Fenomena Ustaz/Ustazah Google



“Kenapa perlu aku berguru dengan alim ulama kalau ada Pakcik Google di sisi?”

Suatu masa dulu, mempelajari ilmu agama hampir dianggap sebagai satu “struggle”. Ianya menuntut perjuangan dan pengorbanan seseorang itu untuk mencari guru dan berusaha mempelajari ilmu darinya. Tapi kini tidak lagi dengan adanya Pakcik Google di sisi.

Adakah salah menjadi seorang Ustaz/Ustazah Google?

Apakah itu Ustaz/Ustazah Google? Ustaz = Professor. Tapi secara lokal, Malaysia khususnya, Ustaz merujuk kepada “seorang yang ahli dalam bidang agama”. Google pula sejenis search engine yang digunakan oleh jiwa-jiwa manusia untuk mencari sesuatu perkara di internet.

Segelintir dari kita kini tidak lagi meraikan pandangan ulama dengan cara merujuk kepada mereka secara bersua muka. Lebih mudah mereka cari hukumnya di Google tanpa mereka perlu tahu sebab dan musababnya. Lebih mudah dan lebih cepat, tanpa pedulikan kesahihannya.

Implikasi dan Kesan

Aku kadang loya dengan kesekian kali terbitan hukum sana sini yang diadu domba sesetengah golongan. Mari kita bincang implikasi. Implikasi di sebalik fenomena Ustaz/Ustazah Google, atau orang arab panggil Sheikh Googla.

Wujudnya penyebaran pelbagai macam cerita dan hukum, Dari tok guru masjid hinggakan ke Syeikh Nuruddin. Dari tok mudim kampung hinggakan Ustaz Haron Din, selamba sahaja nama-nama alim ulama ini dipetik habuan penyedap cerita.

Golongan ini sering membawa arus kecelaruan terhadap minda-minda yang kurang tegukkan ilmu agamanya. Kerana mereka mengambil jalan mudah untuk bersandar kepada usaha orang lain untuk mencari hukum tanpa mereka berusaha sendiri mencarinya.

Fenomena ini sekiranya ianya dapat diperhalusi oleh golongan Bukan Islam, maka akan tumbuh dalam hati mereka mengatakan bahawa betapa jahilnya umat Islam ini, sesama sendiri keliru tentang agama sendiri.

Implikasi terburuk fenomena ini adalah jika berlakunya keterpesongan aqidah. Di mana sebaran-sebaran cerita palsu dan hukum hakam yang tahyul di ambil bulat-bulat tanpa merujuk kepada mana-mana ulama. Dan lebih teruk lagi apabila wujudnya aktiviti mentakfir (mengkafirkan) orang lain.

Lidah, adalah antara organ paling bahaya. Amat mudah untuk terperosok ke dalam neraka jika kita tidak berhati-hati menggunakannya.

Sebagaimana mudahnya lidah dihinggapi penyakit caci maki, mengejek, mengumpat, memfitnah, sumpah palsu, dusta, pecah rahsia/amanah dan sebagainya.Begitu jugalah peranannya keyboard komputer dan telefon bimbit mengadun resipi untuk ke neraka.

Lidah, pena dan jari yang tidak beradab akan cenderung membuahkan kebencian bila berlaku perselisihan pendapat. Kerana mungkin mereka tak praktikkan keberadaban seseorang ilmuan. Hasilnya wujudlah komuniti Muslim yang bertaring, fanatik dan rigid.

Sila klik untuk paparan lebih jelas


Apa yang Pakcik Google cicirkan?

Selain ilmu yang diajar, pergaulan dengan orang berilmu menambah berkat dengan ilmu yang ingin dipelajari. Pelajar boleh mengamati akhlak dan adap guru untuk dijadikan teladan dan mungkin sempadan.

Lihat bagaimana guru itu perjelaskan sesuatu permasalahan, bagaimana dia melayan karenah anak didiknya, bagaimana dia bergaul dengan masyarakat, bagaimana dia berdakwah dan berhikmah kepada yang bukan muslim, bagaimana dia disanjungi dan dimuliakan oleh pelajar dan guru agama yang lain.

Pakcik Google juga tak dapat menyemai nilai keakraban sesama guru dan murid serta kemurnian yang terbit dari celahan senyuman guru menegur pelajarnya. Bukan sahaja dari segi keilmuan, bahkan dari segi sikap dan akhlak anak muridnya sesama mereka dan sebagai seorang muslim secara keseluruhannya.

Namun begitu, masih ramai anak murid ulama yang hanya mampu mewarisi ilmu yang dipelajari namun tidak mampu mewarisi akhlak dan adap guru mereka. Kalau belajar dengan guru pun tak mampu nak beradap, apatah lagi kalau belajar dengan Pakcik Google.

