Tak perlu sebab untuk melakukan kebaikkan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Tak perlu sebab untuk buat kebaikkan, tapi banyak pula alasan untuk tidak lakukannya”. Itulah kalam seorang sahabat yang aku telan untuk turut sama menyebarkan kecintaan dan kasih sayang kepada insan-insan lain.

Lupakan dulu soal riak, takabbur, publisiti murahan, soal politik, soal kangkung dan sebagainya. Lontarkan soalan kepada diri sendiri dahulu, “Hari ini berapa banyak kebaikkan yang aku dah buat?”

Kenapa perlu terus berpeluk tubuh dan harapkan orang lain sahaja yang untuk lakukan kebaikkan? Lebih misteri, kenapa terus memberi alasan?

Kebaikkan tidak hanya terpahat di dada-dada akhbar yang dihiasi beberapa kepingan replika cek gergasi, majlis-majlis makan malam amal yang gah sahaja. Kebaikkan yang paling sukar kita sedari adalah kebaikkan yang paling senang dan mudah untuk dizahirkan.

Kulit tangan kita mungkin tidak sama warna, kaki ini mungkin tidak setangkas mereka yang lain. Tetapi siapa sangka kaki dan tangan ini mampu menyumbang dan menceriakan wajah-wajah gusar di jalanan?

Anak muda tak sepatutnya perlu ada rasa boring ataupun bosan. Baik di hari minggu atau hari raya. Sebab terlalu banyak perkara dan aktiviti yang sihat dan membina untuk kita lakukan. Tak perlu pun belanja beribu beriban untuk enjoy.

Ini bukan alasan kenapa blog ini kelihatan terbengkalai lebih dari sebulan. Bukan juga sedang kumpul bahan. Tapi orang kampung sebut “throwback”, kalau salah tolong jolokkan. Silalah hadap rangkuman aktiviti yang lepas-lepas.

(Amaran, sila bookmark dengan senang hati, banyak link menanti untuk anda klik di bawah)

Projek Gelandangan



Projek ini memang boleh dikatakan agak rutin. Dua minggu sekali, kadang-kadang ikut suka seminggu 3-4 kali. Fokusnya adalah untuk memberi bantuan berupa makanan, ubat nyamuk dan lain lain kepada golongan yang kurang bernasib baik di kaki lima jalan.

Anjuran Kindness Utara. Projek ini berlangsung di merata Malaysia. Sambutan yang amat menggalakkan. Media coverage juga boleh tahan. Dapatkan update untuk turut serta sebagai sukarelawan Kindness.my di page Facebook.

Bagus program ini. Bring me down to earth. Klik gambar untuk tengok album di FB. Salah satu gambar memperlihatkan anak-anak kecil terpaksa tidur dengan kesejukan yang cuma berteduhkan pondok/wakaf. Memang terharu sangat, habuk masuk mata.

Cuci-cuci Masjid



Program ini anjuran bersama Kindness Utara dan Skuad Cuci Masjid. Cuci masjid a.k.a cuci hati juga. Memang berbaloi penat lelah walaupun tanpa apa-apa balasan. Banyak masjid-masjid di kawasan kampung yang amat dhoif. Dhoif fizikal dan roh pengurusannnya juga. Akan ada satu tulisan khusus tentang hal ini nanti.

Klik gambar untuk ke album di FB.

Projek Sarapan Pagi



Program ini berlangsung pada 1 Januari 2014. Bertujuan untuk mengedarkan sarapan pagi (nasi lemak & air) demi menyebarkan kebaikkan dan kasih dengan cara yang cukup mudah. Tak wujud sebarang diskriminasi kepada penerima sumbangan.

Kaya miskin, susah senang, lelaki perempuan, kerja gomen kerja, mana-mana bangsa, pekerja asing pun dapat sarapan pagi percuma pada pagi itu.

Klik gambar untuk ke album di FB.

Projek Kembali ke Sekolah & Projek Spectacles



Anjuran Kindness Utara dan Kedah Convert Muslim Association (KECMA). Program ini bertujuan meringankan beban saudara baru yang kurang bernasib baik. Wang sumbangan orang ramai diagihkan kepada 12 orang pelajar untuk melengkapkan persediaan mereka untuk ke sekolah.

Projek Spectacles bertujuan menaja pelajar-pelajar yang perlukan kaca mata untuk memudahkan pembelajaran. Penerima sumbangan juga dari kalangan anak-anak saudara baru di KECMA.

Klik gambar untuk ke album di FB.

Projek Baginda




Projek ini yang paling meriah antara semua. Melibatkan hampir 30 orang sukarelawan. Bertempat di Tesco Mergong, Alor Setar, kami mengedarkan cup cakes, marshmallow, buku-buku, permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi untuk orang ramai.


