HARAM Jatuhkan Kerajaan UMNO dan BN yang Islamik?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri Berapi-api

Baru-baru ini ramai yang bertempiaran terguling-guling keesakkan oleh kerana statement seorang Ahli Majlis Fatwa terulung dari tanah Arab.


Aku amat menyokong kata-kata beliau. Statement ini adalah amat universal dan boleh diterima pakai oleh sekalian umat Islam.

Tetapi, jangan kamu melenting kerana prosa di atas di sahut-sahut gemalai oleh ahli UMNO. Kerana UMNO dan BN itu bukanlah satu kerajaan.

UMNO dan BN itu tiada bezanya dengan PR dan PAS, PKR mahupun DAP. Mereka hanyalah PARTI. Kerajaan yang diiktiraf adalah Kerajaan Negara Malaysia dan bukanlah Kerajaan UMNO mahupun BN.

Oleh itu tidak menjadi isu untuk menentang/menjatuhkan UMNO, mahupun PAS (!??). Kerana mereka bukanlah kerajaan yang sah lagi diiktiraf. Bagi kes UMNO dan BN, mereka hanyalah parti dominan yang memerintah Malaysia. Dominan kerana nisbah keputusan PRU menyebelahi mereka.

Pembawaan politik Malaysia masakini menjurus kepada penukaran parti pemerintah yang dominan menguasai Kerajaan Negara Malaysia. Bukan menjatuhkan kerajaan, tetapi TUKAR parti pemerintah.

Akhir kata, UMNO dan BN bukanlah kerajaan. Begitu juga PR dan PAS (!!?). Hanya Kerajaan Negara Malaysia sahaja yang diiktiraf.

tags: umno bn pas pkr dap mic mca majlis fatwa utusan kerajaan putrajaya rosmah mansor nik aziz kelantan hadi awang azizan razak pknk fgvh parlimen adun negeri kuala lumpur PRU election SPR pilihanraya media cybertrooper parti

8 comments:

  1. kah kah kah (suka gaya MiloSuam)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya banyak Unsur dalam arus politik Malaysia..cuba bayangkan..UMNO yang terang2 bersifat sekular teruk dihantam apatah lagi jika Pas yang memerintah negara ini suatu hari nanti.

    Percayalah..orang2 kafir tak pernah senang dengan kita..aku sejak awal amat membantah PAS bersama DAP.lebih baik Pas bergerak sendirian atau bergabung dengan Umno.

    Tapi aku lebih menyokong Parti2 ini dimansuhkan agar ideologi2 kepartian tu dapat dihapuskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gabung macam mana bro? keras kepala
      PAS dgn gaya dia kononnya lebih Islam dari UMNO
      UMNO ntah ignorant agnostic jenis apa ntah tgk Mahathir saja pon tau dah

      Delete
    2. sebab tu aku cadangkan parti2 ni dimansuhkan bro..selagi ideologi kepartian ni masih menebal..sukar kita bersatu.

      Umno tuduh Pas sesat.. Pas tuduh Umno sesat.. sampai bila?

      Delete
  3. keras kepale? brape kali dh dok brgabung...tapi siapa yg lakukan pngkhianatan...sbb tu UMNO sndiri prnah dharamkan..malah brpecah kpd Semangat 46...jadi smemgnya sjarah UMNO memg brpura2 nak brgabung slps drasakan ilang kuasa...krn mahu mngila kuasa...huhu...bace sjrh bro..baru tau mgapa PAS sndiri mnolak ajakan gabungan tu..

    tiada ksgghan langsung...dh 50 tahun lebih mmerintah...prlembagaan UMNO tetap dulu kini slamanya...dh kate Melayu islam...prjuangan Quran Sunnah la...UMNO bkn MIC atau MCA...

    from : zelan

    ReplyDelete
  4. Kerajaan terdiri daripada kesemua MP di dalam parlimen termasukla MP bebas dan pembangkang. Kalau nak jatuhkan kerajaan, maksudnya diri sendiri pun akan dijatuhkan jugak! Jadi anarki la nanti....takde kerajaan. Negara Koboi.

    Pasal entri utusan kat atas, saya rasa bende sama pun boleh pakai jika melibatkan negeri Kelate. "Hare jatuhke keraja'e seghambi mekoh Kelate". Hmm, dulu pun ada orang cakap begitu - kena jatuhkan sebab kerajaan negeri ada banyak masalah (maksiat di sempadan, penyeludupan, dikir seksi dll).
    Tapi nak tau apa Nik Abduh jawab? "Yalah zaman nabi pun walaupun dalam kerajaan Islam Madinah, maksiat tetap ada." Laa ingatkan maksum

    ReplyDelete

Comments