Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Kerajaan Taliban di Kedah tidak mesra sejarah


"Kalau masjid diroboh baru orang nak bising"
"Tak ada beza dengan Taliban yang merobohkan kuil"
"Kalau Angkor Wat ada di Malaysia, 50 tahun lepas sudah diratakan"
"Cubaan terancang untuk mengubah sejarah"
"Adakah ini caranya mereka mempromosikan ketuanan Melayu Islam?"

Runcing kedengaran, tetapi itulah antara komen dan pandangan rakyat tentang perobohan tapak candi Sungai Batu yang berlaku di Merbok, Kedah.

Monumen yang berusia lebih dari 1,200 tahun itu jauh lebih tua dari Angkor Wat, namun kewujudannya di Semenanjung Emas tidak hanya dilupakan, bahkan sedang giat dirobohkan.

Beginilah rupa jika manusia sesat menganuti agama materialistik kewangan. Atau mungkin mereka risau aqidah Muslim bakal tergugat?

Lebih mengejutkan, kerajaan negeri Kedah dengan rendah dirinya mengakui, mereka tidak punyai kuasa untuk menghalang kemusnahan tapak arkeologi yang juga masih di dalam permohonan untuk mendapatkan status tapak warisan dunia UNESCO oleh Badan Warisan Malaysia.

Malah, Timbalan Ketua Menteri P. Pinang Dr. P. Ramasamy mengesahkan, pejabat tanah Merbok sendiri yang memberikan tabik hormat kepada pemaju untuk membersihkan tanah itu berdasarkan tiada laporan kewujudan tapak bersejarah.

Tapak sejarah ini juga telah menggamit kedatangan ribuhan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. 

Namun, di atas nama batu bata kemajuan moden, nilai sejarah bukan hanya terus merudum tetapi kini tercungap-cungap kelemasan di dalam lopak ketamadunan.

Entah tuhan apa yang mereka pertuhankan, sehingga titis-titis sejarah yang masih tinggal kini boleh dilenyapkan oleh ketamakan manusia oleh helaian wang kertasnya. Setapak kita ke hadapan bukan bermakna beribu tapak sebelumnya boleh dibiar diperkosakan.

Sebagaimana hebohnya pelakon filem Fast & Furious mati, sepatutnya sebegitu heboh jugalah penyebaran kancah ini. Kematian warisan harta generasi akan datang ini perlu lebih terasa peritnya. 

Rakyat tidak boleh termakan berita hiburan semata, tetapi harus lebih peka dengan kemusnahan nilai sejarah negara mereka.
Read more

Memorandum Anak Syarikat KUIN kepada YAB MB Kedah


Berikut adalah Memorandum yang telah dipanjangkan kepada YAB Menteri Besar Kedah. Jutaan terima kasih kepada YAB MB kerana sudi meluangkan masa bersama kami.


Sila klik imej di atas untuk besarkan

Datuk Mukhriz Mahathir ada memberikan respons positif semasa pertemuan itu. Begitu juga dengan beberapa kenyataan beliau melalui media:

Mukhriz stressed that the state government's stand was to settle the Insaniah Holdings - set-up by the previous administration to generate funds for Kolej Universiti Insaniah (Kuin), in a gentlemen manner without exposing or shaming anyone.

"Perhaps we can start by investigating the qualification of several staffs who are allegedly related to a senior official (in the holding) since I find it rather bemusing that there were many members of a single family were hired at Insaniah Holdings," he said during a press conference at the side of the 13th state legislative assembly sitting here today.

- New Straits Times

Diharap masalah ini dapat diselesaikan pada kadar segera bagi mengelakkan kesengsaraan kakitangan IHSB terus berlarutan lagi. Kami amat menghormati pendirian YAB MB dalam menjaga privasi pihak yang berkaitan. Saya sendiri menyokong usul untuk melakukan siasatan menyeluruh masalah salahguna kuasa dan hedonisma di dalam organisasi.

Kami amat terbuka untuk memberi kerjasama untuk urusan penyiasatan ini. Kerana ianya amat mustahak untuk YAB MB mendapat maklumat yang tepat dan tuntas dari kedua-dua pihak, baik KUIN dan IHSB sendiri.

Walaupun begitu, kami berharap proses penyiasatan ini tidak akan menangguhkan urusan penyelesaian tuntutan gaji kami yang telah tertangguh lebih dari 3 bulan. Sebagaimana termaktubnya pendirian YAB MB yang memahami masalah rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat Kedah yang teraniaya seperti kami ini.
Read more

Kenapa IHSB tuntut dari Kerajaan Negeri


Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.

Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.

Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu. Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini.

Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat. Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran.

Penerangan ringkas:
1. IHSB sediakan servis dan kemudahan kepada pelajar KUIN
2. Pelajar bayar yuran kepada KUIN
3. KUIN akan membayar invois yang tertakluk kepada servis dan kemudian yang disediakan IHSB

Oleh sebab itulah kami sebulat suara, cuba membawa isu ini kepada perhatian YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Kerana kami percaya YAB Menteri Besar akan menjaga kebajikan pelajar dan kakitangan yang berkhidmat untuk INSANIAH.

Seiring dengan status KUIN sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri. Maka tidak menjadi sesuatu yang janggal untuk mengajukan isu tuntutan ini kepada Kerajaan Negeri sendiri. 

