Bunga, Berhala dan Perbankan Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berdiri teguh susuk konkrit di sebalik hiruk pikuk pekan dan bandaraya. Dikerumuni siang malam dan pagi. Bertali arus manusia ke sana ke mari. Menyembah wang dan harta sejak azali.

Bila ditanya, "Anta jual agama ka?" Melenting mereka. "Kami ada akad! Tak sama dengan konvensional". Mana ada orang nak mengaku mereka menjual agama.

Matlamat bank adalah untuk mengaut untung berlipat kali ganda. Namun cara yang halal tetap tidak mampu meng-Islamik-kan produk perbankan itu. Kerana semestinya, penindasan tetap berlaku.



Ungkapan "Matlamat tak menghalalkan cara" tak tepat dalam melambangkan permasalahan Perbankan Islam hari ini. Lebih tepat, "Cara tak menghalalkan matlamat".

Perbankan Islam tak ada masalahnya dari segi perlaksanaan. Segala akad, syarat, istilah dan aktiviti lain yang berakar darinya tidak perlu lagi dipersoal.

Yang dihairankan adalah kenapa tetap berlaku penindasan walaupun telah digunapakai rukun dan terma yang Islamik.

Penggunaan nama "Islamic Banking" adalah amat hampir kepada situasi menghina agama Islam itu sendiri. Kerana di dalam Islam tidak dibenarkan penindasan apatah lagi riba.

Umpama mencemar kesucian Islam yang sememangnya suci dari sebarang bentuk penindasan.

Adakah penasihat syariah akur dengan kehendak Bank untuk terus menerus menindas pelanggan dengan keuntungan yang berlipat kali ganda? Maka mereka pun bertebaran mengadun terma dan akad Islamik untuk menghalalkan kehendak bank ini?

Kenapa kita perlu ambil tahu perkara ini?

Kerana kita adalah muslim.

Tidak bermakna kami mengajak anda untuk terjun ke gaung Perbankan Konvensional yang tidak Islamik. Tetapi sehingga ke hari ini, tiada alternatif yang mapan untuk pengguna yang inginkan pembiayaan Islam tanpa penindasan.

Sayangnya, para penasihat kewangan syariah kelihatan lebih cenderung berlumba-lumba mencari jalan agar kapitalis dapat terus menindas daripada bersama membina Sistem Kewangan Islam yang lebih sempurna.

Ramai akan garu kepala, solusinya adalah mari terus menerus biarkan bank-bank ini memancung kepala kita.

Sesungguhnya tak ada diskriminasi terhadap sesiapa jua yang telahpun memilih untuk berurusan atas nama Perbankan Islam atau tidak. Setiap dari kita berhak untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan lebih Islamik.

Kenapa Perbankan Konvensional dikecam? Kerana ia mengamalkan penindasan dan akan melarat kepada bencana ekonomi. Bencana ekonomi yang membawa kepada kehancuran institusi Perbankan itu kerana tahap penindasan yang tinggi membuatkan peminjam tak mampu bayar satu hari nanti.

Perbankan Islam memperdagangkan premis "Harga Pasaran" untuk mereka selaraskan skala penindasan mereka kepada peminjam. Premis yang sama digunapakai saudara kembar bukan Islam mereka.

Hamparkan saja segala alasan dari mereka. Antaranya kos pekerja, kos operasi/peralatan, keuntungan pelabur, zakat, kos tambahan bagi khidmat profesional pengesahan Shariah dan sebagainya jadi mainan buah kata.

Yang menindas peminjam adalah wang, bukan istilah interest atau bunga!

Keuntungan besar mereka dinilaikan halal pada dasar wang vs iman. Senang cerita, biar mahal asal halal. Kalau mampu apa salahnya? Mampu menjual agama?


Timbul pula isu Knight Templar. Teori kaitan industri perbankan yang menternak hamba abdi hutang (debt slave) yang dirasuk seruling nafsu dan godaan syaitan. Nak percaya atau tidak kau punya suka lah.

Kesimpulannya, banks will always be banks. Mereka akan terus mewarnai tabir hutang tamadun manusia sejagat sambil mengaut keuntungan daripada risiko pulangan yang dicipta oleh mereka sendiri.

Perbankan Islam pula diadun dari acuan kapitalis. Apakah keuntungan masih menjadi berhala harian mereka?

Kita dikata jahil bersyak wasangka, menidakkan kemaslahatan umah untuk membangun. Mereka pula berjabat mesra dengan kapitalis berhati kudis.

Kalau Perbankan Kapitalis itu hancur kerana penindasannya, adakah Perbankan Islam hari ini kebal dari segala bencana ekonomi ini?

