Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Ulasan respons/penerimaan "5 sebab PAS akan Gagal"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Tergerak hatiku ingin memberi sedikit ulasan tentang penerimaan/respons artikel "5 sebab PAS akan Gagal" oleh kerana ianya sedikit tervariasi dari apa yang aku jangkakan.

PAS dan UMNO makin sama?

Usul utama artikel itu ditulis adalah untuk meng-highlight ruang-ruang ketersamaan PAS dan UMNO yang akan menjurus kepada kegagalan. Umum mengetahui status UMNO yang dalam keadaan bahaya. Keadaan bahaya ini jugalah sebenarnya berakar daripada 5 asbab yang telah aku bincangkan.

Umpanku tepat mengena apabila laman yang berperoksikan UMNO menyiarkan dan menyebarkan isu yang aku lampirkan di dalam artikel itu. Harapan halusku adalah untuk melihat dan mengukur sejauh mana mereka mengiyakan asbab-asbab kegagalan PAS yang 5 ini. Kerana ianya adalah seamless dengan asbab kegagalan yang sedang dihadapi oleh parti yang mereka sokong ini.

Di sebalik beberapa komen ignorant yang diperlihat di laman fanpage dan blog peroksi UMNO, aku percaya terdapat juga warga UMNO yang dapat menilai dengan sewaras-warasnya. Harapan aku kepada mereka ini tak pernah musnah. Kerana mereka ini juga saudara aku, saudara se-Islamku. Atas rasional itulah aku cuba cungkil dasar hati mereka untuk menimbang tara asbab kegagalan sesebuah parti dari satu perspektif alternatif.

Alternatif ini membawa maksud, selain dari amalan ruji penyokong politik Malaysia ini; caci cerca makian, kita tampilkan kelainan persembahan isu dan fakta. Dengan harapan umpan-umpan ini tepat mengenai sagi-sagi hati mereka yang paling dalam.

Namun bukanlah niat aku untuk "kalih" mereka overnight kepada PAS, tetapi untuk meningkatkan kematangan berpolitik sesama kita. Jangan sesekali tersilap, bukanlah aku ingin label mereka ini tidak matang dan aku lebih matang, tetapi aku ingin berkongsi perspektif yang berbeza dari yang sediakala.

Penafsiran istilah matang itu sendiri bersimpul-simpul dengan makna yang amat subjektif untuk dikaitkan dengan situasi politik Malaysia. Premis kematangan yang cuba aku persembahkan adalah "dakwah dalam respons". Satu pendekatan yang amat berbeza yang telah dihadapkan selama ini iaitu dengan memenangi hati musuh daripada hati sendiri. Penafsiran "dakwah dalam respons" ini akan disempurnakan dalam satu penulisan khas di lain hari.



Adapun terdapat jua lentingan respons daripada penyokong Pan-Malaysian Islamic Party itu sendiri. Timbul satu golongan tipikal yang terus menerus mencerca, menafi, menyerang kembali dan bertali arus membuktikan PAS lebih baik dari UMNO. Tidak kurang juga segelintir yang mendakwa penulis sebagai talibarut UMNO, justeru mengiyakan asbab kegagalan yang aku kupas di dalam artikel tersebut. Namun aku tidak salahkan mereka menzahirkan respons mereka sebegini rupa, kerana aku sendiri menggunakan tajuk yang agak offensive pada hemat mereka.

Maaf aku pohon kerana terpaksa menggunakan tajuk yang agak misleading untuk menarik hati membara untuk membaca. Golongan tipikal ini merasakan mereka terancam dengan tujahan kata aku yang agak sinis. Dan sesetengah mereka merasakan mereka perlu pertahankan parti PAS mereka ini dengan menyerang kembali. Serangan itu samada dalam bentuk paluan soalan PAS vs UMNO, menunding jari kepada UMNO, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai agen parasit, serta menyerang peribadi penulis/penyebar artikel. Ataupun inikah sebabnya artikel ini sukar tersebar dalam media alternatif PAS? Ataupun penyokong PAS sendiri hanya sekadar membaca tajuk dan bukan isinya?

Syahadan aku menarik nafas lega, kerana di dalam rimbunan golongan tipikal itu timbul juga susuk gagah hati pembaca yang mengerti sedalam-dalamnya sarkasm yang aku cuba sampaikan. Walaupun mereka tidak mengiyakannya secara keseluruhan, tergambar jelas kesedaran mereka akan ketersamaan yang makin rapat antara PAS dan UMNO. Lantas golongan kedua ini mula menongkah kata bertanyakan solusinya. Bagaimana mahu selamatkan PAS? Lebih baik mencegah dari mengubatinya?

Alhamdulillah, walaupun bilangan mereka amat minoriti, aku amat berbesar hati mempunyai saudara seperti mereka. Ini kerana mereka berjaya bertolenrasi dengan emosi. Mereka pendamkan hati panas mereka untuk mencari solusi akan parti perjuangan Islam ini. Mereka menggunakan akal sebaiknya dan tidak melemparkan kata cerca pada yang bertegur sapa. Mereka jugalah yang akan bersama merentangi aruhan politik sempit yang amat tinggi jumlah tompok-tompoknya di Malaysia.


Akhir kata, selamat maju jaya rakan dakwahku, semoga beroleh keberkatan dan dipermudahkan urusan kamu berdakwah kepada saudara kita yang lain. Diri ini insan biasa, bukan bermakna maksum 100% dari terbitan kata cerca yang sengaja mahupun tidak sengaja. Namun ini bukanlah budaya kita bercaci maki sesama saudara, hatta ini bukanlah ajaran Allah dan Rasulnya. Islam itu syumul, jangan jumudkannya ia dengan tingkah laku kita sebagai penganutnya. Wallahualam.