Ketahuilah, bahawasanya kami hanyalah kakitangan yang diamanahkan tugas untuk mengoperasikan IHSB dan memastikan segala bentuk servis dan kemudahan disampaikan kepada pelajar KUIN. Untuk menafikan hak kami untuk dibayar gaji, adalah sesuatu yang amat dikesali.

Berkenaan penjelasan status perjawatan kami, sememangnya kami bukanlah di ambil bekerja di bawah Kerajaan Negeri. Kami semua tertakluk kepada perjawatan di bawah IHSB. Namun begitu, penyelesaian masalah bayaran invois dan halatuju anak syarikat oleh YAB Menteri Besar akan dapat memberi gambaran kepada status perjawatan kami.

Sepertimana hari ini, status kami tergantung kerana tiada maklumbalas yang spesifik terhadap kelangsungan halatuju syarikat daripada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar menerusi KUIN. Dan tunggakkan bayaran menyebabkan kami tidak mendapat hak kami untuk dibayar gaji.

Maka dengan itu kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera untuk membolehkan masalah pembayaran ini diselesaikan sebelum 30 Ramadhan sempena sambutan Hari Raya.

Penerangan ini tertakluk kepada pemahaman saya melalui rujukan invois dan perjanjian di antara IHSB dan KUIN. Penerangan ini juga tidak berniat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya cuba mencari menyelesaian untuk membolehkan Kolej Universiti INSANIAH terus maju dan berkembang.

Saya terbuka untuk dihubungi oleh sesiapa jua yang prihatin dan ingin turut sama menyelesaikan masalah ini. Saya percaya isu ini mempunyai penyelesaian, dan keterbukaan di antara kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan adalah amat dialu-alukan.

Sekali lagi saya alu-alukan sesiapa juga dari mana-mana organisasi prihatin, badan-badan kerajaan, individu atau pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri untuk menghubungi saya sekiranya memerlukan penjelasan ataupun perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya boleh dihubungi melalui talian telefon 012 424 6269.

Terima kasih di atas keprihatinan anda semua, kami amat menghargai segala usaha anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Salam Ramadhan, Salam Syawal yang bakal tiba.

Muhamed Taufik. 10:07 pagi, 28 Ramadhan 1434.

Read more

Apa itu BONGKAR 403 juta? (UPDATED)

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah. Mohon sebarkan.






Mulanya aku tak berapa nak sokong benda ni, sebab ada unsur-unsur partisan. Tapi bila difikirkan balik interest rakyat, rasanya perlu juga aku bantu mana yang patut. Partisan untuk rakyat takpa kot, jangan partisan meng-ular-sawa-kan hak rakyat haha

BONGKAR 403 ni nak persembahkan kepada rakyat tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah sahaja. Dari zaman Osman Aroff sampai ke hari ni (zaman PAS?).

Diketuai oleh YB Firdaus Jaafar dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan PR. Memang nampak macam agak kepartian sikit gerakan ni. Tapi sekali lagi, atas dasar the interest of rakyat, aku tolong bantu.


**********************************************************************************

UPDATE





Gambar sekitar fenomena BONGKAR 403 kat Alor Setar. Gerakan ni akan berjalan sampai PRU nanti.









Link-link berkaitan BONGKAR 403

Harakah Daily
Sedaka Sejahtera
Facebook Page BONGKAR 403
Kedahlanie.info
MyKedah2u
Warga Marhaen
Blog MP Firdaus Jaafar

Untuk info semasa buleh dapatkan kat fanpage facebook, ataupun google search BONGKAR 403

Read more

(Hebahan) Jawatan Kosong Pejabat Zakat Kedah

JAWATAN KOSONG JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

CALON-CALON HENDAKLAH :
Warganegara Malaysia
Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
Mahir menggunakan komputer; dan
Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya setahun.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN MENGIKUT JAWATAN

1.PENOLONG PEGAWAI ZAKAT – GRED S27
Jumlah kekosongan : 3
Lelaki
Diploma dalam bidang Pengajian Islam, Pentadbiran Perniagaan, Sains Sosial atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi secara praktikal sebelum ditemuduga.

2.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F29
Jumlah kekosongan : 1
Lelaki
Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi secara praktikal sebelum ditemuduga.

3.PENOLONG PEGAWAI KORPORAT- GRED S27
Jumlah kekosongan : 1
Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf atau diploma di dalam bidang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan.
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi secara praktikal sebelum ditemuduga.

4.PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17
Jumlah kekosongan : 2
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Tidak kurang 20 tahun

STATUS JAWATAN
Tetap

TARIKH TUTUP
18 OKTOBER 2012

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan (hendaklah disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar berukuran passport kepada :

DATO’ SETIAUSAHA
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR, KEDAH
(U/P: Bahagian Sumber Manusia)

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon dibahagian atas kiri sampul surat.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.
PENTING
Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak
Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Tel : 04-7331740 Faks : 04-7316280
Email : info@zakatkedah.com
Web : www.zakatkedah.com

sumber

Untuk hebahan umum, sila sebarkan untuk kemudahan orang ramai :)
Sila call no di atas untuk maklumat lanjut



Read more

Comments