Kisah Rakyat, Pemimpin, Iblis dan Babi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Kami perlukan pertolongan!


Tahukah kamu bahawa pemimpin politik Malaysia masakini telah dirasuk iblis?

Sejujurnya, mereka ini bukanlah penipu, tetapi merekalah pembunuh jati diri kami. Apa yang berlaku? Nah lihat sahaja hamburan kata caci maki, tunding jari, adu domba berhamun cerca sana sini yang amat merugikan ini.

Kenapa merugikan? Dengan seraya kami menjawab, Apa yang untungnya? Itu bukan jawapan. Jika kamu tidak dapat fikirkan apakah untungnya berpolitik beralaskan nada sumbang yang hanya melempar api-api ke arah hati lawanmu, tiada perlunya kami bersusah payah menjawab.

Ahli politik kini sibuk berantakan gelora publisiti hanya untuk menguja-uja hati si penyokong dengan bahan bakar untuk benci-membenci. Masuk keluar dewan bukan mencari solusi, tapi sibuk menghentam sana sini. Tangkas mereka mengelar-ngelar hati sesama sendiri, sehingga terlupa nasib jutaan pasang mata yang perlukan bantuan, pembelaan, keadilan di tanah air sendiri.

Kamu zalim, rakyat seluruh negara tercungap-cungap keletihan dipalung kiri kanan atas bawah hanya untuk diperdengarkan oleh cerita hantu merapu. Tiap langkah mereka hunuskan untuk keluar mengundi untuk kamu, penuh bersendikan dengan jerih perih. Tetapi kini kamu tampil menganjing isu demi menghambat musuh dengan berpaksikan keji mengeji.

Kami lihat kamu tak ubah bagai Iblis mengulit api. Bercogan kata menabur janji seraya tiba PRU, hanya sekadar mengiyakan undi kami. Kami tak pinta politik kebencian ini. Kami tak pinta amalan keji mengeji ini. Kami tak pinta disuap ruji hari ke hari informasi berahi tinja babi ini.

Habis. Kami dibiarkan terkulai-kulai menelaah siang malam, terkelupur di tengah jalan yang bersimpang siur dengan prosa hamun yang mengajar anak-anak kami mencarut siang, malam dan pagi tanpa henti-henti.

Mana tidaknya, lihat jua siaraya talian internet yang berbaur rekahan nanah membusuk dengan nista bermuka-muka serta uraian bakteria hasad dengki ini. Mana mungkin kami dapat lupa sumbangan kamu menyental-nyental norma murni kemajmukan kami dengan tusukan berduri yang disahut-sahut paparan cetak, radio dan tv haiwan peliharaan kamu itu.

Kami diperlaku bagai hamba abdi, bergelandang ke sana ke mari. Kami dibiarkan terbuai ke penjuru-penjuru tajam mencarik isi perut kami. Kami disorong diseret diterajang dihumban oleh agen perajurit kamu yang persis ifrit.

Sudah sampai di sini sayang. Tidak perlu lanjutkan berperi-peri. Bukan hajat untuk turut sama menyemai caci maki.

Kami sudah lemas bermandikan darah saudara kami sendiri. Darah dari hati yang dicemari oleh kebobrokan insan yang kami terpaksa mengaku sebagai pemimpin sendiri. Darah yang dikelar dari urat nadi jiwa-jiwa yang lunyai dihentak dirodong oleh keserakahan nafsu api-api. Darah ini, darah kami.

Tidak ingin kami robek jantung kamu buat sajian dendam kami. Tidak langsung kami mahu siat-siat kulit gebu kamu buat hamparan permaidani kami. Tiada kami berhasrat mahu memburaikan limpa hati kamu untuk dijadikan batu jembala kami. Apatah lagi untuk menghiasi rumah kami dengan tengkorak hitam kamu.

Kami hanya mahukan perubahan.

Jangan kamu berani tunding jari tanpa solusi, jangan kamu berani bermaki-maki di depan naskhah bacaan anak-anak kami. Jangan kamu berani menanam periuk api di hati kami dengan janji nista abadi, jangan sekali-kali kamu cuba berzanji laungan maksiat kepada generasi ini.Jangan kamu lupa tanpa kami siapalah kamu sekarang ini.