Jelas sekali ini bukanlah salah Pakcik Google. Beliau bukanlah seekor kambing hitam untuk menerajang tingkah laku si penyubur benci ahli agama kita sering lihat memporak-perandakan perbincangan agama di dada-dada Chrome, Mozilla, Opera dan yang sewaktu dengannya.

Maaf cakap, golongan inilah yang kelihatan lebih suka menabur hukum tanpa memikirkan implikasi dan hikmah disebalik apa yang berlaku. Mereka lebih selesa mencari salah dari membantu memberi jawapan dan mencadangkan solusi.


Adakah ini rupanya Ustaz Google?



Tangani masalah ini

Think Twice. Mohon diamalkan amalan “berfikir dua kali” sebelum sebarkan apa-apa jenis sebaran. Peransang utama untuk berfikir kali kedua adalah dengan melalukan penyelidikan dan pengesahan terlebih dahulu sebelum anda meneruskan langkah menyebarkan dakyah/dakwah tersebut.

Sekiranya anda punyai rakan kawan dari kalangan agamawan, ustaz dan orang lama, mohon utamakan persoalan-persoalan yang bersangkut paut dengan bahan sebaran untuk dapatkan pendapat merkea. Gunalah apa cara jua sekalipun menggunakan facebook dan email.

Andai kata segenap pelusuk dunia online dan offline anda tidak mampu memberikan kesahihan yang konkrit. Maka ambillah wudhu dan tunaikanlah solat Istikharah jika anda merasakan ke-tidak-sebaran anda itu membawa mudharat kepada seluruh umat Islam di dunia.

Orang yang tak tahu, berhak bertanya. Yang tahu, bertanggungjawab untuk berikan jawapan. Tapi yang tak tahu, mohon jangan berhujah, kerana kalau dia berhujah risau ramai akan terpalit kesesatan.

Akhirkata, sama ada Pakcik Google, Mak Ndak Twitter mahupun Tok Batin Facebook, siapalah jua namanya, mereka ini terhasil daripada jaringan internet.

Internet umpama pisau, pisau yang berbilang gunanya, kalau bernasib baik dapat makan daging rusa, tapi silap hari bulan terburai perut sendiri pula. Bergantung kepada kita yang baik yang mana buruknya.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga hukum diberi,
Mana nak sama si Ustaz Google-ku seorang.

25 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Firman allah artinya"Sesungguhnya kami menurunkannya quran dalam bahasa arab supaya kamu fikirkan"(s.Yusuf:2)

    Kenalah berguru..Agar tahu cara nk beriman beramal soleh...:D

    Kalau pergi ke gunung ilmu...Jangan dilupa membawa cawan...Kalau kita ingin berilmu... Jangan dilupa bahasa-nya ilmu...<-- pantun ke ni? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun ka apa tu cik lin?

      berguru dengan google tak dinamakan berguru
      tapi bergoogle :)

      Delete
    2. ^^,) menuntutlah dgn guru jika nak tahu.cari guru yang mursyid lah. lagi satu cik wiki jgn lupa adik beradik gugel tu.

      Delete
  2. Bhai Taufik...

    Itulah juga yang gua dapat biler gua menyanggah secara live bersemuka Perbankan Islamik dengan Ustaz Zaharuddin... dier kata... level dier tak sama ngan gua... dier khatam kitab... gua cakap gua khatam bible... hehehe...

    Tapi biler gua sanggah dier isu "sempurna milikan" bagi pembiayaan Islamik.... dier marah gua... sedangkan takder satu pon perbankan Islamik kat Malaysia dan dunia yang menjual rumah yang sempurna milik... banyak yang rumah tak tau kmana hala... dah dijual... Untung kat bank...

    Tapi... biler dier membandingkan ilmu yang dier ader dengan orang lain termasuk gua... gua bagitau dier... "kesian kat Umar Al Khattab dan Muawiyah... diorang takder degree dan master dalam bidang agama" .... terus Ustaz Zaharuddin melenting.... hahaha

    Tak sabar rupanyer Ustaz Internet nih yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi serius lawak, tapi betul jugak
      nanti mati tuhan tak tanya hang ada degree apa
      orang bule belajar tentang adab, tapi belum tentu dia mampu beradab

      Delete
    2. tapi ustaz zaharuddin dah belajar lama bukan dari google... caner tu huhuhu

      Delete
    3. tu la orang kata, mengaji dgn guru pun tak mampu menjamin kita mampu beradab, apatah lagi mengaji dengan internet huhuhu

      Delete
    4. aku tak rujuk UZAR sebagai subjek komenku di atas, tapi aku merujuk kepada diri-ku ya. just a friendly disclaimer

      Delete
    5. C++ baru dengar ceramah PAS dah nak cabar ulamak berguru, pg berguru dulu lah atau pg mampos lah kao C++

      Delete
    6. Bhai/DeeDee Anonymous...

