Selamat Menyambut Tahun Baru Kristian 2013


Kenapa perlu malu-malu menyebut "Selamat Tahun Baru 2013"? Tak susah pun nak sebut secara sempurna "Selamat Menyambut Tahun Baru Kristian 2013".

Isu ini tak sudah-sudah diperkatakan saban tahun. Tapi sampai ke hari ini ramai yang memberikan alasan itu ini. Patutlah Kristian hari ini dikenali sebagai agama No. 1 dunia, bukannya Islam.

Ramai yang tidak jelas di minda mereka, apa benda yang sebenarnya akan mereka sambut menjelang tengah malam ini.

Cuba semua ucapan Tahun Baru di televisyen, di suratkhabar, di majalah, di jabatan kerajaan, di poster-poster jalanan seluruh negara menyatakan secara penuh "Selamat Tahun Baru Kristian 2013". Pasti lebih meriah sambutannya bukan?

Anehnya komposisi rakyat Malaysia ini majoritinya Muslim tapi mereka lebih selesa untuk menyambut sambutan Tahun Baru Kristian melebihi penganut agama Kristian itu sendiri.

Secara tak langsung, ini menunjukkan tahap kematangan penduduk Malaysia yang berbilang agama untuk sama-sama merayakan perayaan mereka. Sifat kemajmukan ini lebih terserlah apabila hampir di setiap ceruk negeri diadakan sambutan Tahun Baru Kristian.

Mungkin sebab itu jugalah rakyat Malaysia tidak langsung ambil endah bila penggunaan perkataan Allah untuk digunakan dalam Bible bahasa Melayu oleh penganut Kristian tanah air.

Terdapat segelintir Muslim cuba untuk hijack kemeriahan perayaan Kristian ini dengan mengadakan majlis yang dipengaruhi rentak agama Islam. Supaya mereka dapat memenuhi kehendak insan-insan yang prihatin untuk mengelakkan berlakunya kemaksiatan yang berleluasa.

Merayakan perayaan Kristian dengan cara Islamik? Pelik tapi benar. Tapi itulah cara kita. Mungkin tak ada lagi di mana-mana tempat lagi di dunia, only in Malaysia.

Mungkin nanti perayaan Maal Hijrah, penganut agama Kristian akan bertungkus lumus memeriahkan sambutan Tahun Baru Hijriah sama seperti kemeriahan yang Muslim merayakan sambutan Tahun Baru Kristian mereka.

Bawa bertenang, dan ingat tuhan. Takkan tuhan Yesus pulak kan?






29 comments:

  1. Entri yang paling berilimiah untuk permulaan 2013.Semoga sukses taufiking.

    ReplyDelete
  2. Moga Allah tunjukkan kita jalan yang lurus.
    Jagalah, bukan untuk manusia, tapi untuk Allah ta'ala.

    Saling menjaga, supaya Allah memelihara kita. :)

    Wallahualam ^^

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru Gregorian 2013 tofik.. hihihi~ ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru Pope Gregory XIII yang ke 2013 plain :D

      Delete
    2. lol.. 'gregorian' bunyik smart lg ;p

      Delete
    3. Selamat tahun baru Gregorian 2013 tofik.. hihihi~ ;p

      plain aku kopipes

      Delete
  4. Bhai Taufik...

    Pergh... baek punya sarcasm lu dah bagi nih.... hahaha... yang lagi best... siap buat solat hajat dan baca doa lagi... hahahaha... siap ader ceramah agama Islam lagi untuk sambut tahun baru Kristian.... hahahaha.... mantop... mantop...

    Takper.. ader "ustaz komersial" kata boleh sambut tahun baru kristian nih... janji ader ceramah agama Islam masa nak sambut tue... kalo tambah doa tahun baru lagi bagoosh...

    Karut jer nih... kalu gua cakap lebih karang... mesti ramai penyokong "ustaz komersial" tibai dengan tak guna kapla.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for the link bro. 50 tahun dok sambut New Year, patutpun ramai lagi yang tak paham2 isu kalimah Allah tu.

      Delete
    2. Bhai Taufik...

      Yang paling terbaek... gua dengar siap ader majlis bacaan Yassin lagi.. doa selamat tue dah kira macam stendet... yang best tue... kat area Kemaman/Chukai nih.. semua masjid buat solat hajat berjamaah .... ceramah agama Islam tue bercambah sana sini....

      Lawak tue pasai golongan yang dok tentang "kristianisasi dan permurtadan" nih yang lebih.... gua ader sampel gambar... hehehe...

      Oh yer... detik countdown siap ader yang bertakbir... sori aaa... bukan tak meng"esa"kan Allah dengan takbir... tapi pada gua... ianya semacam satu penghinaan terhadap kalimah takbir itu sendiri....

      Maal Hijrah takdak plak puak Kristian/Kuffar nih nak join samer sambut ataupun melebih-lebihkan sambut...

      Delete
  5. Selamat tahun baru.. Semuanya kerana pluralisme liberalisasi islamic. Pui umngok!

    ReplyDelete
  6. Tarik sahaja pengisytiharan cuti pada 1 januari setiap tahun. Tiada libur, maka tiada masa untuk meraikan.

    Pemboikotan McD diberi alternatif Ramly burger.

    Nah! Pemboikotan I-City dan Dataran Putrajaya juga perlu diberi alternatif di masjid!

