Majoriti Muslim Malaysia menolak Hudud?


1. Mengaku Muslim, tapi pandang sebelah mata perlaksanaan Hudud.

2. Lepas tu, hairan kenapa non-Muslim tak hormat Islam?

3. Siang malam berdegar-degar protest tindakan pihak menghina Islam. Tapi hukum Hudud di negara sendiri di-anak-tiri-kan.

4. Yahudi senyum sinis tengok sesama Muslim tersipu-sipu berjabat tangan dengan hasutan media hiburan yang menjaja maksiat.

5. Sekaligus menjauhkan Musim daripada landasan perlaksanaan hukum Allah.

6. Melayu Muslim kini sibuk cari alasan itu ini kononnya tak mampu laksanakan Hudud.

7. Padahal kuasa pemerintahan hari ini berada dalam gengaman sendiri.

8. Ntah esok lusa ada yang ditangkap atas tuduhan menghasut. Menghasut untuk kepentingan perlaksaan Hudud?

9. Ahli politik berbau hancing bermain kata dengan rakyat sendiri. Bermuka-muka nak laksanakan Hukum Allah. Takut hilang undi minoriti katanya.

10. Rakyat pula masih ada yang buta hati bila diberi gula-gula. Pantang dihulur, terus dirasuk beri undi sia-sia.

11. Sampai bila nak bela pemerintah macam ni?

12. Nak tunggu sampai turun bala dari Allah?

13. Bala dah turun lama dah. Tengok apa jadi dgn Muslim hari ini

Read more

Penampakkan zombie di tepi tasik

Warning! Pastikan anda play music ini untuk mendapatkan feeling kesan khas yang mengujakan.



Perutusan penting buat warga maya, kami dengan rendah dirinya ingin mewajibkan kehadiran anda ke event kami yang akan datang:


Buku Jalanan Jitra 3.0
Venue: Tepian Tasik Darul Aman
Masa: 5 - 7 petang
Tarikh: 13 Oktober 2012
Hari: Sabtu

FB Event


Event kali ini merupakan anjuran yang agak special. Kerana melibatkan kolaborasi bersengkang-mata bersama ZineSatuMalam menganjurkan Puisi Satu Petang Jitra #2.

Kali ini bertemakan zombie makan otak-otak secara santai
Puisi Satu Petang Jitra #2 (https://www.facebook.com/events/288524577925668/)

Turut menjemput seisi keluarga dan pasangan masing-masing. Sila bawa makanan sendiri, maaf otak-otak tidak disediakan.

Para petugas media anda disarankan menghubungi kami untuk maklumat lanjut bagi mengelakkan berlaku pendedahan radiasi yang berlebihan.

FB Fanpage Buku Jalanan Jitra
Twitter Buku Jalanan Jitra

Sekian terima kasih. Kami doakan anda selamat sampai dan selamat kembali pulang dengan jayanya.

Read more

Kenapa Raja-Raja Melayu menghalang Hudud?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami

Apa yang ditakutkan sangat dengan perlaksaan Hudud?
Berapa billion dana akan kerugian?
Berapa juta rakyat Malaysia akan kehilangan kaki dan tangan?
Berapa juta undi rakyat akan disia-siakan?
Berapa ratus ribu kes jenayah dapat dikurangkan?
Berapa juta rakyat kita akan mati kebuluran?
Berapa ribu insan akan jatuh fakir?
Berapa ramai ahli politik akan dikafankan?

Sedutan dari (Mengapa HUDUD tidak boleh dilaksanakan di Malaysia?)

Institusi Diraja bukanlah hanya sebagai hiasan semata-mata

Sampai kesudah memikirkan jawapan, timbul tenggelam isu ini hanya di bawah tapak kaki pencacai politik sahaja. Mereka mahukan perhatian? Dipijak naik batu bertanda "Hudud" ini habuan kelihatan menginjak tinggi sedikit dari yang lain.

Hari ini lampu suluh ditalakan kepada Raja-Raja Melayu. Pemerintah salasilah rumpun Melayu yang ada di antaranya berabad-abad lamanya. Pemerintah Melayu yang secara semulajadi sinonimnya dengan agama Islam.

