Mengapa HUDUD tidak boleh dilaksanakan di Malaysia?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Akhir-akhir ini, isu Hudud dilihat kembali merimbuni pepohonan pentas politik tanah air dengan subur sekali. Pelbagai ragam manusia kelihatan sedang berteduh dengan pengaruh pohon kemurnian perundangan Islam ini.


Terdapat segelintir yang berlumba-lumba mahu laksanakan hudud. Terdapat juga sesetengah yang masih bermuka-muka dengannya. Tidak ketinggalan, timbul sekelompok yang sedang berusaha untuk melaga-lagakan sesama kita.

Antara soalan yang sering bergema di sebalik dedaunan debat ini adalah bilakah Hudud akan terlaksana? Siapakah yang akan melaksanakannya? Kenapa masih belum dilaksana? Apa kesannya kepada golongan bukan Islam? Mengapa perlu menentang Hudud? Mengapa Hudud perlu dilaksana? Berapa ramai yang akan kehilangan tangan dan kakinya? Berapa ramai ahli politik yang akan dikuburkan dengan hartanya?

Aku tidak akan bazirkan masa kalian dengan menghamburkan segala macam alasan yang diberikan parti-parti politik sebagaimana yang kamu semua sudah sedia maklum. Telah kamu lihat di dada-dada akhbar mahupun media elektronik berselerakkan berjuta macam alasan dihamparkan mengapa Hudud dilengahkan perlaksanaannya.

Isu Hudud di Malaysia sudah mencapai tahap ultimatum. Isu ini akan memberi gambaran perkembangan politik Malaysia dari sudut kesepakatan yang matang. Kematangan politik di mana setiap parti perlu bekerjasama untuk kebaikkan rakyat dan menegakkan tuntutan rakyat. Bukanlah berjuang untuk kehendak parti memancing undi semata-mata.

Tetapi, gambaran itu tidak menjawab mengapa Hudud masih tidak dapat dilaksanakan di Malaysia?

Jawapannya, kerana masih tiada kesepakatan atau mutual understanding di kalangan parti politik Malaysia.

Situasi politik Malaysia masih bertunjangkan kepentingan parti semata-mata. Matlamat dan objektif parti yang tidak mengikut aruhan kemahuan rakyat. Mereka meletakkan kepentingan rakyat di anak tangga yang entah ke berapa.

Mereka lebih selesa menjual janji dan disulami dengan menanam benci sesama sendiri. Bertempiaran ke sana ke mari menganjing isu dambakan populariti. Sambil diselit gula-gula hancing untuk diedarkan kepada rakyat untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Ya, dengan senang hati aku boleh bertanya, "Di manakah peranan Seri Paduka Baginda YDP Agong sebagai Ketua Agama di dalam isu Hudud ini?"

Walaupun aku mengiyakan kata Dr Asri membolehkan kritikan terhadap Sultan. Aku tetap merasakan ini adalah tanggungjawab kesemua komponen parti politik untuk bersepakat melaksanakan Hudud.

Sekiranya dilancarkan satu survey "Setuju vs Tidak Setuju" di seluruh Malaysia untuk melaksanakan Hudud, aku percaya keputusannya akan memihak kepada Setuju. Aku yakin keputusan itu akan mendapat majoriti yang besar, 70% hingga 80% barangkali.

Berapa billion akan kehilangan jika Hudud dilaksanakan? Berapa juta undi rakyat akan disia-siakan? Berapa ratus ribu kes jenayah dapat dikurangkan? Berapa juta rakyat kita akan mati kebuluran? Berapa ribu insan akan jatuh fakir? Berapa ramai ahli politik akan dikafankan?

Aku tidak dapat memikirkan apa-apa kerugian jika Hudud dilaksanakan di Malaysia. Jikalau wujud jua keburukkannya, aku pasti faedahnya adalah seribu kali ganda lebih baik.

Isu Hudud ini adalah satu hikmah, sekiranya semua rakyat bersatu padu mahukan Hudud, parti-parti politik perlu melaksanakannya tanpa perlu bermuka-muka mengintai kepentingan parti politik mereka.

Sekiranya hukum Hudud yang amat bermanfaat ini kamu tidak mampu bersatu sepakat tegakkannya. Atas dasar apa lagi yang mampu bersatu? Hak Melayu kamu sudahpun terjual. Ekonomi kamu juga telah tergadai. Hak bersuara kamu juga sudah lama diragut. Jawabnya, tiada.

Isu Hudud adalah ultimatum menentukan hala tuju politik Malaysia. Ia akan menjadi kayu ukur dan pencetus kematangan baik PAS dan DAPnya serta UMNO dan MCAnya. Bukan sekadar mengejar politik popular, tetapi untuk menuntut hak rakyat dan menegakkan Hukum Allah.

tags: hudud pas umno najib razak nik aziz dap mic mca pkr sinar harian metro islam agama mufti johor adun johor lim guan eng agong raja melayu selangor penang sekular rakyat mahu hudud buat hudud non muslim hudud najib hudud pas hudud umno berita hudud kelebihan hudud kebaikkan hudud politik tidak matang cybertroopers puteri umno pemuda umno pemuda pas muslimin muslimat sultan johor alasan hudud rosmah mansur tak pakai tudung

13 comments:

  1. Terbaik Bro.. ^_^

    Bro,pada pendapat saya..sekarang kita dah tak boleh harapkan Parti2 politik yang penuh dengan Agenda Mereka sendiri ni untuk menunaikan kehendak kita.