Apa yang dikata mungkin ada benar ada yang salahnya. Tertakhluk pada peribadi sendiri nak genggam yang mana. Wallahualam.


P/S: Nanti ada yang melenting tanya solusi. Thats the spirit! :)

tags: Perbankan Islam penindasan kapitalis perunding kewangan Syariah krisis ekonomi Bank Islam Bank Konvensional interest riba haram halal sijil haram banking sector malaysia islamic banking malaysia usury capitalist economic crisis debt slaves rob the world knight templar gog magog 

17 comments:

  1. banks will always be banks...dulu aku pakai credit card, pastu firasat aku menyatakan benda ni cam tak best jek, so aku terminate bendalah tu n guna debit card...then baru rasa cam best jer...huehehe (ckp seorang yg tak suka berhutang sejak dari kecil) ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak penah pakai kredit card so tak tau macam mana rasa nikmatnya :D

      Delete
    2. dah kaye np pakai credit card
      sbb mengada

      Delete
    3. uih aku tak kaya la dek non, aku picisan biasa2 saja...yg aku boleh pi terbuat kredit card dulu tu sbb senang aku nak berurusan dengan hotel dan tempah flight ticket atas urusan keja la doh, masa tu aku blom kenal debit card lagi...lepas aku kenal tu aku berhijrah la ke dunia debit card plok ^^

      Delete
  2. Bhai Taufik...

    Dari dulu lagi gua kata... Perbankan Islamik nih mengarut jer... lebih kotor daripada Perbankan Konvensional.... tapi ramai yang marah gua... malah ader orang Ustaz Internet yang digaji oleh Institusi Kewangan Islamik nih dok jugak marah kat gua.... yer la... sebab dier dah bergelumang dengannya...

    Paling senang kalu nak dedahkan kepincangan Perbankan Islamik nih cukup sahaja dengan isu Pinjaman Perumahan.....

    Dalam Islam.... setiap jualan perlu penjual itu memiliki barang jualan secara "sempurna milik" .... namun takder satu Perbankan Islamik pon yang menjual aset rumah yang "sempurna milik" ... semua mahu pusing-pusing.... karut lagi mengarut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro try explain sikit bab loan rumah tu macam mana. Tapi apa2 pon, selagi mana dok guna nama bank, selagi tu la akan tetap kapitalis, beza dari segi istilah saja

      Delete
    2. tu lah..mohon pencerahan pasal loan rumah ni..ada pernah dengar yang islamik banking punya loan kalau total2 berlipat kali ganda lagi banyak yang peminjam kena bayar berbanding konvensional..

      aku macam, islamik ke macam ni??

      Delete
    3. personal experience - personal loan 5 tahun..30K..tapi bayar balik 42k..kiranya untung atas pinjaman 30 ribu adalah 12 ribu..hampir 40% dari nila pinjaman. Nilaikan sendiri. Cekik ke apa tu?

      Delete
  3. Pejamkan mata, pekakkan telinga, bisukan suara,
    Sebab dunia terbentang didepan mata,
    Oleh itu luaskan pandangan, tajamkan minda,
    Kerana akhirat terlindung dari paparan nyata,

    ReplyDelete
  4. give a man a gun, he will rob a bank
    give a man a bank, he will rob the world

    kalau bank tak wujud di dunia ni, apa agaknya akan jadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bank tak wujud, akan wujud satu lagi institusi kewangan yang bukan bernama bank
      mungkin operasinya memeras ugut sama dengan bank hari ini

      Delete
  5. salah seorang ilmuwan agama dalam bidang kewangan dan sering menegakkan bank dan kewangan islam ni adalah ustaz zaharuddin. apa komen tuan taufik mengenai uzar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau tu ilmuan ulung. Aku hormati beliau dan perjuangannya, sebagaimana dia menghormati org lain seperti aku dan kamu.

      Delete
    2. Aku tgk ramai juga org hentam dia pasal kewangan islam ni. Aku malas la nk komen apa2 sbb bg aku dia AHLI dlm bidang ni, tp... ntahla

      Delete
  6. Salam

    Dari segi teori memang perbankan Islam bunyi baik sebab tiada riba (no usury), tiada maysir (no gambling) dan tiada gharar (no uncertainty.

    Dari segi perlaksanaan macam Bai Bithaman Ajil (BBA) memang ada yang tidak kena.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak faham bacalah Al Quran
    inysaAllah akan dapat jawapan bagaimana "bank Islam" menipu orang-orang Islam.

    ReplyDelete

Comments