4 Cara Mudah Menangkis Kassim Ahmad


Ini bukan kali  pertama nama Kassim Ahmad menerjah. Sekadar dengar, aku pikir beliau menyepi terus. Tetapi kali ini dia datang dengan sosok Dr. M di belakangnya. Membawa siulan-siulan yang teramat aneh kedengaran.

Ternyata buku tulisan beliau bukanlah antara judul yang bertaman di hati aku. Seingat aku entah berapa muka surat sahaja yang aku telah aku hadam. Entah lain benar kompas penulisannya, menimbulkan rasa tidak setuju dari benak aku.

Aku setuju untuk tidak bersetuju. Tetapi berat hati ini menyetujui agar beliau terus diberi hak menyampaikan dan apatah lagi menyebarkan ruas-ruas pemikirannya.

Kali ini juga goncangan Kassim Ahmad tampak lebih jelas. Beliau menyakat golongan ilmuan dan agamawan agar turun ke gelanggangnya. Katanya tidak kurang dari "Mari turun kalau berani!".

Maka aku usulkan panduan 4 Cara Mudah Menangkis Kassim Ahmad yang seorang ini.

 4 Cara Mudah Menangkis Kassim Ahmad 


Adapun kelima-lima cara menangkis Kassim Ahmad ini hanya menggunakan tangan. Tangan sebagai medium untuk mempamerkan ke-intelektual-an diri.

1. Pusaran Kritikal
Digunakan sebagai pengisian semasa mencari perkataan-perkataan yang sesuai
(saintifik)untuk menerangkan sesuatu idea.




2. Pukulan Kilas
Digunakan sebagai tanda mengukuhkan idea apabila lawan nampaknya tidak responsif.





3. Dialektik
Digunakan apabila menyatakan peralihan pandangan (shift).






4. Lenturan Otot Akademik
Digunakan apabila mengambil idea di luar konteks asal dan meletakkannya di tempat lain.





Sila amalkan kesemua cara yang diberikan untuk mendapat kesan yang amat menyakinkan. Pastikan juga anda berlatih menyendiri dahulu sebelum menggunakannya di khalayak ramai.

Paku Buah Keras


Ironi bukan? Nampak macam boleh selesaikan masalah. Tapi tak selesai, bahkan membantu memperlihatkan lagi kejelekan diri pula. Niat bagus tidak semestinya selari dengan cara.

Begitulah 4 respons dari pelbagai lapisan masyarakat terhadap isu Kassim Ahmad ini. Kecam, Hina, Tangkap & Kurung adalah paku buah keras yang menjadi ramuan masyarakat dalam menghadapi perselisihan faham.

Kassim Ahmad sememangnya patut dan layak dikritik. Tapi untuk menghadiahkan 4 paku buah keras di atas itu adalah suatu yang amat malang yang bertingkat-tingkat.

Malangnya adalah kepada mereka-mereka yang menggunakan 4 paku buah keras sebagai tonggak dalam menghadapi Kassim Ahmad. Maka dari sinilah yang sebenarnya akan mencorakkan perpecahan di kalangan masyarakat.

Secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk menjadi lebih tegang apabila berhadap dengan isu-isu yang aneh sebegini.

Aku meletakkan seratus peratus persetujuan kepada kenyataan Ustaz Emran Ahmad "Lebih afdhal bagi para agamawan saat ini ialah untuk menghampirinya lalu menasihatinya secara sulit, jauh dari kamera, jauh dari popular dan jauh dari kaca mata manusia".

"Kalau mahu berdebat dengan alasan penting untuk mendedahkan kepada umum tentang kesesatan fahaman anti-hadith ini maka lebih baik dibuat dialog dan forum atau diskusi soal-jawab terbuka yang dikendalikan oleh agamawan yang mahir. Mungkin Datuk Dr Asri adalah orang yang sesuai dan lain-lain tokoh".

"Hujah yang bertubi-tubi dengan dalil, tidak berkesan buat golongan ini yang cara berfikirnya berbeza".

"Golongan seperti Kassim Ahmad terhasil dalam masyarakat akibat kelemahan institusi agama dan dakwah serta cara fikir agamawan yang suatu ketika dahulu amat kolot, jumud dan tertutup. Membaca buku-buku beliau akan menyebabkan kita memahami bahawa beliau bukan watak jahat atau pembelit yang sengaja mencari pasal tetapi seorang yang tersesat dalam mencari jalan kebenaran".

Aku bersetuju untuk tidak setuju. Sekadar pendapat yang boleh persetujui dan tidak dipersetujui. Mari berhikmah dengan khilaf, ini bukan sekadar gelanggang ilmu, tetapi juga gelanggang akhlak.