      Hahaha.... lawak aaa.... tak tau citer sepenuhnya lagi mau bising... hahaha... lawak ....

      Delete
  3. salam sdr Taufik dan semua,setiap perkara yg hadir datang dgn pakej,hitam dan putih...disamping wujud fonemena yg buruk,kita ttp tak boleh nafikan wujud juga fenomena yg baik,kalau tidak,kita semua tidaklah dapat bersua di alam maya ni kan?jika wujud perkara sebegini,annur rasa inisiatif diri sendiri utk mencari yg sebenar dan menapis setiap perkara yg datang guna akal fikiran dan matahati yg dianugerah ilahi...rujukan dari Quran juga perlu diperhati...terlampau banyak perkara bertindan didunia ini jika dimengerti...positif dan negatif itulah kesempurnaan ciptaan,bg mengharmoni setiap sisinya...tidak selalunya putih itu benar,tidak selamanya hitam itu salah begitulah sebaliknya...

    maaf sdr Taufik,annur mohon laluan ya,ini cuma pndangan umum dr annur yg jahil...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nur. semua yg diterima perlu difilter dulu. btw, selain dari ilmu yang ingin dipelajari, terdapat nilai2 lain yg tercicir bila berguru dgn internet :)

      Delete
  4. terbaik la komik tuh XD

    kesabaran mmg tidak dapat diwarisi, dan sbb itulah kesabaran itu dikatakan separuh daripada iman..tahap kesabaran seseorang itu mencerminkan level iman dia juga ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju gila bab sabar equivalent to iman. btw, komik tu aku just alih bahasa saja :P

      Delete
    2. LoL ko translatekan ke, aku ingatkan komik tu mmg pelukis asalnye buat in BM..hahah

      Delete
    3. mana mampu aku nak lukis macam ni. tak tercapai buku-lali-ku

      Delete
  5. Hahha,Betul..Muak betul dengan gejala penyebaran bahan berbentuk agama disulami kandungan Hoax di dalam internet ni.

    Lepas tu,percaya pula tanpa usul periksa dan menggunakan bahan2 Agama ni yang tidak diketahui kebenarannya secara berluasa.

    Asal jadi apa2 sikit,Mulalah nak kait dengan Agama dan menjadi Agama itu sesuatu bahan yang lucu untuk dipermainkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang naik rimas. lepas satu, satu pulak hoax dijaja. buat malu kat non muslim saja

      Delete
  6. ditujukan kepada abby abady
    ilmu baru seinci, dah tak mampu nak beradab dgn orang

    ReplyDelete
  7. bro sekarang ni jangan kata ilmu agama je, ilmu2 lain pun nak buat projek degree master phd pun dah tak ramai yg buat research betul2 study literature atau kaji buku2 atau kajian org2 dulu... semua just copy paste dari internet saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Noob...

      Yer betul... banyak sangat yang ader PhD dan Master guna cutNpaste jer... aper daaa.

      Delete
  8. ramai orang nak tunjuk pandai sekrang ni, baru belajar dari fb dah boleh sanggah ulama yang belajar dari ponmdok sampai ke makkah. kiter respek semua Ulama yang berguru tak kira apa pengangan politik die..

    Pak Lah jawab Ibrahim Ali Isu Haram

    ReplyDelete
  9. Google sebenarnya ada kelemahan. Google menyenaraikan hasil carian berdasarkan POPULARITI. Inilah 'SEO' yakni Search Engine Optimization.

    Kalau 100% orang yang search google tu bodoh taktau apa, mereka akan mempopularkan isu-isu bodoh sebagai tempat teratas. Benda yang paling banyak dibincang, sekalipun tidak ilmiah, PAP! akan berada di carian mukasurat pertama.

    Macam Anugerah Bintang Popular pulak. Yang menyangka kalau popular tentu berbakat.

    ReplyDelete
  10. aku setuju dgn sdra taufiking.. sebelum buat keputusan kena la bpikir kalu ble bkn setakat 2kali..biarla berkali2 spya apa yg kita nak sampaikan tu tdkla main hentam kromox ja.. niat utk berdakwah tu dah ada dan perhebatknlah lagi dgn keutuhan ilmu supaya sama2 mndapat manfaat.. ;)

    ReplyDelete
  11. Ilmu free dari ustaz google terbaik.. Depa ikhlas. Ilmu ustaz kt luar kena bayar, mahal lk tu. Da mcm nk jual agama je.. Bila suka, faham, amal dgn yakin maka akan terselahlah akhlak dan adab yg baik. Makin yakin makin tunduk

    ReplyDelete

Comments