Soal Jawab - Cabaran untuk penyokong PAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Seperti yang aku jangkakan, beberapa hari lalu, salah satu daripada penulisan api-api aku telah mendapat sambutan dingin segelintir penyokong PAS. Malahan ada yang memalingkan tujahan padu bernada kecaman kepada aku. Hairan? Mungkin mengelupur pedas ulu hati mereka itu. Maaf ya jika terasa.


Namun aku langsung tidak goyah, apatah lagi berundur langkah. Teringin sekali hati ini melabel mereka sebagai HATERS, namun terpaksa aku abaikan suara Syaitan yang cuba menyusun jarum merasuk hati aku itu barangkali.

Di sini aku sertakan satu Q & A ringkas untuk menerangkan secara santai teori yang aku utarakan. Garapan Q & A ini aku dapatkan dari ilham pertanyaan rakan-rakan dari sebuah forum terkemuka Malaysia. Sepertimana tajuk yang agak panas, aku mencabar dengan serendah-rendah cabaran, mampukah anda baca dan fahamkan Q & A ini.

Aku yakin, setiap mata yang membaca barisan kata aku ini pasti akan terkesan. Moga kamu-kamu di luar sana menggunakan bekalan motivasi ini untuk turut sama merubah atmosfera politik tanah air kita ini. Aku percaya, aku tak keseorangan.


Sesi Q & A untuk artikel Politik Kebencian Merugikan PAS:
_________________________________________________________________

Q: Ceramah Umi Hafilda sangat tidak beretika dan tidak beradap semasa berdepan Nurul Izzah

A: Ceramah Umi ini merugikan UMNO.
Sebabnya Umi memburuk-burukkan dan mencaci maki pemimpin pembangkang dengan bahasa yang tak sopan.
Ceramah ini hanyalah untuk sedapkan hati sesama penyokong UMNO.
Pengyokong PAS bukan makin suka kepada UMNO, tetapi mereka makin benci.
Jadi tiada harapan utk orang PAS yang waras untuk join UMNO hanya bersebabkan ceramah ini.
So kesimpulan ceramah ini, PAS 1 UMNO 0.
_________________________________________________________________

Q: Pas penuh dengan caci maki?

A: PAS tak penuh dengan caci maki, masih banyak ruang tarbiah dan dakwah. Saya pasti kamu boleh buktikan.

_________________________________________________________________

Q: Adakah PAS gunakan saluran dakwah untuk caci maki?

A: Sama ada pempimpin atasan/bawah atau penyokong PAS sendiri yang teremosi ketika berdepan askar UMNO.

Mereka tak gunakan sesi berdepan dengan askar UMNO ini untuk berdakwah
Sebaliknya, sahut menyahut caci maki askar UMNO

Dari sudut PAS, PAS akan rugi kerana apabila askar umno dimaki diherdik, mereka akan segera jauhkan diri dari penyokong PAS serta perjuangannya. Begitulah juga sebaliknya.
Jika PAS menunaikan tanggungjawab mendidik & mendakwah, possibility untuk penyokong UMNO insaf lebih tinggi?
Dakwah bukan hanya dengan mulut, dengan akhlak, perilaku sopan, berlembut hati dan lain-lain lagi.
Bukankah ada Nik Aziz cernakan di dalam ceramah?
_________________________________________________________________

Q: Aku ni tak penah maki orang, kenapa pulak disabitkan aku sekali?

A: Alhadulillah, aku berbangga ada saudara macam kamu. Teruskan berdakwah kepada rakan yang lain.

_________________________________________________________________

Q: Ceramah PAS tak ada/tak banyak maki, kenapa tuduh kami banyak maki? UMNO lagi banyak maki

A: UMNO di ambang kegagalan. Kenapa perlu PAS ikut rentak UMNO?

Apa beznya jika UMNO PAS caci maki dua kali lima?
PAS nak ikut sama UMNO gagal? Apakah nanti dah gagal baru mahukan perubahan?
Memang seronok bermaki-makian ini, sebab Iblis berikan gula-gula.
Kerana itulah terasa ringan mulut untuk bercaci maki.
_________________________________________________________________

Q: PAS buat apapun semua serba tak kena. Ada saja yang akan dikritik.

A: Nak tunggu gagal baru nak kritik?

Perlukah tunggu penyakit UMNO berjangkit baru nak bertempiaran mencegah?
Tak semua kritikan diberi disebabkan kesalahan, tapi untuk improve kepada sesuatu yang lebih baik.
Supaya Islam itu dapat ditegakkan. Supaya generasi masa depan tak menjadikan caci maki makan ruji mereka. Supaya generasi esok lebih matang mengharungi syurga neraka dunia.
_________________________________________________________________

Q: Kamu ini mesti penyokong tegar UMNO.

A: Sekiranya aku adalah penyokong UMNO, maknanya aku sedang membunuh parti sendiri.

Kenapa aku bersusah-payah mengajak kamu agar lebih beradap & hentikan caci cerca?
Supaya kita dapat sama-sama berdakwah & mendidik saudara mara kita walau apapun parti mereka.
Supaya depa kembali ke pangkal jalan, insaf dan berjihad ke jalan Allah.
UMNO itu mungkin sedang gagal tapi bukan penyokongnya. Ikhwan muslimin tingkatkan jati diri muslim, adab, akhlaq, iman taqwa utk apa?
Tiada lain selain untuk sama-sama mendidik orang lain ke jalan Allah.
_________________________________________________________________

Q: Aku sangat benci kepada UMNO, Aku takkan biarkan UMNO memerinta negara ini.

A: Stop bercaci maki. Pamerkan perilaku kamu yang terbaik kepada mereka.