"Dan itu semua datangnya daripada Istana... Para Sultan dan Raja yang selama ini dimomokkan sebagai ketua agama Islam... Sebagai "defender of Islam"... Sebagai kuasa muktamad berkaitan dengan Islam di Malaysia nih...

Kalu lah para Sultan dan Raja yang kononnya ketua agama dinegeri mereka prihatin dan mahukan hudud dilaksanakan... Makanyer lebih 56 tahun dulu lagi diorang dah kuarkan "dekri" yang mahukan benda nih dilaksanakan... Tapi...

Tapi... Sampai hari nih diorang berdolak dalih takmo nak guna kuasa diorang sebagai "kununnya" ketua agama Islam di Malaysia untuk memastikan undang-undang syariah Malaysia berpandukan hudud, qisas dan ta'azir....."

Sedutan dari Blog C++

Tersergam indah Istana Negara Jalan Duta

Tolak tepi hidangan basi politik hari ini. Lagi dijamah lagi bertambah bernanah otak umat Melayu kini.

Tumpul sudah parang ahli politik, kononnya parang Hudud dihunus untuk memburaikan perut busung musuh-musuh politik se-Islam mereka.

Takkan nak disimpan sahaja lembing-lembing diraja yang suci ini. Nak tunggu perang baru nak guna? Nak tunggu malapetaka baru nak bertongkat?

Inilah malapetaka Malaysia. Ada pemimpin tapi kerjanya bersila panggung. Bukan tak nampak, tapi pura-pura kelabu mata. Aku bukan mengada-ada nak tambah perisa, tapi pandai-pandailah menjawab di Padang Mahsyar sana.

Hudud tidak menzalimi siapa-siapa. Tapi kenapa bermuka-muka nak berusaha melaksanakannya?

Lancang mulut berkira-kira, hanya yang banyak salah dan dosa risaukan Hudud terlaksana. Mana tidaknya, berat sekali hukuman yang dikena. Tidak terkecuali walaupun kamu ada darah diraja. Tidak kurang walau satu jumlah sebatannya.

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Entah masih ada yang ingat tentang rukun negara. Percaya Tuhan letaknya ditempat teratas, raja-raja jatuh nombor dua. Apa lagi alasannya?

Adakah kita berada dalam landasan yang betul dalam berusaha menegakkan Hudud ataupun berusaha mencari alasan menolaknya?



Read more

Haram Senyum Ketika Berdakwah


Ini cerita tentang kampus. Spesifikkan lagi skopnya; dakwah di kampus. Ceritera tentang adik-adik junior yang ‘fresh-fresh’ belaka. Selalunya kalau ‘fresh’, otak pun sudah tentu suci. Suci dalam erti kata, belum dipengaruhi mana-mana anasir; positif mahupun negatif. Selalunya lagi, kalau cerita tentang adik junior, tak lengkap jika tidak disempurnakan dengan kehadiran kakak dan abang senior.

Kita selalu dengar ramai jemaah sibuk dengan aktiviti dakwah. Di masjid taman-taman perumahan mahupun kampung, setiap minggu pasti ada ceramah agama. Paling-paling tidak pun khutbah Jumaat. Di kampus universiti, kakak abang senior – yang disifatkan adik-adik junior suci sebagai orang alim bertudung labuh serta berkopiah – giat menjalankan aktiviti dakwah menerusi perjumpaan berkala yang dipanggil usrah. Tarik adik-adik junior menyertai kumpulan-kumpulan usrah. Suka atau tidak. Paksa atau rela. Mandatori. Wajib ikut!

Kadang-kadang adik junior itu tidak pernah langsung kenal apa itu usrah. Lebih-lebih lagi yang datang dari sekolah menengah biasa. Ikut usrah pun sekadar ikut, kakak alim bertudung labuh yang tarik. Lebih malang lagi jika hadir usrah sekali dua, kali ketiga terasa hambarnya. Kali keempat mula cipta alasan. Kali kelima, keenam selamat jalan.
Sampaikan kadang kala golongan kakak tudung labuh dan abang berkopiah, dipandang alergik oleh golongan adik-adik junior. Selangkah adik-adik junior cuba didekati, beribu langkah jaraknya mereka menjauhkan diri.

