Tahukah anda? 5 Sebab HARAM Solat Tarawih di Masjid

Sempena menjelang Ramadhan ini, aku ingin membongkarkan satu rahsia yang amat sulit kepada semua rakan saudara muslimin dan muslimat yang aku kasihi.

Semoga kita beroleh manfaat daripada pembongkaran ini InsyaAllah.


5 Sebab HARAM Solat Tarawih di Masjid:

1. HARAM kamu bersolat Tarawih di masjid, sekiranya kamu tahu pemergian kamu ke masjid itu akan menyuburkan gejala maksiat, zina dan sumbang mahram di dalam rumah kamu sendiri. Maka bersolatlah di rumah bersama seluruh isinya untuk mencegah berlakunya perkara tersebut.

2. HARAM kamu bersolat Tarawih di masjid, sekiranya kamu tahu pemergian kamu ke masjid itu akan menyebabkan anak, isteri serta ahli keluarga kamu yang lain dibunuh. Maka bersolatlah di rumah bersama-sama mereka untuk memastikan keselamatan mereka.

3. HARAM kamu bersolat Tarawih di masjid, sekiranya kamu tahu pemergian kamu ke masjid itu akan menyebabkan anak, isteri dan saudara kamu murtad di rumah. Perlu kamu cegah dengan bersolat di rumah.

4. HARAM kamu bersolat Tarawih di masjid, sekiranya kamu tahu pemergian kamu ke masjid itu akan mendatangkan kecelakaan dan kemudharatan kekal kepada diri kamu sendiri. Maka memadailah kamu bersolat Tarawih berjemaah di rumah.

5. HARAM kamu bersolat Tarawih di masjid, sekiranya kamu tahu pemergian kamu ke masjid itu akan mengundang musibah, kecelakaan, bencana dan malapetaka kepada semua jemaah masjid yang akan kamu bertandang. Demi menjaga kemaslahatan mereka, memadailah kamu bersolat Tarawih berjemaah di rumah.

Sekiranya anda tahu segalanya?

Kalau salah sila betulkan.
Kalau suka sila LIKE!

25 comments:

  1. Hahahaha memerlukan kefahaman yang tinggi untuk memahami makna tersirat entry kau ni bro.

    Kalau nubie baca tobat cakap kata ko sesat hihihih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha setakat ni belom ada yang melenting
      maklum la blog terpencil mana org masuk

      Delete
    2. Hahahaha dalam duk kata tengok dah ada orang start mempertikaikan ENTRY ko ni bro. ^_^

      Hahahaha jangan cakap tak ada org masuk blog kau bro..kebanyakkan silent rider je tu..hihih

      Delete
    3. lain macam ja hang ni
      dah la link hg pakai sama dgn bro tu
      jgn sampai aku suruh prince of noob bongkarkan identitimu

      Delete
    4. hoi zack pon ada sini hahaha

      Delete
    5. Dia pakai link sama dengan aku ke?sumpah bukan aku bro..Masa dekat blog otak buasir tu pun ada org Klon nick aku and gunakan Link yg sama aku pakai.

      Benda mudah je bro..link blog kau ni pun aku leh pakai kalau nak komen.

      Delete
    6. keh keh keh bule la aku tumpang glemer pakai nick ko ni nanti

      Delete
    7. Newbie baca pun tak sesat la. Lu yang bodoh.

      Delete
  2. pada pendapat saya, bagus yang telah berkeluarga haruslah digalakkan berjemaah di rumah sahaja kerana ini akan mengurangkan jammed.mohon kerajaan akan meneliti hal tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lupa juda ada yang bawak anak kecil ke masjid sampai mengganggu jemaah lain

      Delete
  3. Salam Bro, tolong sertakan sekali Ayat Al-Quran atau hadis yang menyokong apa yang telah saudara paparkan di atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam abang otai
      maaf la kalau sy ni bercakap macam org jahil
      penulisan ini berdasarkan maslahah dan darurah islami
      kira tuan ada dalil menidakkannya, sy amat berbesar hati jika tuan sudi lampirkan bersama

      Delete
  4. Astaghfirullahalazim... apakah permainanan kamu ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam tuan, sy amat berbesar hati tuan dapat meluangkan masa membaca blog ini

      Delete
  5. Berhati-hatilah saudaraku..

    Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

    “ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sorang lagi dah timbul
      sama ada tak reti bace @ bute hati haha
      pastu terus ko nk kondem org lain yek
      ni sarkasm la

      Delete
    2. isk3 anon sorang ni
      jgn la hentam kawan tu
      cakap baik2 bkn takleh

      Delete
    3. Cuba periksa balik terjemahan tu. Jangan sampai terpesong.

      Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
      (At-Taubah 9:65)

      Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
      (At-Taubah 9:66)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. kena beri contoh2 dan nas2 berkaitan atau link supaya tidak disalah-ertikan. Juga kena tulis nama penulis yg menulis supaya senang dirujuk.

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan Lan Puncak.rujukan Apapun satu entri yang memprovokasi persepsi minda masyarakat terhadap solat Tarawih. Jom semaikan surau atau masjid berdekatan dengan solat Tarawih sepanjang Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  9. setuju dgn Lan Puncak. sertakan sekali link yang kamu ambil dari mana sumbernya/ dan kamu(TAUFIK) ada komen kan pasal budak2. well i don't think ia akan menganggu, masa kecikla nak didik diorang pergi ke masjid, didik diorang mendengar alunan ayat2 al-quran. if diorang bising, as ibu bapa lah nasihat anak2 supaya hormat org tua2 yg tgh solat. MASJID/SURAU bukanlah tempat utk org tua2 sahaja yup. sebagai anak mudalah kita lagi perlu berkunjung ke surau masjid mengimarahkan masjid. Masjids should be LOVED by all-young,old, female, male, teens, disabled, rich, poor and particularly the next generation that will use it-KIDS! tak rasa sejuk ke hati bila tgk kecik2 muda2 lagi dah pandai g masjid surau berpakaian telekung. bukan menjadi kutu jalanan di malam2 hari. cuba jadikan kisah cnth anak wardina safffiyah. eventhough anak dia kecik lagi, tapi subhanaAllah, sy tertarik sbb keazaman dia utk solat jemaah di surau itu tinggi, dan ini apa yang wardina pernah share di halaman twitternya "Revising Amna's hafalan surah Sajadah. Amna says "but I want to know the meaning not hafal only".

    ReplyDelete
  10. Aduhyai, teringat pasal budak-budak taman yg saya duduk. mereka anggap semayang terawih ni macam permainan pulak. Main mercun, main gasing, main tutup botol, kejar-kejar...nasib baik dia tak bantai Winning Eleven kat situ.

    Saya rasa ibu-ibu budak2 tersebut lagi elok solat di rumah jaga anak mereka, kerana dengan kehadiran anak-anak tak reti bahasa ini mengganggu para jemaah bersolat. Kalau betul-betul mengganggu sampai jemaah takbleh solat, buleh masuk salah satu sebab haram solat terawih di mesjid.

    Solat kat rumah sudahlah

    ReplyDelete
  11. jadi apa yg mampu tuan blogger cdgkan untuk mengimarahkan surau dan masjid? yg bnyk saye jumpa makin kurang org dtg atas alasan bersolat dirumah?

    ReplyDelete

Comments