    Seharusnya rakyat Malaysia bersatu dibawah satu ideologi baru yang akan menuntut terus atau menjadi Faktor Tekanan kepada Ahli2 parlimen kita agar terus akur dengan kehendak rakyat.

    Ataupun kita bersatu Mansuhkan kesemua Parti2 politik Melayu untuk menuntut kesatuan diantara kita,sampai bila kita mahu berpecah kepada 3 identiti bro?Politik kita politik yang memecah belah..sampai bila pun kita tak kan dapat buat hukum hudud selagi ketiga2 parti ni tidak dimansuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju amat bro

      Hudud ni tak rugi langsung. Apa yang ditakutkan kalau dilaksanakan? Sampai hari ni aku masih musykil. Mungkin depa takutkan bayang2 sendiri. Atau nak kena ikut telunjuk non-muslim yang dah depa momokkan dgn misconception sendiri.

      Sama saja PAS ka UMNO alasan tak sudah. Masing2 keras kepala. Nak menangkan komponen parti, nasib rakyat yang tergadai.

      Demo oren la demo bersih la. Demo hudud ada berani?

      Delete
    2. Cuba Bro lihat,Umno terikat dengan perjanjian dengan British dahulu jika Mahu Merdeka Umno harus memakai hukum2 sekular,sama seperti Turki yang terikat dengan Amanat Kamal Attaturk supaya Turki terus menerus menjadi Negara Sekular..Sebab itu Umno terus mempertahankan Undang2 sekular..Tp sy tak paham kenapa nak terus menerus pertahankan perjanjian dengan british tu?Bukankah mereka British dah berambus?

      Manakala Pas terikat dengan DAP..sekejap negara islam sekejap negara berkebajikkan..Nak Harapkan PKR? sama je dengan UMNO..asal usul pun berasal dari Umno jugak.

      So point Utamanya..Memang Ketiga2 parti ni harus dimansuhkan..

      Yup Bro! saya tertunggu2 kalau PAS berani nak buat Demo soal Hukum Hudud..bila dorang nak buat? Takut dengan DAP? heheh

      Delete
    3. betul bro. aku pon heran. misteri sampai hari ni. apa sebab umno sendiri takut nk berubah. padahal british dah lama berambus.

      aku tertunggu bila pas nak buat demo kes hudud. nak tgk berapa ramai nak sokong.

      Delete
    4. Bhai Zack dan Taufik...

      Gua pon tak sabar nak tengok PAS buat demo pasai hudud nih... memang tak sabar.... Cakap jer pong-pang pasai hudud... tapi masih menyembah manusia... menyembah Sultan dan Raja... aper ker halnyer... sebab itulah sampai skrang nih takder bergerak pon usaha hudud nih... dah 56 tahun dah....

      Delete
  2. golongan hat tolak dan mempersendakan hudud dengan sepakatan ulama semua dia telah terbatal akidahnya.tak kira mana2 parti.org zaman msia terlmpau dipartikan dari diagamakan.jd bila sebut hudud terus kena tuduh parti sekian2.padahal itu tuntutan agama yg wajib.ALLAH suruh bukan PARTI suruh.

    aku yg lemah ni rasa la kan golongan yg tolak hudud ni samada depa try sedaya upaya nak bagi polisi masing2 berbeza xpun xtau agama ataupun ikut tejunjuk yahudi nak bleach out islam.

    tp semua di atas tak terlpas dari terbatal akidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tolak ni kadang bukan tau pun apa makna hudud tu sendiri
      depa dimomokkan oleh sesetangah org, bg nampak hudud ni sebagai satu haluan perjuangan PAS
      kalau hudud implement, depa rasa PAS la dapat nama kot

      sama ada depa jahil, takmau belajaq/baca pasal hudud, ataupun kerajaan yg dah 50 taun memerintah ni tak reti nak ajaq
      PAS pon walaupun tak perintah Malaysia, tak bermakna segala tanggungjawab mendidik umat Islam jatuh kat umno saja
      kena sama sepakat la

      Delete
  3. nice entry bro.. kena ada iltizam dan komitmen politik yg sepenuhnya... kalau tak, ding dong sana sini..sampai berjanggut!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro. aku dah berjanggut ni hudud masih tak jalan lagi hehe

      Delete
  4. Masalah sebenarnya ialah populasi Melayu-Islam. Cuma empat puluh peratus (40%) rasanya daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Walaupun 40% ini bersetuju untuk hudud, tapi 60% jika mereka menentang memang tidak jadi.

    Kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita berbilang kaum. UNLESS....'melayu'kan atau 'islamkan' yang 60% tu? Integrasi kaum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya aku setuju sgt
      masyarakat kita kurang kesedaran tentang hudud
      hudud bukanlah suatu yg kuno, menghukum tanpa bukti

      inilah hasilnya politik malaysia lepas setengah abad merdeka
      sibuk attack sesama sendiri saja

      Delete
  5. yeah. agree with this

    Assalamu'alaikum. Keep posting Hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam
      terus berkomen jugak hehe

      Delete

Comments