Tahukah anda? 30 kelebihan amalan mencela, memaki hamun dan mencerca

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri Berapi-api

Sedar tak sedar, bulan Ramadhan dah kian hampir tiba. Terasa macam baru semalam sambut hari raya. Mana taknya, setiap hari sibuk ke hulu ke hilir jadi tukang kompang isu negara, bangsa dan agama.


Siapa sangka amalan mengeji, mencerca, menghina, memaki dan menghamun ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, aku amat berbesar hati untuk berkongsikan informasi yang masih panas berapi-api ini. Jangan lupa sebarkan ya.

30 kelebihan amalan mencela, memaki hamun dan mencerca:

1. Memberikan ketenangan hati

2. Menonjolkan akhlak yang suci

3. Menguatkan jalinan silaturrahim

4. Menghindari hasutan syaitan

5. Membuatkan musuh agama,bangsa dan negara berasa takut dan gerun.

6. Membentuk peribadi muslim sejati

7. Meningkatkan kadar celik al-Quran di kalangan masyarakat

8. Mendekatkan diri kepada Allah

9. Membantu mendapatkan kemanisan iman

10. Membantu perjuangan memerangi musuh Islam

11. Membantu menegakkan hukum Hudud

12. Membantu mengingati mati

13. Menambah khusyuk dalam solat

14. Membantu menyebarkan ajaran Islam

15. Menambah keberkatan rezeki

16. Membuka pintu rezeki

17. Membantu membebaskan diri dari riba

18. Menghindari bala Allah

19. Menggalakkan pemakaian pakaian yang menutup aurat

20. Membantu menyembuhkan sihir dan santau

21. Mengurangkan kes rogol, sumbang mahram dan sumbang songsang

22. Mengurangkan kes buang bayi dan anak luar nikah

23. Meningkatkan kadar celik Agama

24. Mengenang jasa ibu dan bapa

25. Mengharumkan nama keluarga

26. Membantutkan rancangan Yahudi menindas umat Islam

27. Menyukarkan agen yahudi menyusup masuk ke negara

28. Memberikan contoh terbaik kepada anak-anak

29. Membantu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

30. Menyembuhkan penyakit darah tinggi dan yg sewaktu dengannya


Tak sungguh, tak kata
Kalau terasa, jangan simpankan saja, tolong like ya!


9 comments:

  1. Replies
    1. sarkastik sopan sempenan bulan ramadhan :)

      Delete
  2. Not bad your sarcasm bro xD

    ReplyDelete
  3. sarkasm siki-sikit sebelum masuk bulan puasa

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, tak pernah jumpa lagi hadis yg mengatakankan memaki,mencerca dan mencela mendekatkan diri pada Allah. Semua yg kamu tulis bertentangan malah menjauhkan lagi redha Allah. Dunia akhir zaman, macam2 benda diputar belitkan. Yg "haram" menjadi "halal" :) fikir2 dlu sblum kamu rosakkan pemikiran org islam lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf saya tiada niat mempersoal kewibawaan anda dala berilmu. Info di atas berbentuk sarkastik.

      Adapun tiada rujukan hadith kerana sememangnya tiada hadith sebegitu.

      Saya tak ambil hati tuduhan mengatakan saya putar belit.

      Terima kasih atas nasihat.

      Delete
  5. Salam, saya rasa sindiran di atas amat wajar dijadikan renungan oleh ramai orang kita dewasa ini. Terima kasih.

    ReplyDelete

Comments