Gap Sepuluh Tahun (minima)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Aku ingin cuba highlight satu scene yang dipandang hina di mata pencorak urus tadbir negara. Scene ini amat berpotensi untuk menyembapkan rakyat jelata pada skala yang runcing.

Aku mulakan dengan satu enquiry yang sering melentik kegusaran.
"Kenapa perlu menyambung pengajian/belajar di luar negara?"

Satu persatu alasan mula membelangkaskan diri kepada ritma soalan itu. Lalu Bingkas bangun asbab "Mencari pengalaman di negara orang" sebagai pejuang berkuda, berdetus-detus memberi misalan apa yang ada di luar sana berbanding di dalam negara.

Sanggupkah kamu angguk dan mengiyakan kesimpulan bahawa tahap pendidikan Malaysia jauh terkebelakang? Minima 10 tahun terkebelakang dengan kebanyakkan negara lain?
Ataupun kamu mahu terus berikan alasan untuk tidak-mempedulikan realiti ini?

Aku diberitakan bahawa India, sebuah negara yang hampir 25% penduduknya illiterate (buta huruf?), sekarang ini mempunyai kapasiti intelek yang hampir setara dengan US dan sebahagian besar kuasa besar dunia yang lain.

Kebolehsaingan graduan India yang tinggi menyebabkan mereka diseru dan laris menjajah jawatan-jawatan utama di dalam konglomerat global. Ini kerana pemerintah mereka perpandangan jauh di dalam merencanakan pembangunan tahap pendidikan di sana.

Sekitar dua puluh tahun lalu, pemerintah India mahukan anak watan mereka boleh bersaing di dalam industri global. Namun usaha mereka direnjat oleh kemunduran sistem pendidikan mereka sendiri. Akan tetapi, mereka menyusun kembali pembangunan institusi pendidikan mereka dengan memperbanyakkan kursus-kursus tweening ataupun JV antara kolej dan universiti terkemuka dunia. Tetapi kursus sebegini hanya boleh digubah untuk kolej dan tidak tersedia untuk institusi bertaraf universiti.

Hari ini India mampu berguruh tiada bertongkat sebagai antara kuasa intelek dunia yang disegani. Mana mungkin tidak pernah terusik telinga kamu dengan nama-nama berbaur hindustani yang kerap kali disandingkan dengan pencapaian ulung ketamadunan dunia moden hari ini. Ini kerana beberapa dekad yang lalu, mereka telah pun mendapat pendedahan dan menyesuaikan diri dengan kepelahapan pengajian tahap tertinggi yang diperoleh dengan kursus-kursus tweening.

Mereka tidak perlu meranduk puluhan tahun untuk memperbaiki standard pendidikan mereka kerana mereka telahpun dapat menggarap standard pendidikan terbaik pada masa itu tanpa perlu mereka kucar-kacirkan sistem pendidikan mereka dengan mengejar status universiti semata-mata.

Sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia adalah sepertimana yang tak sepatutnya berlaku. We are paying education loans only to be thought with 10 years gaps of education standard?

Lambakan universiti dengan graduan yang cukup-cukup makan untuk pasaran tempatan? Lupakan sebentar ranking universiti kita, lupakan sebentar usul pemansuhan PTPTN, lupakan sebentar kroni-kroni yang bermewahan dengan hasil dagangan sehala yuran pengajian.

Aku menulis ini atas dasar keprihatinan aku terhadap masa depan generasiku. Sedikit sebanyak info ini aku tautkan dari gugusan teromba dua hala dengan beberapa sahabat MBBS keluaran Mumbai, India.

Penulisan ini disahkan tiada jarum-jarum niat memperlekeh mahupun merendah-rendahkan graduan Malaysia.


3 comments:

Comments