Saya Sokong AES

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Beberapa minit sebelum 4 november.

Aku dengan sukacita dan bersahaja, ingin meyuarakan kegirangan hati aku menyokong perlaksanaan AES.

Kamera AES memaparkan memek muka yang serius

Ramai orang mengada-ngada menganjing sana-sini, macam AES itu dosa besar yang tertulis di antara mukasurat akhir pemerintahan rejim BN/UMNO. Lebih jelik, ramai yang tak tahu pun apa maksud AES itu sendiri!



AES ada dua maksud (pada pendapat aku, sumpah aku tak troll).

AES = Automatic Enforcement System untuk mendenda kesalahan si penjenayah jalanraya.

AES = Automatic Enforcement System untuk memberi ganjaran pemandu berhemah :)

Bergantung kepada niat, AES sebenarnya ada sisi-sisi riangnya yang agak tersembunyi. AES yang aku maksudkan adalah seperti video di bawah:





Ini adalah projek yang memenangi hati juri Fun Theory anjuran Volkswagen. Loteri had laju pemandu berhemah yang dibina di Stockholm, Sweden.

Setiap pemandu yang memandu mengikut had laju akan dirakam no plate pendaftaran kenderaan mereka. Dan setiap bulan akan diadakan cabutan loteri untuk memberi ganjaran dan motivasi kepada pemandu-pemandu comel ini.

Kontra dengan AES di Malaysia, pemandu yang berhemah dan menepati had laju tidak mendapat apa-apa benefit selain dari terpaksa berperang dengan hati sendiri melihat kereta lain memecut laju.

Kita direjam beratus ringgit bila melanggar had laju, tapi di celah mana pula kelebihan kita mengikut had laju?

Ini cadangan aku.

Kita wujudkan kedua-dua jenis AES. Duit daripada saman had laju Syaitan Jalanan itu kita boleh pool untuk memberi ganjaran kepada pemandu comel lain menerusi cabutan bertuah bulanan mahupun mingguan.

Cuba bayang, jumlah saman satu bulan adalam RM 10 juta. Daripada 10 juta itu kita boleh sediakan hadiah kepada ratusan pemandu comel yang sentiasa berhemah di jalan raya! (seperti aku dan kamu)

Hadiah-hadiah berupa wang tunai, kereta sukan, rim sukan, tinted cermin, insuran tahunan, voucher petrol, pakej menikah (senyum sinis), pakej honeymoon, pakej umrah, pakej haji, annual dinner, handphone, tablet dan bermacam-macam lagi.

AES di masyhurkan sebagai satu sistem yang dapat mendidik pemandu supaya lebih berhemah. Menepati had laju, mematuhi lampu isyarat dsb. Tapi janganlah discriminate/bias kepada pelaku salah sahaja.

Kami, si pemandu comel lagi macho ini perlulah juga diambil kira. Penat kami bertekun sabar melayan karenah Syaitan-syaitan Jalanan siang dan malam. At least, kalau tak menang pun, kami sentiasa bermotivasi untuk teruskan memandu dengan penuh santun susila.

Oleh itu, marilah kita menyokong perlaksanaan AES yang tidak diskriminasi lagi racist ini. Mendidik pemandu bukan sahaja dengan penalti, ganjaran juga membuahkan hasilnya.


22 comments:

  1. salam. nie linknyer. http://www.youtube.com/watch?v=P4oPh1xqisw&feature=g-hist
    .


    post rock tegar. :P

    ReplyDelete
  2. ana setuju dgn cadangan tuan, dan sebenarnya ana pun tak la kisah sangat dgn aes ni. takde beza sgt pun aes dgn speed trap polis pakai orang, cuma aes ni kita boleh tahu kat mana kamera tu dan dah diberi amaran pun ada kamera tu kat depan, so bawak slow jelah, habis tu pecut la balik apa susahnya. speed trap pakai orang lagi cam haram ntah celah pokok bawah flyover mana diorang duduk kat situ senyap2 amik gambar lagi la kita tak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu kamera speedtrap undercover pon termasuk jugaklah kategori diskriminasi ni. tapi apa bezanya speedtrap undercover tu vs AES ni? selain bgtau ada signboard AES?

      Delete
  3. dari apa yang aku baca, kebanyakkan yang cuba membantah penggunaan AES baik dari kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan kerajaan termasuk NGO tak kisah jika AES digunakan. Cuma minta dikaji semula supaya penggunaan betul. tu je kan?

    dalam tv sendiri hari tu dah keluar ramai yang minta kaji balik. tu je. bukan diorang taknak.

    ke aku salah dengar? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah pun rasanya. Cuma aku heran, depa kata nak mendidik dgn AES ni. So aku bg cadangan untuk tingkatkan keberkesananan AES ni.