Jazakallah.
Read more

RM34.3 billion, Jumlah Hutang Syed Mokhtar yang Membimbangkan

Lantaran hutang negara yang kian meningkat, timbul pula situasi kitaran ekonomi yang meresahkan golongan intelek Malaysia. Sehubungan itu, pembangkang telah menyuarakan kebimbangan yang memuncak mengenai kemungkinan berlakunya bailout besar-besaran kepada konglomerat Bumiputera terbesar di Malaysia.

Tunggakan kredit yang menggunung tinggi oleh syarikat-syarikat di bawah naungan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary umpama memberi gambaran awal berulangnya situasi kejatuhan ekonomi 1998 yang tersirat oleh kegagalan Renong Berhad.


Hutang tanggungan konglomerat Syed Mokhtar berjumlah RM34.3 bilion, satu jumlah yang amat mengerikan di dalam integer negatif. Tercatat sebagai penyumbang terbesar, MMC Corporation dengan RM24.2 billion dan diikuti oleh DRB-Hicom sebanyak 3 billion ringgit.

Perihal keruncingan hutang ini ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Najib Razak merelakan penswastaan Penang Port di bawah kawal-selia konglomerat Bumiputera ini. Selain dari itu, tercatat jua keinginan Syed Mokhtar untuk memiliki Port Klang dan Keretapi Tanah Melayu yang seharusnya akan merimbunkan lagi timbunan hutang.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap aliran wang pembayar cukai yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk diguna pakai sebagai bailout sekiranya syarikat-syarikat naungan Bumiputera terkaya ini muflis dan gagal melunaskan pinjamannya. Ini sekaligus menerbitkan kesembapan ekonomi ekoran dari kerugian ratusan juta ringgit oleh sebahagian besar pemegang saham sebagaimana yang telah dihadapi Renong Berhad 14 tahun dahulu.

Gambaran ini disimpulkan oleh Tony Phua sebagai kejatuhan berantai konglomerat Syed Mokhtar akan mengikat sama Malaysia ke lembah hutang yang amat menggerunkan. Ini adalah kerana sandaran yang terlalu tinggi digandingkan kepada kumpulan syarikat ini, menyebabkan negara ini tidak mampu melihat Syed Mokhtar gagal dan muflis, justeru terpaksa menagih saluran dana pembayar cukai sebagai bailout mereka.

Pemusatan kredit sebegini sejujurnya adalah amat bahaya kepada ekonomi negara sebagaimana refleksi kejatuhan berantai yang disimpulkan Tony Phua. Kerajaan sepatutnya menyulamkan segregasi penganugerahan projek mega berkaitan kerajaan sejak dari teladan kejatuhan empayar Renong belasan tahun dahulu. Sekiranya tidak diambil pengajaran dahulu, dibimbangi implikasi lebih dahsyat akan menimpa negara, atau lebih tepat lagi rakyat negara ini.
Read more

Kritis-Online diserang agensi kerajaan?

Yes I finally have to agree with Bloghouse4Najib that closing the index reading to KritisOnline when we got thrashed by the Government agency's about a month ago was the best thing any of the editors could have done. KritisOnline was being attacked daily by these Agency's hell bent on closing us down, even though our server was previously located ON A RIVER. Haha. Yes. Thats right. It was ON A RIVER. If the index file had stayed open... that would have spelt the end of KritisOnline.

Now that we have managed to move safely to South Africa and Mirror it to Canada I think its time we 'publish' back the index file so that Google and other search / analytics system can correctly check to see if KritisOnline is actually as FAMOUS as it makes itself out to be. As one of the editors in KritisOnline I must say WELLDONE Bloghouse4Najib. As soon as you switched the plug back on, we have dropped from over 6000 in the country to now below 3000 in just over a week. KritisOnline will go back to its steady flow of about number 900++ Alexa ranking soon enough. Hey ! We didn't want to shut the index file but these government agencies were all over us. If they couldnt OWN us, they wanted to KILL us ! Terrible.

KritisOnline is doing great with a large pool of editors writers guests all bringing the latest in POLITICS and NEWS which is important to us all. In a time when we NEED more information then the ones put to us on a silver platter. We are going to give you a rolller coaster ride. Don't let the DOGS OUT.
We Will Rock You.

Kritis-Online.com

Susulan serangan bertali arus sebuah agensi kerajaan yang tidak dinamakan terhadap laman portal berita Kritis-Online.com, menyebabkan ganguan server dan kemerosotan pagerank yang mendadak.

Tindakan tidak matang ini secara tidak langsung mencerminkan ketidak-utuhan agensi kerajaan Malaysia yang terumbang ambing oleh kekangan parti pemerintahh. Laungan demokrasi diludah, ditinja sehabis-habisnya.

Laman berita ini dikatakan hampir menemui ajalnya sebagai salah satu pemangkin arus reformasi atas talian di Malaysia. Namun pihak pengurusan laman berjaya menangani serangan itu dengan melakukan penghijrahan besar-besaran server berserta penambahbaikkan untuk mengelakkan kejadian seumpama ini tidak berulang.
Read more

(Video) Sultan Johor Murka terhadap pemimpin PAS


Nizar sepatutnya selidik dulu sumbangan baginda sebelum menebarkan twit di akaun twitternya. Bukan bermakna Sultan tak boleh dikritik, tetapi perlulah berlaku adil, beradap dan salurkan ke tempat yang betul.

Sebenarnya 500k yang baginda bayar utk no plate itu sebenarnya adalah hasil kerajaan ataupun dikenali sebagai harta rakyat juga
Read more

Comments