******

Emran Ahmad. Dua Nama Sesuai Debat Dengan Kassim Ahmad. Sinar Harian. Diambil pada Februari 20, 2014, dari http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/dua-nama-sesuai-debat-dengan-kassim-ahmad-1.252436

Jasmine Johnson & Alice May Williams. A Glossary of Gestures for Critical Discussion. Diambil pada Februari 20, 2014, dari http://criticalhandgestures.tumblr.com/

tags: kassim ahmad mahathir mohamad anti hadis darul hadis sinar harian pro hadis ahli sunnah wal jamaah dr asri debat fahaman agamawan ilmuan intelektual diskusi yayasan perdana

13 comments:

  1. saudara taufik, mohon pandangan anda mengenai benz ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. benz ali adalah seorang manusia, dia bukan malaikat, apatah lagi tuhan. dan tak perlu kita buat kerja tuhan, aku nak tulis gak pasal dia ni, takut aku bias ja haha

      Delete
    2. memang dia bukan malaikat, dia lagi mulia dari malaikat, dia bukan Tuhan tapi dia datang dari Tuhan...so? Kau datang dari mana? kat situ aje aku dah tau kau ni siapa...ha ha! memang kau akan bias pun sebab kau pilih untuk bias...bukan masalah pilihan kau tapi masalah hati dah buta nak buat camana? Tak ada respek dengan orang tua...Kassim Ahmad lagi tua dari kau kalau tak setuju at least hormatlah orang tua!

      Delete
  2. setiap manusia ada misi pencariannya sendiri. individu, masing-masing mencari dalam arah dan halatuju yang berbeza, namun pada akhirnya semua menjurus ke arah satu titik yang sama.

    hidup ini banyak jalan, namun untuk menggesa atau membuktikan bahawa jalan si polan atau si polan ini yang betul lalu memaksa orang lain mengikutinya adalah kurang wajar. begitu juga dalam hal menafikan hak individu lain pada jalannya juga adalah melanggar hak asasi manusia.

    kuci utama; respek dalam meraikan perbezaan. ingat, hidup ini banyak jalan dan jangan ada paksaan dalam mengikuti jalan-jalan itu. adalah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri untuk menanggung segala risiko yang ditempuhinya pada jalan yang dia ambil. dan yang paling penting, jangan sesatkan orang lain dengan jalan-jalan yang kita sendiri tidak pasti.


    *mengapa harus memusuhi perkara-perkara yang tak/belum diketahui?

    ReplyDelete
  3. Salam utk semua,

    Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.

    Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama (tdk ramai ulama yg benar2 mengkaji Al-Quran, mereka hanya baca tafsir2 yg terdahulu maka sbb itu mereka sendiri tdk nampak kehebatan dan kekuatan Al-Quran)? Para ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran sbb mereka baca Al-Quran seperti burung kakak tua, mereka tdk menggunakan akal fikiran mereka! Mereka tdk mengkajinya dgn mendalam dan bersungguh2.

    Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri) (50:45) sbb Al-Quran adalah bukti yang paling jelas akan kewujudan, keesaan, dan keperkasaan Allah SWT.

    Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Adakah orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Adakah org2 yg memperjuangkan Al-Quran itu sesat atau para ulama yg tdk faham kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam".

      Delete
    2. @Allen ... Saya sependapat dengan anda ... saya hanya berpegang kepada quran semata tanpa hadith (quran alone) ... dan saya beriman kepada angka 19 sebagai mukjizat quran (AQ74: 30-37)

      Delete
  4. Bilal ra mnyebut.."AHAD AHAD AHAD.."

    AHAD as the wholeness is ONE.. n we are ALL "ONE" from Adam as..

    You me n everyONE are actually thats "WHOLENESS" of being ONE..

    GOD or the "WHOLENESS" is ONE....n only GOD's WILL done!

    No you..nor me could ever change GOD's WILL..as ONE n only GOD's WILL done!!

    Ayoh sama2 mncari...
    Carilah sbnr2 kbnran..demi kbnaran..demi kbnaran..demi sbnr2 KBNARAN yg mutlak hakiki dan AZALI!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi orang yang lagi gila dari aku rupanya!

      Delete
  5. listening permit, come visit here, greetings introductions friends, do not forget to visit friends behind it, perhaps this video can be useful for a sister, niece or may posterity. apologize for not deign

    ReplyDelete
  6. aku dari dulu mencabar Dr Asri turun...sampai sekarang dia tak berani...siapa dia nak lawan kami anti hadith nih? Berpuluh email aku layang...haram dia tak menyahut,...takut kot? Paling kuat buat repot polis aje laa...suruh polis menyalak kat aku jangan kacau dia...Dr Asri? Yang kau orang panggil Wahabi tuh? Kassim Ahmad? Dia dah tua,..jangan kacau dia...ni haaa depan mata kau, marilah! owhh...mungkin nama aku tak sebaris Benz Ali, siapa peduli? Owwhh masa belum sampai...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. EPIC comment bro. Hg tujukan kat Dr. Asri ka?

      Delete
  7. ADMIN. SAYA TELAH TUKAR BLOG LINK SAYA. MOHON UPDATE DALAM BLOGLIST TUAN.

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete

Comments