Kenapa begitu?

Koreksi Diri

Jangan!

Jangan sesekali salahkan adik-adik junior yang tidak bersalah itu. Mereka terlalu suci dan polos untuk dipersalahkan kerana tidak mengikut budaya usrah yang secara tiba-tiba hadir tak diundang dalam hidup mereka.

Jadi? Takkan nak biarkan mereka berlalu begitu saja sedangkan kakak abang senior itu terus dengan zon selesa berusrah dengan adik-adik junior yang patuh lagi menurut kata? Takkan nak ajak orang sama-sama dapat pahala pun kena pilih kasih?

Ya! Sebelum menuding jari salahkan orang lain, intai silap sendiri, cuba koreksi diri. Satu jari telunjuk diunjuk kepada dia, dia dan dia, empat jari lagi mengarah kepada kamu! Ya, kamu sendiri!

Jangan bimbang wahai kakak abang senior, belum terlambat lagi untuk berubah. Fitrah insan pasti tak lari dari khilaf. Perlu diingat, kakak tudung labuh dan abang berkopiah serta ustaz ustazah bukan malaikat yang suci dari dosa. Masing-masing perlu muhasabah.
Kadang-kadang, mungkin mental kakak abang senior yang sudah sedia berat dengan assignment  dan komitmen persatuan ‘ditambahberatkan’ lagi dengan ungkapan seperti, “Dakwah itu bukan mudah, Jalan dakwah itu penuh ranjau, onak dan liku…”. Ya, memang tidak dinafikan gerak kerja dakwah bukan mudah untuk dilaksanakan. Tapi jangan sampai kita yang tambah menyulitkannya. Hanya kerana kita lupa satu perkara mudah.

Apakah?



Senyum!

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis.” – [Hadis Riwayat Muslim].
Oh, ya. Mungkin kakak abang pemimpin usrah hanya tahu baca hadis, tapi LUPA nak hayati. LUPA – caps lock – menunjukkan mereka tak sengaja, jadi adik-adik tolonglah maafkan mereka ya.

Macam manalah adik-adik junior (yang keras hati) nak lekat dengan kakak abang senior yang setiap kali perjumpaan usrah [baca : menyampaikan syllabus usrah], buat muka serius ketat macam hakim jatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori? Macam manalah adik-adik junior nak sayang kakak abang senior kalau jumpa di tengah jalan, kakak abang senior buat tak pandang, SENYUM pun tidak apa lagi ucap salam?

Eh, ini bukan isu – “Kau junior aku senior, so kau kena hormat lebih kat aku.”

Mulakan dengan diri sendiri. Jangan harap orang lain mulakan, kalau kita sendiri masih sombong untuk senyum.

Senyum itu menyenangkan. Senyum itu menenangkan. Umum tahu - senyum itu sedekah, kerana Allah tahu, tak semua hambanya bernasib baik mampu keluarkan harta waima satu sen untuk bersedekah. Kerana itu Allah mengganjari pahala sedekah buat seringan-ringan perbuatan – senyum. Siapa tahu, hanya dengan senyuman yang lahir dari hati yang luhur mampu menjadi awal dakwah untuk memikat hati adik-adik atau sesiapa sahaja untuk menerima dakwah anda.

Menjinakkan hati sebelum memperkenalkan

Antara kaedah sebagaimana yang dijelaskan di dalam 10 kaedah dakwah Syeikh Jum’ah Amin; at-ta’lif [‘ = hamzah] qobla ta’rif [‘ = ain].

Menjinakkan hati sebelum memperkenalkan mereka kepada dakwah. Tackle perhatian mereka sebelum mengajak mereka ke peringkat seterusnya.

