(Hebahan) Jawatan Kosong Pejabat Zakat Kedah

JAWATAN KOSONG JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

CALON-CALON HENDAKLAH :
Warganegara Malaysia
Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
Mahir menggunakan komputer; dan
Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya setahun.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN MENGIKUT JAWATAN

1.PENOLONG PEGAWAI ZAKAT – GRED S27
Jumlah kekosongan : 3
Lelaki
Diploma dalam bidang Pengajian Islam, Pentadbiran Perniagaan, Sains Sosial atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi secara praktikal sebelum ditemuduga.

2.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F29
Jumlah kekosongan : 1
Lelaki
Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi secara praktikal sebelum ditemuduga.

3.PENOLONG PEGAWAI KORPORAT- GRED S27
Jumlah kekosongan : 1
Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf atau diploma di dalam bidang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan.
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi secara praktikal sebelum ditemuduga.

4.PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17
Jumlah kekosongan : 2
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Tidak kurang 20 tahun

STATUS JAWATAN
Tetap

TARIKH TUTUP
18 OKTOBER 2012

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan (hendaklah disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar berukuran passport kepada :

DATO’ SETIAUSAHA
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR, KEDAH
(U/P: Bahagian Sumber Manusia)

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon dibahagian atas kiri sampul surat.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.
PENTING
Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak
Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Tel : 04-7331740 Faks : 04-7316280
Email : [email protected]
Web : www.zakatkedah.com

sumber

Untuk hebahan umum, sila sebarkan untuk kemudahan orang ramai :)
Sila call no di atas untuk maklumat lanjut



9 comments:

  1. uish khoje gomen!pasti ramai ler menyambor! orang kedah cukup minat bab2 keje gomen ni kerana dah jadi budaya orang kedah ajar anak negeri jadi pengecut dan pondan takut bersaing di medan pekerjaan sebenar dan asik kejar job di bidang gomen sahaja kerana percaya kepada mitos 'masa depan aku terjamin kalau aku kerja gomen'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hg ni racist la zek
      ada ka patut attack org kedah saja haha
      kalau semua keja swasta sapa nak keja gomen
      kesian gomen kan?

      ok la
      let the world burn

      Delete
    2. aish semua aku bantai,aku tak pilih bulu..ikut situasi gak..haritu aku bantai budak sabah sampai ugut nak bunuh aku..tak caya tanya noob.

      aku bukan apa,aku nak hapuskan budaya melayu yg asik target nak kerja gomen je ni..banyak2 orang buat apa di sektor gomen?sikit cukup..biar sektor swasta penuh dengan rakyat msia..negara jepun,korea,eropah,amerika rakyat dia semua minat kerja swasta..kita je dengan indon minat keje kat sektor gomen ni.

      Delete
    3. keje gomen best apa zack... tengok la video gangnam kbs siap boleh menari2 dgn shabery cheek lagi... kerja swasta ada hahahaha

      Delete
  2. Sorry bro aku emo skit,aku emo coz anak bangsa aku hanya berani cari makan di sektor yg dikuasai bangsanya sahaja terutamanya sektor gomen,politik dan bidang agama..habis kuat di sektor makanan.

    kawasan tu jelah pi mai pi mai tang tu anak melayu berani bermain..kawasan lain simpang 44 tak berani masuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. you got the point bro
      aku sokong sangat
      aku pon tau hg ni memang anti gila org keja gov
      org kita memang ligan keja gomen sebab secure katanya
      nak menikah pon senang kot mak pak mertua mana tak bekenan haha

      btw, lama tak nampak hg kat sini

      Delete
    2. kes tu aku buat bertambah anti,kononnya orang kerja swasta tak ada masa depan(pemikiran orang2 tua) tapi depa tak sedaq orang2 kerja swasta la duk bagi makan kat org2 kerja gomen.

      aku bz skit lani..tak dan nak buat orang jadi butthurt ;p

      Delete
  3. Bhai Taufik...

    Kerja pejabat zakat nih la yang paling gua takut... sebab mudah sangat nak masuk neraka.... cukup mudah...

    Kalu asnaf dalam negeri/negara tercicir daripada dibantu oleh pusat zakat... silap-silap pegawai walau kecik mana pon pangkatnyer... boleh masuk neraka dengan mudah....

    Takut gua nak kerja sini.. baik gua kerja kilang kicap ker aper ker...

    ReplyDelete

Comments