Buku Jalanan Jitra 2.0 (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Selamat sudah satu lagi versi Buku Jalanan Jitra dianjurkan pada petang tadi. Segala puji bagi Allah, kerana mencurahkan kudrat kepada kami sekumpulan untuk menjayakan aktiviti ini buat kali yang keduanya.


Dari pemerhatian kami, sambutan hari ini lebih baik berbanding dari versi anjuran pertama, Buku Jalanan Jitra v1.0. Alhamdulillah sekali lagi, kerana kami mendapat pengunjung yang sudah sampai awal dari kami sendiri. Ini menunjukkan minat terhadap aktiviti sosial sebegini makin mendapat tempat di mata masyarakat berlokalitikan Jitra dan Kedah.

Jutaan terima kasih dihamparkan kepada setiap pengunjung dan rakan taulan yang memeriahkan anjuran kali ini. Walaupun disirami cahaya terik sang mentari, tidak berganjak walau seinci peminat-peminat buku ini.

Personally aku pohon maaf sebab tak sempat nak war-warkan (perang-perangi?) penganjuran buat yang kali ke-dua ini kerana kesibukan duniawi yang melanda diri. Aku cuma sempat post kat fb & tweet sekali sahaja untuk promote event ini.

InsyaAllah untuk anjuran masa hadapan aku akan pastikan upacara pengumuman ini akan berlaku dengan efficient sekali.

Event seterusnya akan berlangsung pada 13 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Sabtu 27 Zul Qaedah 1433 Hijiah.

Untuk maklumat lanjut serta info yang tuntas, sila lawati:

FB Fanpage Buku Jalanan Jitra
Twitter Buku Jalanan Jitra

Sila nikmati galeri gambar di bawah turut sama mencemburui diri selain memanaskan hati untuk bertandang ke event Buku Jalanan seterusnya!


Lawati FB Fanpage Buku Jalanan Jitra untuk menikmati galeri gambar yang lengkap


15 comments:

  1. pergh! menarik!
    rasa nk join gak ah nanti..
    takpa2.. nnt aku pomot..

    usaha yg baguih.. respek ang wey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius memang best & enjoy bro
      hat promote tu yang seronok dengaq hehe

      ni bkn aku sorang ja buat wei
      ramai lg yg tolong

      Delete
    2. ada lg yg lain student uitm arau
      yg hg kenal sorang ja kot
      afif mutollib tu
      next time bule sgt kalau nak join
      nak bawak buku pon buleh sgt2

      kami memang dok cari lg sapa2 nak join
      sebab ingat nak bukak kat aloq staq gak satu hari nanti

      Delete
  2. tahniah bro..semoga berjaya pada masa depan..

    sepenaraya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro
      jemput mai kalau ada di kawasan berdekatan

      Delete
  3. kami anak muda berkongsi minat yang sama,tujuan untuk membudayakan masyarakat.mari bersama kami jika ada yang sudi,kami tidak ada hiraki.yang ada hanya hati yang suci dalam tujuan yang murni.

    ReplyDelete
  4. mohon capture lebih byk gambar awek kat event nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. permohonan anda perlu mendapat persetujuan bapak awek tersebut

      Delete
  5. Nice one! Bilalah Sabah mahu buat acara sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fel buleh buat sendiri kalau mau :)
      tak susah mana pon

      Delete
    2. sabah dh ada,sila like fanpage buku jalanan kota kinabalu

      Delete
  6. kena buat jugak kat KL ni..stok buku minta derma dengan sesapa pun orait jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kl dah ada bro :D
      ni pesbuk depa
      kalau rajen singgah la no

      https://www.facebook.com/bukujalanantiti

      yg tu org lain handle
      tapi konsep sama serupa
      aku cover area utara/kedah saja

      Delete

Comments