Harus diketahui, diciptakan manusia ini dengan lebih dari 1001 jenis perangai. Variasi inilah yang menjadikan dakwah tidak hanya statik kepada satu cara, malah dakwah memerlukan kekreatifan sesuai dengan tempat, masa dan suasana masyarakat. Dakwah yang terbaik adalah dakwah yang tidak membebankan masyarakat, malah lebih memudahkan dan menyenangkan masyarakat untuk menerima tanpa melangkaui batas agama.

Oh ya. Tidak perlu menjadi seorang ustaz ustazah untuk berdakwah. Sesiapa sahaja – selagi anda seorang Muslim dan sedar akan tanggungjawab itu – maka jalankanlah sedaya mana yang termampu mengikut kekreatifan sendiri selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.

Dakwah bukan untuk menyusahkan. Dakwah juga bukan untuk menghukum.
Jika tidak, mungkin sudah lama Nabi junjungan kita mendoakan kecelakaan kepada penduduk Thaif yang menzalimi baginda ketikamana baginda menyeru mereka kepada Islam. Jika tidak, mungkin sudah lama Baginda s.a.w. membunuh Umar r.a. yang kuat menentang perjuangan baginda sebelum keIslamannya.

Api takkan terpadam dengan menjirus petrol RON-95. Air yang menitik di atas batu yang keras, lama-lama akan melekuk juga. Ada 1001 macam cara untuk berdakwah. Bukan dengan kekerasan. Bukan dengan muka yang serius.

Di akhirnya, praktik dan laksanakan. Bicara tanpa amal laksana pohon yang rendang tanpa rambutan yang merah.

Oh ya, kakak abang usrah, sahabat-sahabat yang giat berdakwah. Teruskan dakwah anda. Moga Allah rahmati dan kuatkan langkah murni anda.

Tapi, jangan kedekut sedekah senyum!




Read more

Sampah vs Melayu Muslim

“Takbir! Allahuakbar!
Takbir! Allahuakbar!
Takbir! Allahuakbar!”

“Tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin sekalian berdirinya di sini saya ingin mengajak hadirin sekalian bersama saya dalam memperjuangkan islam. Mari kita tegakkan islam di bumi kita cintai, mari kita menentang kerajaan toghut(zalim), kita jangan biarkan islam di tindas”

Gambar hiasan 
Kelihatan seorang anak muda yang kuat agamanya sedang berpidato untuk menaikkan semangat para pendengar untuk berjuang bersama mereka dalam menegakkan syiar islam.

Ramai hadirin kusyuk mendengar intipati dari pemidato tersebut, tak kurang juga pendengar yang sedang menikmati kepulan asap beracun sambil menghayati pidato tersebut.

Malah tak lupa juga pendengar yang gemar mengunyah jajan makanan ringan dalam menikmati suasana itu, suasana gegak gempita dengan laungan untuk tegakkan Islam.

Setelah selesai ceramah tersebut hadirin pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk berjuang di atas jalan agama. Maka bergelimpangan sesuatu yang tak sepatutnya di buat seorang pejuang Islam iaitu sampah !

Aku sedih melihat begitu banyaknya sampah bergelimpangan di tempat ceramah tersebut, rasa kecewa melihat sikap pejuang yang ingin menegakkan Islam tapi benda yang semudah itu tak mampu untuk laksana.

Sedangkan sampah-sampah itu berpunca dari pengunjung sendiri, kenapa kita tidak ada rasa tanggung jawab untuk membuang sampah itu sendiri?

Kenapa kita perlu meletakkan tanggung jawab itu terhadap petugas-petugas yang di amanahkan? Aku hairan dengan laungan takbir tadi, bukan main semangat lagi, tapi benda semudah itu kita tak mampu untuk laksana. Apakah perlu kita berjuang yang lebih besar lagi? Inikah akhlak pejuang?

Sedangkan benda sekecil itu kita tak mampu laksana, kita sanggup memikul yang besar? Hairan?
Kalau di rumah kita sanggup menjaga kebersihan tapi bila tempat orang kita tak mampu? Hairan?