    Fitrah manusia punya nafsu yang banyak untuk dikawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana buleh tarik macam tu, kita kan masyarakat berbilang agama bangsa. memang cari nahas la buat macam tu
      silap2 kerajaan buleh kena guling

      Delete
  7. Semalam gua dapat makan free sempena tahun baru kristian. Haramkah makanan free berikut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn tanya aku, tanya orang yg bagi makanan tu, takut2 dia bubuh babi

      Delete
  8. macam mana pula dengan event ceramah ustaz azhar idrus sempena tahun baru kristian ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam bro C++ cakap, sampai satu tahap buleh jadi karut. Tapi UAI hanyalah selebriti yang dijemput. Dia mungkin ada pertimbangan sendiri untuk menjaga kepentingan awam dan bukan kepentingan penganjur.

      Lebih byk manfaat dia boleh berikan kpd rakyat daripada dia berpeluk tubuh mengambil sikap berkecuali.

      Delete
  9. mendalam entri ni. agak2 puak puak yang mengehentam ucapan selamat hari khrismas ada terasa tak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang paham pulak, menghentam ucapan krismas macam mana tu? btw entry ni bukan ditujukan khas kpd sesetengah golongan

      Delete
  10. mohon jelaskan kalau tahu:

    sambut tahun baru menyerupai orang kristian, tapi still tak ada apa2 amanat dari mana2 ustaz kate sambut tahun baru tu haram, seperti yang anda kate siap ada ceramah agama whatsoever.

    tapi kenape sambutan hari ibu tu dikatakan haram? pun katanya hari ibu tu ikut sambutan agama lain.

    seriously aku bukan hebat sangat beragama, memang tersangatlah cetek ilmu yang ada kat diri sendiri. that's y aku bertanye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thats the point! Kalau sambutan Christian New Year kononnya dapat beri manfaat kpd orang Islam sebagaimana sesetengah sambutan Islamik yg dianjurkan, then why not Hari Ibu?

      Btw, aku tak mention apa2 hukum tentang sambutan Christian New Year ni.

      Kalau betul nak sembang pasal hukum "jgn meniru/melakukan apa yang penganut agama lain buat", guna calender Gregorian pun boleh menjadi satu isu, bulan2 January February March April semua asalnya nama tuhan roman pagan purba. Nama hari Sunday Monday Tuesday pun nama2 dewa2 mereka.

      Dont worry nanti akan ditulis entry khas pasal ni :)

      Delete
    2. dakara dah jelaskan maksud aku taufik. dalam sesetengah perayaan, sambutan, ulang tahun yang bukan dari islam di hentam habis habisan. dalam bab tahun baru masihi nih di raikan pulak tapi dengan perisa 'islamik' yang dibentuk sendiri?

      Delete
    3. ape salah raikan tahun baru? mmg negara Malaysia menggunakan kalendar, tapi asal usul kalendar dari berzaman lamanya cuba kaji dulu... http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_calendars ..kat malaysia bukan sahaja terdapat orang islam, terdapat berpuluh lagi kaum lain. dan kamu bukanlah pemilik negara ini kerana orang melayu berasal dari palembang, jawa, indonesia dan majapahit (belajar sejarah sikit) penduduk asal negara ini adalah orang asli dan orang laut...tapi orang melayu yang diberi hak quo...dan orang asli serta orang laut ditindas (jangan cuba menafikan fakta ini saya sendi mengenali orang asli dan orang bajau yang ditindas)....jadi apa yang saya ingin sampaikan adalah jika kamu mahu kukuhkan pegangan agama kamu, silakan (memang perlu pun) tapi janganlah burukkan agama lain (nanti orang lain terasa) tolonglah... saya secara peribadi amat menghormati agama islam, namun sikap orang melayu yang jtidak sepenuhnya mengikuti ajaran agama membawa nama yang buruk kepada agama ini. saya ingin berkongsi bahawa baru semalam sekolah saya mengadakan lawatan ke pesta buku antarabangsa di pwtc, saya menemani rakan baik saya untuk bersolat di masjid As-Syakirin. kami berjalan dari menara berkembar petronas ke masjid itu, dalam perjalanan kami melihat orang berpusu-pusu sepanjang jalan itu. sesampainya di masjid itu, kami tergamam melihat jumlah umat islam yang bersolat jemaah di sana. hampir beribu umat islam termasuklah pendatang asing menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat islam. pemandangan itu amatlah mempersonakan. sejujurnya, saya merasakan hormat terhadap agama Islam pada waktu itu juga.

      Delete
  11. Semua salah UMNO-BN!

    ReplyDelete
  12. 1st time singgah blog ni.. looks nice... hehee... nk wat cmne... tahun baru masihi kristian ni la disambut dgn meriah berbanding dgn tahun baru hijrah.. hrp pemimpin2 islam kene peka sikit... hu3

    http://nash121.blogspot.com/2012/12/pendaftaran-rebat-smartphone-rm200.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro. sepatutnya kita yg kena peka dgn pemimpin yg kurang peka ni. jgn dibiar jadi pemimpin dah

      Delete
  13. Mantap.. Penulisan membuka minda.. Seriously! Tak pernah terfikir pula yang kita ni lebih cenderung menyambut tahun baru masihi berbanding tahun baru hijrah, apa2 pon, pengisian rohani yang diadakan even pada malam 'tahun baru kristian' ni lebih bagus drpd majlis2 korporat yg lalai dan ntah apa-apa.. Syabas bro! :)

    ReplyDelete

Comments