dan khinzir itu najis... tapi boleh disamak.... tapi... rasuah, syirik dan maksiat.... errr.. macam mana plak... boleh disamak ker.... hahahaha.... bodoh punya manusia la...

    5. Memang ader hadith kata tak boleh bela anjing untuk suka-suka... tapi takder satu hadith pon yang larang selamatkan anjing terbiar.... takder satu pon larangan dalam Al Quran pasai nak selamatkan dan jaga anjing terbiar.... so... kalu diorang dok nak bawak video ceramah UAI pasai isu bela anjing nih... gua rasa diorang tak tanya betul-betul UAI aper hukumnya kita membiarkan anjing terbiar dan anjing dizalimi....

    6. Ini semua seperti lu kata la... "alim tak kena tempat" .... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak update blog p menuntut ilmu tuan.

      Alim melayu ni tak bertempat bila mana dia hanya sibuk cari alasan untuk protect dia punya interest.

      Try tengok benda2 lain depa ada kepentingan, habis segala tafsir, hadith kitab depa selak cari fadhilat & kelebihan untuk depa sendiri.

      Contoh paling sedap, sarang anai2 30 juzuk tu la haha

      Delete
  2. Meleis mmg suka butthurt dan double standard, persepsi yg dah kuat berakar umbi tak dak sapa bleh sangkal, conpem melenting... tak dpt nak nolong dah... aku malas nak campur huhuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kadang aku pon naik muak depa ni. ntah at least aku cuba
      at least terupdate jugak blog lemau ni

      Delete
  3. Pemikiran masyarakat kita perlu diperbetulkan.

    Kalau berterusan seperti ini, bukan kata anjing, bagi anjing makan pun dikatanya menghina agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menghina agama sebenarnya lebih macam satu alasan saja. Dah memang tertanam dalam diri tu benci/takut haiwan tu. Mula la cari alasan agama untuk tegakkan benang mereka.

      Delete
  4. Kat negara arab orang Islam bela anjing tak? sana mazhab apa? aku ada baca kat Amerika ada jugak orang Islam bela anjing.. rilek jerr

    ReplyDelete
  5. Ya Tuhan semoga dia istiqamah kembali dalam penulisan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. mintak ayaq sarang anai anai 22 juzuk segelas

      Delete
    2. macam ni baru la semangat sikit aku nak menulis kat hang balik. hahahaha, hang minum ayaq basuh tangan aku dah la. tu pun setan dah lari dah. kah kah kah

      Delete
    3. Sebelum raya kena p update pasal pakmie
      esok free dak?

      Delete
  6. Sisipan sikit, dalam isu ni masih ada kekeliruan bagi penggunaan istilah 'samak'. Istilah yang betul adalah 'sertu'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak nampak abam azon, sehat ka? nanti raya mai la rumah

      Delete
  7. Kesian orang melayu..

    ReplyDelete
  8. Anggaplah ianya merupakan satu teguran dari Allah kepada Chetz dan pada kita umat Islam yang lain ianya merupakan satu pendedahan dari Allah untuk kita lihat tahap pemikiran umat Islam sekarang dan tanda2 khiamat hampir dekat.

    ReplyDelete