Kenapa IHSB tuntut dari Kerajaan Negeri


Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.

Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.

Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu. Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini.

Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat. Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran.

Penerangan ringkas:
1. IHSB sediakan servis dan kemudahan kepada pelajar KUIN
2. Pelajar bayar yuran kepada KUIN
3. KUIN akan membayar invois yang tertakluk kepada servis dan kemudian yang disediakan IHSB

Oleh sebab itulah kami sebulat suara, cuba membawa isu ini kepada perhatian YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Kerana kami percaya YAB Menteri Besar akan menjaga kebajikan pelajar dan kakitangan yang berkhidmat untuk INSANIAH.

Seiring dengan status KUIN sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri. Maka tidak menjadi sesuatu yang janggal untuk mengajukan isu tuntutan ini kepada Kerajaan Negeri sendiri. 

Ketahuilah, bahawasanya kami hanyalah kakitangan yang diamanahkan tugas untuk mengoperasikan IHSB dan memastikan segala bentuk servis dan kemudahan disampaikan kepada pelajar KUIN. Untuk menafikan hak kami untuk dibayar gaji, adalah sesuatu yang amat dikesali.

Berkenaan penjelasan status perjawatan kami, sememangnya kami bukanlah di ambil bekerja di bawah Kerajaan Negeri. Kami semua tertakluk kepada perjawatan di bawah IHSB. Namun begitu, penyelesaian masalah bayaran invois dan halatuju anak syarikat oleh YAB Menteri Besar akan dapat memberi gambaran kepada status perjawatan kami.

Sepertimana hari ini, status kami tergantung kerana tiada maklumbalas yang spesifik terhadap kelangsungan halatuju syarikat daripada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar menerusi KUIN. Dan tunggakkan bayaran menyebabkan kami tidak mendapat hak kami untuk dibayar gaji.

Maka dengan itu kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera untuk membolehkan masalah pembayaran ini diselesaikan sebelum 30 Ramadhan sempena sambutan Hari Raya.

Penerangan ini tertakluk kepada pemahaman saya melalui rujukan invois dan perjanjian di antara IHSB dan KUIN. Penerangan ini juga tidak berniat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya cuba mencari menyelesaian untuk membolehkan Kolej Universiti INSANIAH terus maju dan berkembang.

Saya terbuka untuk dihubungi oleh sesiapa jua yang prihatin dan ingin turut sama menyelesaikan masalah ini. Saya percaya isu ini mempunyai penyelesaian, dan keterbukaan di antara kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan adalah amat dialu-alukan.

Sekali lagi saya alu-alukan sesiapa juga dari mana-mana organisasi prihatin, badan-badan kerajaan, individu atau pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri untuk menghubungi saya sekiranya memerlukan penjelasan ataupun perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya boleh dihubungi melalui talian telefon 012 424 6269.

Terima kasih di atas keprihatinan anda semua, kami amat menghargai segala usaha anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Salam Ramadhan, Salam Syawal yang bakal tiba.

Muhamed Taufik. 10:07 pagi, 28 Ramadhan 1434.

11 comments:

  1. Kalau betoi la apa yang dikata, saya sebagai rakyat kedah heran sebab apa kerajaan x bagi perhatian kpd isu ini awal2 dulu?

    sebab apa pejabat menteri besar tak usahakan siasat masalah ni? sebab apa MB tak p jumpa? tak ada wakil yang p amik keterangan ka?

    sampai bila nak berpolitik zaman batu? dah nama kerajaan buat cara kerajaan la. kerjaan mana buleh pilih bulu. kita bukan duk zaman tok nadoq lagi, kerja buat urusan pejabat makan taun baru nak siap.



    la ni dah nak raya, kena tekan baru kalut nak cari duit nak bayaq?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil kami ada beberapa kali cuba membawa isu ini kepada YAB Menteri Besar. Beberapa kali juga cuba bertemu dengan beliau sendiri, tapi masih gagal.

      Delete
    2. hemmmm... try ajukan pada komen dalam blog mahathir.

      Delete
  2. hak kami dinafikan.status kami tergantung sehingga 3bln.kami terbuka jika kerajaan negeri ingin menyiasat atau restructure semula IHSB.tp adil ka kami x di byr gaji hingga kini tampa apa2 kata putus.tampa perbincangan y jelas.kenapa sehingga 3bln masih x ada jln penyelesaian dr pihak y trbabit.kenapa ambil masa trlalu lama untuk seselaikan isu ini.kami hanya kakitangan bawahan yang hanya tahu buat kerja.kami tidak terlibat dlm mn2 agenda mn2 pihak.dlm tempoh ini ramai sgt insan2 y terseksa dan teranaya.kereta kena tarik.kena halau dgn tuan rumah sewa.susu ank kecil terpaksa dicatu.perbelanjaan harian x ada.apa lg persiapan menjelang hari raya sudah lama trkubur.harapan hanya tinggal harapan.nasib kami sehingga kini masih tiada siapa y ingin membela.

    ReplyDelete
  3. dah nak dekat raya, kalau mukhriz masih bersikap berdiam diri, hgpa try jumpa lawyer mintak advise berapa byk pampasan dan claim damage dari segi mental dan fizikal yang melibatkan kegagalan KUIN untuk bayar invois gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masalah berlarutan sampai ke Hari raya, tindakan drastik terpaksa dilakukan.

      Delete
  4. tunggakan dari mei2013? patutla azizan razak kena tolak dengan rakyat kedah. urus insaniah pun tak cekap macam mana nak urus negeri? btw mukhriz tak layan sebab ihsb bukan badan berkanun. cuma anak syarikat kepada kuin. consider swasta. hmm..kenapa tak minta penjelasan dari ceo ihsb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti Tuan baca atau tak segala apa yang ditulis.

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri bero Taufik :)

    ReplyDelete
  7. salam, saya amat bersimpati dengan nasib tuan2 semua. Saya berharap tuan2 akan mendapat gaji yang sepatutnya. Cuma saya agak terkeliru, macamana sebuah IPT perlukan sebuah syarikat swasta untuk supply servis utk IPT itu? bolehkah anda berikan contohnya servis yang anda supply? Adakah termasuk tenaga pensyarah juga? Kenapa KUIN sendiri tidak boleh kerja itu? Kalau KUIN mampu bina kampus hampir rm300 juta, kenapa selama ini perlukan IHSB?

    ReplyDelete

Comments