Tujuannya utama adalah untuk berkongsi cinta kepada Rasul junjungan dengan semua. Tanpa mengira agama dan bangsa. Projek ini mendapat liputan TV9 dan beberapa akhbar. Projek ini juga berlangsung serentak seluruh Malaysia bagi meraikan Maulid Nabi Muhammad SAW.

Seronok melihat respons orang ramai yang pening-pening lalat dengan cara kami meraikan cinta nabi. Golongan bukan Muslim juga tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan program ini. Bagaikan satu keluarga! Klik gambar untuk ke album di FB.

Projek Buku



Program ini adalah kerjasama antara Kindness dan Buku Jalanan Kedah. Aktiviti yang dijalankan adalah mengedarkan buku mewarna dan cupcakes kepada pesakit cilik, aktiviti mewarna bersama mereka, mengedarkan buku panduan solat untuk pesakit dewasa disamping mengadakan demo tayamum dan solat kepada mereka.



Turut serta, aktiviti baca buku percuma, pakaian percuma kepada pesakit dan pelawat. Klik gambar untuk ke album di FB.

Cuci-cuci Berselawat



Program ini adalah antara yang paling istimewa. Tak mampu untuk diluahkan dengan singkat. Terlalu luas cakupan dan rekahan yang perlu diulas. Program ini bersempena Kedah Berselawat yang dianjurkan di Stadium Darul Aman Kedah. Kehadiran dikata melebihi 30 ribu orang.

Sayangnya Mahabbah Rasul itu tak mampu memberikan kesan kepada majoriti yang hadir pada malam itu. Belum ada gambar dapat disiarkan kerana terlalu kontroversi. Tulisan selanjutnya akan mendedahkan tentang program ini.

Projek RM2



Projek yang baru sahaja selesai. Tujuannya mudah, iaitu bagi meringankan beban penunggang motorsikal, RM2 diedarkan percuma dibeberapa stesen minyak di sekitar Alor Setar. Respons amat menggalakkan walaupun sudah lewat malam. Klik gambar untuk ke album di FB.

Links

https://www.facebook.com/Kindness.my

https://www.facebook.com/SkuadCuciMasjid

tags: sukarelawan sumbangan alor setar kindness.my cuci masjid kerja amal volunteer anak muda hapiness love spread kedah berselawat donation drive project charity hospitals corporate social responsibility muslim help derma bantuan sedekah gift donor goodies youth youngster

16 comments:

  1. waaaa... program anjuran ko ke ni bro? terbaiklah.

    -carlos santiago
    bankami.net

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik carlos awat hg tukaq nama pulak ni

      Delete
    2. Tu lah aku pun tergezut tetiba ada putera duyong dlm circle google plus aku... tengok2 laa si carlos rupanya hahah...

      Delete
  2. Bhai Taufik...

    Pergh... patut la bersawang dah blog nih.... Hahaha... tahniah... beriboo-riboo tania.... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn risau tuan. Tak sempat bersawang lg hahaha tania tania bn

      Delete
  3. mana boleh dapat sticker Lailahaillah dekat cermin kereta tu?

    Memang tidak dinafikan masyarakat kita agak berkira untuk melakukan kebaikkan. Kerja kebajikkan dan amal jariah itu kan saham yang akan kita bawa untuk akhirat nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak pasti pulak. Keta tu bkn keta saya

      Delete
  4. hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik tuan dan aktivis2 yang lain.

    ReplyDelete
  5. kindness is coolness bero :-)

    respek respek respek..
    moga ramai lagi sudi volunteer untuk kindness termasuk aku aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. join ja bro
      tak kena bayaq tak kena isi borang bagai hehe

      Delete
  6. Tahniah tofik... semoga projek hg ni menjadi makin gempak dan mendapat liputan dan sokongan yg lebih meluas seluas2 lautan yg terbentang... hehe ^^

    Kalau aku nak buat sumbangan utk mana2 projek ni kan, contohnya projek buku dan projek kembali ke sekolah n spectacles tu kan, kat mana aku boleh salurkan sumbangan? Ada no acc.bank bendahari untuk projek2 ni tak? Boleh aku promote entry ni kat blog page aku? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. plain hg ada fb dak? kalau ada senang aku buleh add dalam group
      ada acc bank bendahari, tapi nak lagi best kita buleh jumpa & buat projek2 ni sama2

      Delete
    2. alamak aku mmg takde fb, n mmg aku cukup liat nk buat acc fb huahuaa...
      kalo nak join in person ni aku mcm tak brapa nak free la buat masa skang utk turun kedah, eheheh, weh... aku boh link page ni kat blog aku na tofik, nnt hang bgtau kat aku no.acc bendahari na ^^

      Delete
  7. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  8. nice to meet you all guys ..please visit me back..

    ReplyDelete

Comments