Didik mereka dengan akhlak, dengan keprihatinan, dengan tasbih zikir, serta doa.
Berdakwahlah dengan hikmah bukan nafsu.
Kalau kamu bercaci maki maka kamu rugi, mereka akan perangi kamu, mereka akan benci kamu dan mereka akan jauhi kamu.
Mereka tu saudara se-Islam kamu. Ikhwan kamu. Mahukah kamu biarkan mereka terus terumbang ambing oleh ombak serakah dunia?
_________________________________________________________________

Q: Tapi ramai lagi orang lain sedang bercaci maki, tidak sopan, tidak beradap. Namun juga orang menyertai PAS?

A: Kalau kamu hentikan caci maki, aku berani jamin lebih ramai akan masuk PAS.

Adalah lebih penting untuk mereka insaf & kembali ke jalan Allah.
Tengoklah disebalik caci kamu, berapa ribu orang dah masuk PAS.
Kalau kamu stop caci maki ini? Berapa puluh juta jiwa pula yang akan masuk PAS?
_________________________________________________________________

Q: Aku tak tahan, dah terbiasa bercaci maki. Kalau Tak maki UMNO satu hari tak sah.

A: Berehat sebentar dari medan perang untuk tingkatkan amal kamu.

Tingkat iman dan taqwa kamu. Tuntutlah ilmu dari guru-guru kamu, contohi adab mereka, belajar mengenali diri kamu.
Apabila kamu sudah bersedia dengan ilmu, adab, taqwa kamu boleh teruskan perjuangan dakwah dengan gagah sekali.
_________________________________________________________________

Q: Aku ni penyokong biasa saja. Mana mampu aku untuk berdakwah bagai?

A: Itulah gunanya pemimpin kamu.

Mereka inilah yang akan bentuk kamu mengikut acuan Islam.
Mereka ini akan lengkapkan kamu dengan akhlak untuk kamu contohi dari mereka.
Kamu akan beroleh ilmu mereka untuk meneruskan perjuangan Islam ini.
Jika masih tak mampu dakwah, jangan sekali-kali kamu caci lawan kamu.
Jangan merugikan perjuangan rakan-rakan sehaluan kamu yang lain.
Mereka bersusah payah berdakwah dengan hikmah tapi kamu khianati mereka.
Banyakkan berdoa untuk saudara-saudara kamu dan bantulah perjuangan Islam sedaya upaya.
_________________________________________________________________

A: Aku dah lama berdakwah berkali-kali tapi masih belum mampu merubah mereka ini.

Q: Bersabarlah, Allah sentiasa bersama kamu.

Jangalah kamu berputus asa. Berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan.
Berdoa juga kepada saudara mara kamu yang tidak sehaluan moga mereka kembali ke pangkal jalan.
Kamu diberi akal, gunakan dengan hikmah, bukan dengan nafsu serakah
Malaysia masih belum darurat, dakwah kamu lebih berkesan dari berperang
_________________________________________________________________

Aku akui Q & A tidaklah lengkap lagi sempurna, tapi bagaimana dengan anda? Saya percaya anda tiada masalah untuk sahut cabaran ini. Mulakan dengan menyebarkannya!



14 comments:

  1. Terima kaseh krn sudi menulis

    ReplyDelete
  2. aku sokong
    tapi isu ini takkan dapat masuk masuk media mainstream PAS
    terlalu pedih kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga
      aku dah cuba sebaik mungkin utk sebarkan

      Delete
  3. aku kena baca dengan teliti jika hendak mengulas isu ini

    ReplyDelete
  4. Kau ni mesti pernah baca siri Mason-mason Melayu di Misticfiles? Im correct?

    ReplyDelete
    Replies
    1. siri mason mason melayu? best ka?
      mistifiles tu penah baca dulu
      tak ingat dah tajuk apa

      Delete
    2. Aku ingat kau pernah baca siri2 tu coz aku tengok gaya entry kau macam terpengaruh dengan siri2 tu.

      Aku cadangkan elok kau baca siri2 mason-mason melayu di misticfiles..terbaik bro kandungan dia..sebagai menambah lagi ilmu kita.

      Delete
    3. terima kasih tuan! aku akan baca right away!
      pelan2 kayuh. seriusly aku amat terharu bila ada org sambut baik perjuangan ni
      utk pengetahuan tuan, aku juga bercadang utk sampaikan benda ni secara offline
      doakan ya

      Delete
    4. Pelan2 tak apa bro,aku suka dengan gaya pemikiran kau..tuangkan Hasil karangan huruf2 dari keybord mu demi kebaikkan kita bersama.

      Kita kekurangan pemikir2 yang gaya pemikirannya "out from the box"..

      Lanjoetkan bro!

      P/S - jangan lupa baca siri2 tu,aku jamin kau tak akan kecewa ^_^

      Delete
  5. Ini satu lagi posting yang bagus. Bravo saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejujurnya, aku jarang terima pujian. biasa la dah mulut pedas sapa nak puji kan?
      tq ya

      Delete
  6. Orang akan berjuang biasanya di atas jalan of the least resistance... kalau susah, tak nak buat. Sebab tu yang dipilihnya ialah caci mencaci. Senang. Sesiapa pun boleh buat.

    Bayangkan kalau ikut Nabi? Uish... Susah... First, peradaban... Second, cara fikir... Third, cara hidup...

    Fuh, susah nak buat semua tu..

    Cara senang?

    Caci parti *tut* yang memang terbukti ada masalah dalaman yang serius dan hanya menunggu saat sayonara kalau tak ubah-ubah cara berpolitik dan menguruskan negara.

    ReplyDelete

Comments