Showing posts with label Buku Jalanan. Show all posts
Showing posts with label Buku Jalanan. Show all posts

Buku Jalanan Jitra 3.0 (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri


Seperti biasa, kami mempersembahkan repot berkala pengajuran Buku Jalanan untuk yang kesekian kalinya.

Event kali ini dicemburui cuaca. Satu jam kami bertemankan sinar riang mentari, satu jam kemudian kami terperosok di bawah bumbung kerana hujan.

Kali ini kami berjabat tangan dengan Team ZineSatuMalam yang menganjurkan Puisi Satu Petang bertema zombie. Sayang sekali zombie-zombie tidak kelihatan kerana mereka takutkan hujan yang lebat tadi LOL.

Kami juga mendapat kunjungan khas dari blogger tersohor (!!?) Solihin Zubir. Kami amat terharu dengan kehadiran beliau disebalik cuaca yang agak buruk petang tadi.

Seperti biasa, sambutan amat menggalakkan. Walaupun dihambat lampiasan hujan, para pembaca tetap tekad tidak lekang dengan buku mereka. Malahan mereka turut menghulurkan bantuan meringankan beban (admin BJJ kurang 3 orang, balik kampung kot).

Terima kasih semua. Sila datang lagi penganjuran BJJ 4.0 seterusnya seminggu selepas raya Aidiladha nanti.


Read more

Buku Jalanan Jitra dilancarkan! (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Semalam, 1 September adalah satu hari yang bersejarah. Aku bersama-sama rakan seperjuangan pasca era Doraemon lain telah berjaya menganjurkan aktiviti yang dinamakan "Buku Jalanan".


Aktiviti ini diadakan di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah dan akan berterusan setiap hari Sabtu selang seminggu. Gerak kerja ini adalah satu kolaborasi non-profit yang kolektif dari kalangan pembaca buku/blog seperti anda juga. Acara seperti ini telahpun dianjurkan di beberapa jajahan di sekitar Malaysia-raya ini.

Sekiranya anda terkesima merasakan diri anda terlalu mainstream, anda boleh turut serta melibatkan diri dalam merakyatkan kembali biasan ungu pembacaan buku di kalangan masyarakat kita yang makin menebal kebebalannya ini LOL.

Kami tidak menjual buku, tidak menjual bontot mahupun kondom, tetapi kami ingin berkongsi minat membaca sesama rakyat Malaysia di tempat-tempat yang amat strategik (hot-spot). Secara ringkas, kami menyediakan buku untuk dibaca. Sama seperti perpustakaan, tetapi dalam bentuk santai dan convenient.

Kami berharap dapat konsisten dengan menganjurkan acara ini 2 kali seminggu di venue yang telah ditetapkan. Mungkin di masa hadapan, kami berupaya anjurkannya setiap minggu. Akan kami cuba usahakan.

Ritual berbentuk pemujaan semangat pembacaan ini pada dasarnya membantu memupuk kesenggamaan ilmu dari medium bacaan untuk dijadikan rutin sesama kita rakyat Malaysia yang diakui entah ke berapa kelas corot mindanya. Maaf kalau terasa.

Setiap minda yang cerdas senantiasa dambakan ilmu. Ilmu yang khususnya dari pencernaan medium bacaan berbentuk buku dan tulisan. Kami ingin cuba remind (memperingati) bahawa setiap dari kita ini, mahu dan perlu membaca. Cuma kita perlukan anjakan yang spesifik untuk mula membaca.

Tidak semua orang membaca bab agama, tidak semua baca bab kamasutra, tidak semua juga minat mentelaah komik manga. Oleh itu kami cuba sediakan genre/niche bacaan yang meluas. Supaya anda tercuit oleh minda separa sedar yang mencari tajuk spesifik yang yang dirasakan perlu dibaca.

Anda boleh terus search "Buku Jalanan" di facebook mahupun twitter untuk mendapatkan coverage lokaliti mengenai acara di kawasan berdekatan anda. Andai anda malas, mahupun lembap menggunakan fungsi search, anda boleh sahaja bertanya di fb kami Buku Jalanan Jitra berkenaan apa-apa jua info terkini.

Bukan wang ringgit yang di cari, apatah lagi nama dan pangkat yang tidak kami ingini. Doakan kami diberi kekuatan mental dan fizikal mengharungi jelingan psycho dan cekak pinggang harmonis dunia dalam memartabatkan resam ilmu ini.

Sila nikmati galeri gambar di bawah untuk merasai kehangatan cinta platonik antara makhluk bernama Manusia dan Buku.


Read more

Comments