Valentine yang dinantikan


“Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara bodoh, terutamanya orang perempuan”


Itu ayat selingan dari Hamka Keretamayat. Katanya orang perempuan sahaja yang buat kerja macam dia cakap tu. Tapi sebenarnya lelaki pon tak kurang hebatnya.

Tak mungkin terbit anak luar nikah kalau tak ada kerjasama kedua-dua belah pihak kan? Kita digalakkan mencari keturunan yang baik untuk dibuat keluarga. Tapi mencari sahaja tak mencukupi. Kita perlu menjaga.

Orang bujang cukup-haul-banyak-alasan macam aku ni mana ada anak bini nak jaga keturunan. Tapi aku masih ada adik-adik dan saudara mara. Aku juga ada saudara seagama, walaupun mereka kini sedang beradu tenaga di tempat-tempat sunyi. 

Straight to the point, wujudnya keperluan untuk menjaga ketuturunan tak kira siapa jua diri kita. So, berbekalkan segenggam semangat dan segulung flyers (seperti di bawah) malam tadi dikerahkan kudrat sukarela kami untuk melakukan sedikit servis komuniti.

Jangan silap faham, ini bukan bertujuan meninggi diri. Tapi ini untuk dikongsi, hari ini mungkin kami, hari esok mungkin orang lain nak cuba. 

Macam biasa, lokalitinya Kedah, Alor Setar. Tak ramai pada angka, tapi besar jiwa-jiwa yang turut serta. Bermula dari jam 11 malam kami mula gerak khas mengedarkan risalah dan diikuti dengan interview-interview insan-insan yang terpilih. Dan disusuli dengan bulatan gembira.

Alhamdulillah, tak ada kemalangan jiwa yang berlaku dalam event yang simple and affordable ini. Tapi memang wujud layanan macam makhluk asing terhadap rakan-rakan kami. Siapa tak terkejut dapat flyers sentap malam-malam buta macam ni? 

Jumlah flyers pun tak banyak, tapi sold out. Gelut sebar dakyah Valentine vs Palestine tengah-tengah malam buta, tapi respons keseluruhan warga kota amat memberansangkan. 

Ok friendly reminder, Buku Jalanan Jitra akan dianjurkan lagi pada esok hari. Sila dapat info terbaru dari page FB Buku Jalanan Jitra



27 comments:

  1. aku rasa perkara2 bodoh yg dimaksudkan si hamka tuh mcm beli/buat coklat velentine or hadiah teddy ka bunga ka apabala tu smua kat boipren depa kot... mmg pompuan (majority) yg gedik lelebih la (mengikut pemerhatian), kalo yg non-muslims tu tak heran la tapi yg muslims pun ada gedik sama, mmg nak kne tarbiah la, tp biasanya puak2 'moden' tu x makan tarbiah...

    baguih la hang ni tofik, rajin involve community awareness work cmnih... kipidap ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try baca tengok kat link tu. Hamka tu loqlaq skit haha maklum la dah menikah. puak ni bajet moden, jumpa anjing melompat gak. isk2 terlaser pulak

      Delete
    2. oh hahah ya paham2... i know wut you mean there... damn boring bagi aku :p

      Delete
    3. hamka maybe tgk dr sbelah sudut.tp btul gak, pompuan bila d goda, dia punya cinta sbelum kawin.perggghhh...tp bila ajak kawin, beribu alasan.

      Delete
    4. no komen bab bila ajak kawin beribu alasan. sebab aku tak penah buat lagi LOL

      Delete
  2. Ada juga eh usaha-usaha macam ni. Kat masjid zahir tu.. Macam mana lah yang tersentap tu. Mungkin dah sedar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dataran tu memang port. Padahal depan masjid ja pon. Sedih beb

      Delete
  3. satu benda yg aku respek pada taufiking - rajin terlibat dalam aktivis2 kemasyarakatan macam ni yg aku sendiri tak mampu nak buat. keep it up bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq noob. bukan hari2 pon aku buat benda2 ni. ikut kemampuan jugak. nak berdakwah ceramah tadak kelayakkan. ni ja yg mampu dibuat. esok2 hang pon buleh buat

      Delete
  4. Alhamdulillah terdidik jiwa.Ada orang tolong ingatkan diri kita yg dhoif ni.Semuanya membuka pintu kejahilan dan kemaksiatan.. Kerana itu manusia sentiasa perlu bersama dengan insan2 yg dahagakan kebaikan supaya boleh saling menasihati dan mengingatkan bukankah Allah dah berpesan agar kita saling memperingati,bukan Menghakimi.

    Mabruk alaik bro taufik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selagi ada kudrat kami buat. Benda kalau sy sorang memang tak jalan. Ni semua dgn kerjasama kawan2 lain gak :D

      Delete
  5. Tak pernah lagi ketemu aktiviti macam ni secara live.Moga satu hari nanti jumpa dgn taufik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon mai lepak aloq staq ni. buleh ngeteh sekali

      Delete
  6. Dengan usaha itu moga lebih ramai yang dapat mencelikkan mata dan melihat dengan lebih jelas.

    ReplyDelete
  7. Cantik la poster di hujung post tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la flyers yg kami guna. 400 keping semuanya. Ada lebih sikit habuan kenangan huhu event valentine setahun sekali

      Delete
  8. 'ferris' port lepak paling tak bleh blah.....

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. haha ni kalau aku sorang tak jalan jugak. ramai2 buleh la

      Delete
  10. oh this event was in kedah ingat dekat negara timur tengah mana lah tadi. Great photos. Seriously.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL timur tengah? saya tak penah p sampai sana so taktau pulak suasana macam mana haha. Tq2 amateur photographer ja pun

      Delete
  11. Benar, tapi phak lelaki cabut lari, yang tanggung perempuan sorang2.

    kepada sesiapa yang mempunyai cerita buruk mengenai Dr Fadhilah K atau kaum keluarganya sila letakkan di komen box saya, saya akan siasat dan dedahkan penceramah konon bagus ini.

    KLIK Nak kenakan DAP terkena batang hidung Hisappudin

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. terharunya noob amat caring.. busy sikit ada surprise utk kalian semua haha

      Delete

Comments