Adakah sikap menjaga kebersihan itu di jaga tempat tertentu sahaja?
Adakah islam itu di tempat tertentu sahaja? Hairan?
Sedangkan kita semua tahu kebersihan itu separuh sebahagian dari iman, tapi kita aplikasi kan iman kita separuh-separuh? Hairan?
Aku masih hairan adakah ini sifat sang pejuang Islam? Hairan?
Dan menghairankan lagi aku di tanya oleh petugas” awak ni petugas juga ke?”
Perlukah membuat kerja amal ini di tugaskan? Hairan?
Kalau kita lihat di Singapore (info dari teman Singapore) mereka sangat-sangat ambil berat tentang kebersihan, sampaikan terdapat undang-undang yang sangat ketat terhadap pesalah kebersihan. Yang aku hairan Malaysia ada undang-undang seperti itu tapi pelaksanaanya tak seberat yang di laksanakan dari Singapore itu lagi menghairankan?

Pernah aku melihat satu bangsa (semoga tuhan hidayahkan mereka) yang kita selalu kafirkannya. Ketika aku di PD, aku melihat mereka melakukan pekara yang mulia dari pandangan mata hatiku. Di sudut jauh tepian pantai, terdapat satu tempat longgokkan sampah, aku melihat bangsa ini mengutip sampah-sampah yang ada di sekeliling tong sampah serta memasukkannya ke dalam tong sampah.

Aku hairan? Sedangkan mereka tidak seIslam seperti kita tapi mereka ada satu perasaan iaitu rasa bertanggung jawab ke atas alam ini. Hairan? Sedangkan agama kita yang mendidik begitu tapi kita bagaimana? Kalian hairan tak? Aku lagi hairan? Mari sama-sama kita hairan.

Gambar hiasan, jangan terasa

(Sila lakukan terapi ini dengan hati-hati di hadapan cermin: tarik nafas dalam-dalam dan jerkah sekuat hati pada diri sendiri: Ha tunggu lagi! Tu pun nak lawan yahudi!!)

Read more

Fungsi Otak Melayu yang Ajaib!

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas




Pernah tengok otak manusia? Pernah tengok apa ada dalam otak manusia?

Sebenarnya, kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya yang sedang berkampung di dalam otak umat Melayu.

Aku cuma ingin mengingatkan kembali, re-fresh bak kata orang kampung. Bukankah ramai yang mengaku "Melayu mudah lupa?"

Penafian:

Tiada cubaan untuk memperburuk/menghina/membontotkan maruah mahupun ke-maksum-an umat Melayu se-Malaysia. Ilustrasi di atas adalah bertemakan pendidikan.

Read more

Buku Jalanan Jitra 2.0 (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Selamat sudah satu lagi versi Buku Jalanan Jitra dianjurkan pada petang tadi. Segala puji bagi Allah, kerana mencurahkan kudrat kepada kami sekumpulan untuk menjayakan aktiviti ini buat kali yang keduanya.


Dari pemerhatian kami, sambutan hari ini lebih baik berbanding dari versi anjuran pertama, Buku Jalanan Jitra v1.0. Alhamdulillah sekali lagi, kerana kami mendapat pengunjung yang sudah sampai awal dari kami sendiri. Ini menunjukkan minat terhadap aktiviti sosial sebegini makin mendapat tempat di mata masyarakat berlokalitikan Jitra dan Kedah.

Jutaan terima kasih dihamparkan kepada setiap pengunjung dan rakan taulan yang memeriahkan anjuran kali ini. Walaupun disirami cahaya terik sang mentari, tidak berganjak walau seinci peminat-peminat buku ini.

Personally aku pohon maaf sebab tak sempat nak war-warkan (perang-perangi?) penganjuran buat yang kali ke-dua ini kerana kesibukan duniawi yang melanda diri. Aku cuma sempat post kat fb & tweet sekali sahaja untuk promote event ini.

InsyaAllah untuk anjuran masa hadapan aku akan pastikan upacara pengumuman ini akan berlaku dengan efficient sekali.

Event seterusnya akan berlangsung pada 13 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Sabtu 27 Zul Qaedah 1433 Hijiah.