      Bukan sekadar nak sedut duit rakyat. Tapi didik rakyat, bagi reward kpd driver yg berhemah. Supaya depa lebih bermotivasi :D

      Delete
  4. so disitu dah nampak gomen tak ikhlas dengan rakyat
    nak mendidik atau nak sedut duit rakyat?

    nak mendidik bukan dengan menyusahkan, tapi dengan membantu kita buat benda baik

    ReplyDelete
  5. bertuahlah sykt konsesi kroni umno tu nak kasi hadiah kat nko

    KLIK isu kebebasan beragama

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mcm budak2 kecik la pulak mintak reward atas kebaikan yg dilakukan, mcm kalo adik pandai cuci pinggan lepas makan, mak bagi limaposen (contoh)..LoLz...tp yelah tofik kalo kita dpt reward dari pesalah jalan raya yg drive cam madafaka tu, mmg sedap jugak kan, ada jugak motivasi nak buat baik dgn hati yg tak sakit dan bengang sgt ngan depa2 tu kan...aku setuju je kalo kita dpt reward dari duit poket dorang yg kuang hasam tu ^^

      p/s: aku tengok rupa kamera aes dlm pic kat atas tu, tingat aku kat ceta Wall-e...muka siyes tp innocent ja kiut lak ^^

      Delete
    2. aiseh terkomen as reply to madam new hope la plak...

      Delete
    3. kiut? haha mata aku kurang terlihat aura kiut kamera tu. tapi seriusly depa nampak macam ada soul kan? "I am watching you!"

      Delete
  6. mohon cadangan akhy taufik di terima. ;)

    btw saya tak setuju sangat dgn denda yg dikenakan tu. mcm nak sembelih rakyat je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nama denda cik lin, kalau denda sikit2 tak terasa pulak hehe

      Delete
  7. bagi aku,gomen nak sedut ke nak menketedarah duit rakyat ke..itu no 2 coz Tuhan akan bagi pengadilan after we all die.

    Yang penting sekarang...Benda tu leh buat BADIGOL2 jalan raya slow kan kereta bila drive.

    itu yang penting,Dah banyak sangat kot Umat islam dekat Malaysia ni MATI KATAK.

    Yang kebanyakkan duk bangkang ni sebab DUIT je kan?tak payah nak tipu lah..cakap jelah tak nak kena saman free sambil kita masih boleh bawa kereta macam kat gelanggang F1.

    Bullshitz..perangai bodoh orang melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha marah bebenor bro
      sebagai pampasan kemarahan tu la aku cadangkan bagi reward sikit kat driver molek macam kita ni
      penat gak melayan karenah depa ni tiap2 hari

      Delete
    2. memang aku bengang dengan perangai bodoh sombong bangsa kita ni..mau je aku pelangkung sekor2.

      Masing2 buat alasan yang berbunyi EDUCATED tapi sebenarnya bodoh macam lembu kalau dihalusi.

      Entah macamana aku nak buat rakyat Malaysia ni bermentaliti 1st class..

      taraf otak lembu kandang lah betul lah rakyat Malaysia ni.

      Delete
    3. hai brader Z..lame tak dengo kabor?hehe

      Delete
  8. Bhai Taufik...

    Gua sokong AES... pasai dengan adernyer AES ... takder la keter-keter mewah macam Subaru Impreza.. Nissan Skyline dan Mitsubishi EVO 10 pecut laju potong kereta gua yang cuma boleh speed bawah 80km/j tue.... hahaha... baru la skrang nih gua ader chan nak potong keter diorang... hahaha

    ReplyDelete
  9. aku x faham setiap benda mesti mahu di politikkan! ada otak ke x der?

    patut2 la kalau mahu bantah pun...mana yg baik sokong mana yang x baik bantahlah!

    manusia kalau sudah diracuni jiwa dengan kaedah kurang bersyukur dan betopengkan rupa agama maka akan keluarlah komen2 yang berunsurkan kurang kebijaksanaan!


    Hak mmg hak tetapi kalau macam otak kanak2...hentikanlah tohmahan anda itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur pon kena berpada bro. jangan mudharat diri atau org lain hehe

      Delete
  10. ana pun mohon benda ni diwujudkan..pesalah jalanraya semua rage sebab aes ni..petidaksalah jalanraya pun kenalah dibagi fokus sebab bawak kereta denan berkhemah..aku tak marah kereta mewah bawak laju kat lane 3,tapi aku marah gilababi bila merekaorang lalu kat lane kecemasan..macam haprak..pernahlah aku block bawak kereta slow kat line kuninglane kecemasan tu tak bagi kereta lalu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo ka apa tu bro, berkhemah haha. Kita sebagai pemandu yang molek harus juga diberikan perhatian. At least buleh jadi contoh kpd pemandu syaitan yang lain.

      Beri ganjaran kpd golongan ni takkan rugi pon. Guna duit saman jugak.

      Delete

Comments