Saturday, December 21, 2013

Masa depan anak-anak sedang dirogol oleh pornografi


Bahan lucah adalah punca lemahnya otak. Sebuah kajian mendapati ransangan seksual melalui bahan porno di internet mengganggu kapasiti memori-bekerja (working memory) dan menyebabkan subjek sukar memberi perhatian terhadap keadaan sekeliling serta melemahkan kebolehan membuat keputusan dengan baik.

Kajian yang meliputi 28 orang lelaki itu menemukan keputusan bahawa subjek yang menonton imej porno menghadapi masalah untuk menyelesaikan tugasan yang melibatkan memori jangka pendek.

"Beberapa individu melaporkan mengalami masalah kurang tidur dan ketinggalan temujanji, yang berkait rapat dengan kesan negatif di dalam kehidupan seharian," sedutan pengenalan kajian tersebut.

Menurut sebuah kajian lain, menonton bahan porno mampu menyebabkan terhentinya beberapa bahagian otak yang tertentu seperti primary visual cortex. Para pengkaji menjelaskan bahagian ini amat penting dalam asas mekanisma survival manusia.

Sebenarnya banyak lagi masalah dan gangguan otak yang terhasil daripada menonton bahan porno. Antara lain adalah yang berkaitan dengan ketagihan bahan pornografi yang dikatakan mempunyai persamaan dengan masalah ketagihan dadah dan minuman keras yang banyak menyumbang kepada perkara negatif.

Lebih menakutkan, generasi muda kini hanya one click away dari bahan lucah di internet. Kanak-kanak seusia 10 tahun sudah didedahkan dengan kelucahan ini. Tanpa tindakan sewajarnya, mereka akan membesar menjadi seorang individu yang tidak hanya mempunyai masalah dalaman dan mental, mereka juga bakal mempengaruhi generasi-generasi selepas mereka.

Kesan daripada ketagihan porno mampu menjejeaskan tumpuan pembelajaran. Ia juga mampu mempengaruhi kehidupan semulajadi kanak-kanak dan remaja di dalam dan juga di luar kelas. Sebagaimana pornografi menjadi faktor mereka mengabaikan keadaan sekeliling mereka, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada institusi kekeluargaan.


Ibubapa perlu mengambil tahu kesan pornografi terhadap anak-anak mereka. Lebih penting masyarakat perlu lebih peka dengan stimuli atau bahan galakan yang boleh mempengaruhi kanak-kanak mendapatkan bahan-bahan lucah.

Kaitan antara pornografi dan kes rogol adalah terlalu simplistik, tetapi kaitan antara pornografi dan gejala maksiat serta keruntuhan moral tidak langsung bercanggah. Ini kerana bahan-bahan lucah ini secara tidak langsung merosakkan pertimbangan rasional seseorang untuk turut terjun ke kancah keji.

Pornografi bukan satu sukatan pendidikan untuk kanak-kanak. Semangat ingin tahu para remaja perlu disalurkan ke tempat betul.

Kesan negatif pornografi bukan sesuatu yang tahyul. Tiada minda yang rasional boleh mengiktiraf porno sebagai suatu perkara yang positif. Tiada agama siuman menerima porno sebagai suatu perkara yang baik.

Rujukan

DeAngelis, T. (n.d.). Web pornography's effect on children. American Psychological Association (APA). Retrieved December 20, 2013, from http://www.apa.org/monitor/nov07/webporn.aspx

Daubney, M. (n.d.). Experiment that convinced me online porn is the most pernicious threat facing children today: By ex-lads' mag editor MARTIN DAUBNEY. Daily Mail UK. Retrieved December 19, 2013, from http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2432591/Porn-pernicious-threat-facing-children-today-By-ex-lads-mag-editor-MARTIN-DAUBNEY.html

Laiera, C., Schulteab, F. P., & Brandab, M. (2013). Pornographic Picture Processing Interferes with Working Memory Performance. The Journal of Sex Research, 50(7), 642-652.

Huynh, H. K., Beers, C., Willemsen, A., Lont, E., Laan, E., Dierckx, R., Jansen, M., Sand, M., Weijmar Schultz, W. and Holstege, G. (2012), High-intensity Erotic Visual Stimuli De-activate the Primary Visual Cortex in Women. Journal of Sexual Medicine, 9: 1579–1587. doi: 10.1111/j.1743-6109.2012.02706.x

7 comments:

  1. mmg sedih... bebudak kecik zaman skang mmg sangat2 berbeza dgn bebudak kecik zaman 70s n 80s... nak salahkan perkembangan teknologi dan surrounding 100%? tak boleh gak... masalah ni complex dan melibatkan semua pihak, termasuk mak bapak bebudak tu sendiri... heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal plain, mak bapak pon kurang cekap bab teknologi ni. depa pon tak reti sangat nak bendung budak2

      Delete
    2. betul tu. masalah ni terlampau complex and melibatkan pelbagai aspek. google pun dah guna pelbagai cara nak filter. tapi still org bleh access.. semua bergantung pada pemerintah. If they say "NO PORN" ever.. tapi PORN skrng org buat bisnes.. lagi makin parah...

      Generasi akhir zaman...

      Delete
  2. mungkin kita patut melihat siapa sebenarnya di belakang semua ini:-

    http://radioislam.org/crime/sex/jew_porn1.htm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa tidak juga membantah bahawa GST,1MBDB, dll yang merosakkan akidah di kalangan umat Islam di Malaysia adalah angkara orang Yahudi?

      Delete
  3. Kerajaan yang korup ambil ptm cap kangkung di mna msh mgharapkan vendor dlm segala segi. Ptm, pptm, jtk dtg goyang telor hri2 ckp bln ambil gaji. Di china mereka berjaya filter berjuta lmn web sehari dri mceroboh negara itu.

    klik cadangan penjimatan

    ReplyDelete
  4. KEMBALI KEPADA AMALAN ISLAM..ILMU IMAN AMAL.AKHLAK...ISLAM IMAN IHSAN...INGAT DOSA DAN PAHALA,..INGAT ALLAH DEKAT PADA KITA ..BACA BUKU JANGAN BERSEDIH DR AL QARNI..

    ReplyDelete