Untuk maklumat lanjut serta info yang tuntas, sila lawati:

FB Fanpage Buku Jalanan Jitra
Twitter Buku Jalanan Jitra

Sila nikmati galeri gambar di bawah turut sama mencemburui diri selain memanaskan hati untuk bertandang ke event Buku Jalanan seterusnya!


Lawati FB Fanpage Buku Jalanan Jitra untuk menikmati galeri gambar yang lengkap


Read more

Kenapa Melayu kian binasa?

Antara Pemimpin Melayu Masakini

1. Umat Melayu hari ini sering mengeluh serta gusar dengan dengan perkembangan masalah keruntuhan moral bangsa sendiri.

2. Kadang-kadang ada yang menyuarakan rasa hairan mereka, kenapa sebegini teruk bangsa yang majoriti Islam ini? Di mana silapnya?

3. Masalah keruntuhan moral di Malaysia adalah meliputi:
  • Gejala maksiat
  • Seks bebas
  • Budaya mat rempit
  • Penagihan najis dadah
  • Kes buang bayi
  • Keruntuhan institusi keluarga
  • Kes samun dan rompak
  • Kes buang ibubapa sendiri
  • Penderaan kanak-kanak dan wanita
  • Gangguan seksual
  • Penyebaran bahan lucah
  • Gejala rasuah
  • Fitnah berleluasa
4. Masing-masing mulalah menunding jari, mencari salah orang lain habuan untuk menyedapkan hati sendiri.

5. Aku akan cuba bongkarkan satu tabiat Melayu yang memakan diri sendiri. Walaubagaimanapun, teori ini hanyalah daripada pemerhatian dan sedikit kajian aku terhadap bangsa ini.

6. Maaf, bukan bermakna aku berniat memburukkan bangsa Melayu. Aku cuma ingat mencari punca akar umbi permasalahan yang mereka hadapi hari ini.

7. Melayu sememangnya dianggap sebagai satu bangsa yang mengutamakan adab sopan dan tatacara.

8. Namun bangsa ini bukanlah maksum, mereka tidak terlepas daripada perilaku yang menyumbang kepada kejatuhan nilai moral mereka sendiri.

9. Teori aku mengatakan, Melayu gemar mendoakan kebinasaan sendiri.

10. Takrif “Doa” mungkin berbeza mengikut istilah kamus dari setiap pandangan peribadi kita. Doa sebenarnya tidak hanya tertakhluk kepada sebutan “Allahumma”, “Ya Tuhanku”, “Wahai Tuhan Kami” dan lain lain.

11. “Your beliefs become your thoughts, your thoughts become your words, your words become your actions, your actions become your habits, your habits become your values, and your values become your destiny.”

12. Quote di atas seringkali aku gunakan untuk merealisasikan hubung kait antara “words” (perkataan) dan “destiny” (takdir/nasib) dalam kehidupan.

13. Dalam Islam, kita diajar tentang Doa. Setiap kali selesai solat, kita digalakkan berdoa. Setiap kali memulai sesuatu perkara juga kita disarankan berdoa kepada Allah.

14. Tahukah anda bahawa antara doa yang paling mustajab adalah doa kepada orang lain/saudara tanpa pengetahuan mereka? Kerana doa sebegini amatlah ikhlas.

15. Namun apakah kaitan antara doa, perkataan, takdir dan keruntuhan nilai moral umat Melayu kini?

16. Majoriti Melayu (pada pemerhatian sendiri) lebih selesa memberikan respons negatif pada pelaku sesuatu perkara yang tidak bermoral.

17. Sebagai contoh, kes buang bayi, anak luar nikah dan seks sebelum nikah. Rata-rata umat Melayu menghina dan mencemuh mereka ini SEIKHLAS HATI.