Jangan sekali-kali cuba membina jambatan untuk membawa kamu ke neraka bersama-sama kami.

Andai terpalit pada yang baik pekerti, anggap sahaja itu dosa kami. Sanggup kami terhisab di sana nanti. Hanya demi menenggakkan hak kemaslahatan rakyat yang dizalimi.

Sekian sahaja tulisan api-api. Salam perubahan kami hulurkan, berjanjilah untuk sama-sama berjabat dengan tangan ini.


9 comments:

  1. hampir tak sanggup mendengar politikus berdendang hari-hari. takut tersilap ikut, tersalah pilih. tak sanggup juga mendengar makian hari-hari di media. kadang-kadang terfikir bagaimana seorang manusia boleh jadi sangat taksub kepada manusia lain sehingga setuju apa saja yang keluar dari mulutnya, sepertinya kenal rapat pernah makan sepinggan, tidur sebantal. sedangkan yang dalam hati sendiri pun kadang-kadang tak terfahami, inikan hati orang lain. betulkah pilihan, yakinkah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis
      taksub dan fanatik ni membunuh pertimbangan yg lain
      yg salah jadi baik
      yang baik jadi salah

      Delete
  2. satu pendapat yang mengambarkan orang berjiwa kotor

    ReplyDelete
  3. Mohon aku pastekan ayat dari Hizbut tahrir

    Wahai kaum Muslimin! Kita telah menyaksikan bahawa secara faktanya, pilihanraya memang tidak pernah membawa perubahan daripada sistem kufur kepada sistem Islam, walaupun dengan hanya satu hukum hudud. Umat Islam, baik dari parti sekular mahupun parti Islam telah membuang tenaga dan waktu serta telah membazirkan wang yang begitu banyak semata-mata kerana berebut kekuasaan di pentas demokrasi. Inilah sebenarnya kehendak Barat di dalam memastikan umat Islam terus berpecah dan tidak kembali kepada Islam. Sungguh sayang apabila umat Islam masih tidak sedar bahawa segala kemelut dan kesengsaraan mereka selama ini adalah akibat penerapan sistem demokrasi ke atas mereka.
    Kita telah melihat bagaimana rejim sekular di seluruh dunia yang berkuasa tidak akan sanggup ‘menyerahkan’ kekuasaan mereka dengan begitu mudah melalui sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Malah mereka sanggup melakukan apa sahaja tindakan keji demi memastikan mereka terus kekal berkuasa, bermula dari penipuan, rasuah, ugutan, pergaduhan sampailah ke tahap pembunuhan. Justeru, masihkah kalian berharap bahawa jalan demokrasi-pilihan raya ini adalah satu-satunya jalan yang terbaik untuk kalian melakukan perubahan, walhal telah terbukti sudah berapa kali kalian tersungkur. Rasulullah SAW bersabda,
    “Tidak selayaknya seorang Mukmin itu tidak dipatuk dari lubang yang sama dua kali” [HRBukhari& Muslim].

    Kita memang sudah tidak mahukan pemerintahan yang sedia ada kerana tidak berhukum dengan Islam, namun kita mahu menolak dan menggantikan mereka dengan jalan Islam yang telah diajar oleh Rasulullah SAW dan bukannya dengan jalan demokrasi yang diajar oleh Barat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi berkongsi
      betul seperti dikata
      bukan kuasa yang dimahukan
      tapi hukum Islam yang perlu ditegakkan

      Delete
    2. Sayang kamu lahir di Negara yg.mempunyai perlembagaan yg.menentukan kuasa melalui Pilihan Raya(PRU).

      Klu Ayah kamu dulu saorang Raja memiliki sabuah Negeri.,maka kamu x payah ikut system atau tradisi ini kau laksanakan lah Islam/alquraan sebagai penduan pemerintahan kamu.

      Malang nya Ibu Bapa kamu miskin mcm org.lain hidup hanya sebagai manusia biasa tidak ada kuasa.,maka pilihan yg.ada kamu terpaksa mendapatkan kuasa melalui nya.(PRU)

      Utk itu kamu terpaksa mengikut rentak gendang di palu dan kamu terpaksa menari mengikut irama nya..jika tidak mahu kelihatan sumbang atau mcm ong gila. haha

      Atau kamu bilh tinggal di Gua atau di hutan rimba sendiri sendiri beramal lah nescaya jika amalan kamu di redai Allah maka kamu pasti di tempatkan di Syurga nya,.insyallah.

      Delete
  4. Alangkah sepi nya pemikiran penulis ini.,otak nya kosong sahingga tidak tahu membezakan antara kanan dan kiri.,kerana itu dia tidak tahu meniilai setiap pergerakan manusia hari ini.,bahawa kuasa ada pada celah celah caci mencai kata mengata bukan kerana hasad dengki atau mencari keuntungan peribadi.

    Allah swt juga mencerca gulungan yg.engkar pada perintahnya..umpama Celaka lah kamu jika menentang hukum atau pertunjuk ku...atau mereka itu lalai seperti binatang.

    Dalam merebut tempat madapatkan kuasa bagi menerajui satu satu Negeri atau Negara kita telah terima pakai bahawa melalui pilihanraya atau undi rakyat.

    Tak salah jika apa yg.di lakukan itu bagi menunjukan betapa hina nya kezaliman rasuah mengumpul harta untuk anak isteri kroni..secara menipu menindas juga bagi mereka yg. menolak hukum agama atau Alquraan atau lebih mudah bagi si otak sepi ini memahami ia itu menolak hukum Allah semata mata utk kepentingan mereka sendiri.,sedangkan rakyat di biar dalam kepayahan,kemiskinan kais pagi makan pagi kais petang makan malam.

    Dan.untuk menolak atau lebih baik jika mereka yg.zalim yg.korup itu di hapuskan maka kita yg.di beri akal menggunakan akal yg.Allah bagi memilih yang terbaik .,dari celah celah makian itu tentu ada yg.baik separti "celaka kata Allah bagi mereka yg.menentang hukum ku., maka ambil lah hukum dan buang celaka itu"selamat lah bukan kita tapi anak cucu malah generasi kita.

    Kesimpulannya: Gunakan lah otak berfikir kearah yg.positive walaupun dalam apa keadaan jua...atau jika kita tidak mahu meneriama hakikat hidup begitu asingkan diri tinggal lah di tengah tengah hutan rimba tanpa ada manusia lain di sisi kita., hidup lah di bumi Allah ini usah dngar apa apa...kuatkan kudrat iradat dan beribadat serta berserah lah kepada Allah dgn penuh reda.

    Smuga Allah menjamin kamu masuk syurga.,insyallah.

    ReplyDelete
  5. Aku pasti encik ni pembangkang. Jika kamu pembangkang, komen kamu kali ini tidak untungkan pihak kamu.

    Aku berterima kaseh kepada Tuan sudi menegur, teguran ini aku terima dengan terbuka sekali. Sepertimana tuan menerima teguranku, aku berbesar hati kerana berani berjabat dengan tangan ini.

    Tulisan tuan amat menarik, kerana tuan berpaksikan caci maki itu satu keperluan untuk berpolitik di Malaysia. Kalau tuan sudi, aku persilakan utk menulis di sini, sbb aku tak jumpa blog penulisan tuan.

    Jika tuan mahukan kemenangan, sila ambil kemenangan itu. aku undur diri kerana tidak sanggup bazirkan masa tuan berbalah dgnku. Krn aku pecaya tuan akan beroleh lebih byk rahmat dengan pengisian yang lebih baik daripada berbalah denganku.

    Dengan itu, kata tuan adalah benar belaka, tiada cacat mahupun cela Berjanjilah untuk teruskan penerokaan dan penulisan tuan.

    Aku juga amat serius utk mempersilakan tuan menulis di sini. Minta tuan pertimbangkan ya :)

    ReplyDelete

Comments