18. Adakah salah menghina, memaki hamun, mencerca pelaku aktiviti tidak bermoral ini?

19. Adakah menghina mereka dapat menyelesaikan masalah ini?

20. Tahukah anda apakah kata-kata keji yang dihamburkan kepada golongan pelaku kesalahan ini? (Mungkin majoriti mereka melayu juga)

21. Aku terpaksa senaraikan contoh-contohnya untuk tujuan kita belajar menteladani:
  • Haram jadah
  • Anak haram
  • Tak ada otak
  • Babi
  • Anjing
  • Bangang
  • Bodoh
  • Tak ada masa depan
  • Padan muka
  • Kecik-kecik taknak mampos
  • Tua ganyut
  • Seksi tak ingat dunia
  • Bebal
22. Ini hanya sebahagian kecil “doa-doa” ikhlas yang berkumat kamit di mulut umat Melayu ketika mereka memberikan respons spontan terhadap perkara sedemikian rupa.

23. Doa-doa ikhlas inilah yang aku maksudkan dalam diam menjadi sebati dengan isi dan darah yang mengalir keseluruh urat nadi Melayu.

24. Perkataan sebegini umpama menjadi makanan ruji bangsa ini. Sekaligus menyukarkan mereka untuk mengelak dari tidak menyempurnakan hidangan cerca maki ini setiap kali mereka di provoke.

25. Baik yang tua, muda, tinggi, rendah, alim mahupun ilmuan amat mudah terdorong untuk turut sama berganding bahu menggembeleng usaha untuk bersama-sama menjayakan semangat syaitan ini.

26. Rangkap-rangkap keji ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa ketidak-mampuan umat Melayu untuk memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini bahkan mereka juga menyumbang kepada kehancuran diri sendiri.

27. Usah persoalkan kenapa Allah makbulkan doa ini kepada bangsa itu sendiri. Sebaliknya carilah hikmah disebalik akhlak dan kejumudan bangsa ini menerajui konflik kendiri.

28. Umat Melayu perlu akur dan menerima hakikat bahawa ini adalah satu ujian, satu musibah buat mereka.

29. Mereka perlu jelas menerima kenyataan bahawa kini mereka berada dijurang kejatuhan moral yang amat hina. Mereka sedang mengharungi satu ujian yang dahsyat.

30. Mengikut resmi insan, setiap kali diuji kita akan kelupur mencari yang Maha Esa. Terpaku sujud mencari keredhaan Allah SWT. Serta bermuhasabah mencari salah dan silap kafarah dosa silam.

31. Bayangkan kita diuji hebat oleh Tuhan. Kita akan mulai merasa kerdil. Terumbang ambing oleh lautan tipu daya dunia. Kita mula sedar tiada lagi capaian dapat kita tautkan, selain Tuhan yg Esa.

32. Teori ini hanyalah hasil pemerhatian dan sedikit kajian jahil dariku.

33. Aku tak minta dipersoalkan kesahihan teori ini. Tapi aku mohon agar terima kenyataan:

Bangsa Melayu kini sedang berdepan dengan musibah hasil air tangan sendiri



Read more

Itu Bukan Aku & Diana Amir

Tulisan ini mungkin berbentuk sarcasm yang berinformatif. Bukan nak bajet artis tapi nak meluruskan sesuatu yang tidak lurus.

Penafian, bukan aku yang bertunang dengan Diana Amir, LOL.


Sumber dari Solihin Zubir

Sila baca berulang-ulang kali ayat itu, jangan ter-skip walau satu huruf sekalipun. Kerana dibimbangi akan menghasilkan sedikit kecelaruan informasi. Maaf kerana mendukacitakan anda dengan penafian tersebut. Walaupun begitu, aku masih lagi available (at least).

Sejujurnya aku tidak akan menolak rezeki Allah jika berkemungkinan untuk dijodohkan dengan artis juga.

Maaf sekali lagi, identiti beliau tidak dapat aku dedahkan demi menjaga privasi dan saham aku sendiri juga. Cukuplah sekadar mengenali beliau sebagai rakan zaman sekolah dan zaman universiti.

Akhir kata, moga Allah permudahkan urusan mereka. Doakan yang terbaik buat Encik H dan Diana Amir. Hamparkan cinta sampai syurga!

Read more

Comments